DATUK ROSSA & ANGGUN Bergabung Dalam Sebuah Lagu Hebat, Beri Inspirasi Untuk Wanita!

Nama dua orang penyanyi popular berasal daripada Indonesia iaitu Datuk Rossa dan Anggun sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri dan bakat luar biasa sebagai seorang penyanyi. Malahan, Anggun sendiri mengembangkan kerjayanya sehingga ke peringkat international apabila menjadi juri tetap untuk sebuah program popular antarabangsa Asia’s Got Talent.

Dalam perkembagan terbaharu, dua penyanyi hebat ini begabung suara mendedangkan lagu The Good Is Back secara eksklusif dalam sebuah majlis. Kolaborasi dua wanita ini ternyata menjadi dan mendapat pujian ramai. Datuk Rossa sendiri berasa betuah kerana dapat menyanyikan lagu yang dimuatkan dalam album Anggun berjudul 8, bersama idolanya itu.

“Lagu The Good Is Back adalah lagu duet terbaru daripada kami berdua dan inilah kali pertama saya berduet dengan penyanyi wanita solo sepanjang karier nyanyian. Saya menyanyi dengan penyanyi terbaik Indonesia dan berasa sangat beruntung!’, tulis Datuk Rossa di laman instagramnya.

Lagu nyanyian mereka berdua ini berkisahkan tentang kekuatan seorang wanita untuk melangkah keluar daripada sebuah hubungan yang buruk. Mungkin ada masanya kita tidak yakin dengan diri sendiri kerana sering sahaja mendengar kata-kata negatif daripada orang lain, tapi sebenarnya kita harus bangkit untuk kebaikan diri sendiri dahulu sebelum memikirkan orang lain.

Menariknya tentang lagu ini lagi, untuk peminat di Malaysia Anggun memilih pelakon cantik Malaysia, Nur Fazura sebagai rakan duetnya untuk menyanyikan lagu ini.

 

“Lagu ini untuk mengingatkan perempuan yang tidak sedar bahawa mereka dalam hubungan yang buruk dan kita harus berani meninggalkan dan melangkah jauh kehadapan untuk tinggalkan yang buruk dalam hidup dan digantikan dengan perkara yang baik”, kongsi Anggun pula di laman instagram.

Betul juga apa yang Anggun dan Datuk Rossa katakan, Jangan pernah rasa takut dan lemah hanya kerana kita seorang perempuan. Perempuan pun ada maruah sendiri untuk dijaga dan adakalanya kita akan berasa lebih baik tanpa seseorang itu. Tidak perlu takut berasa sunyi apabila meninggalkan seseorang yang tidak memberi sebarang kebaikan dalam hidup. Lagipun, untuk apa berada dalam hubungan yang tidak menjanjikan kebahagian. Jadi, untuk anda yang rasa susah sangat nak move on, boleh la dengar lagu The Good Is Back

ni.

sumber: instagram Anggun & Rossa

IKLAN
Share