Jadi Kebanggaan Rakyat India, DEEPIKA PADUKONE Teruja Dipilih Individu Bertuah Tayang Piala World Cup 2022

Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 selepas menundukkan juara bertahan Perancis melalui penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Lusail, Doha, pagi tadi waktu Malaysia. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi permainan yang penuh dramatik sebelum kedudukan terikat 3-3 pada masa tambahan, memaksa keputusan ditentukan melalui sepakan penalti, namun nyata tuah menyebelahi pasukan Argentina.

Selain keterujaan Argentina mengungguli edisi World Cup kali ini, yang meyaksikan kemenangan ini mengakhiri kemarau Piala Dunia selama 36 tahun bagi Argentina selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 1986, turut merasai keterujaan berganda menyaksikan perlawanan akhir yang berlangsung pagi tadi adalah pelakon dan model Bollywood terkenal, Deepika Padukone yang diberikan amanah memperkenalkan trofi kebanggaan World Cup semalam.

Dalam banyak-banyak individu, Deepika yang juga isteri kepada pelakon Ranveer Singh dipilih menunjukkan trofi Piala Dunia 2022 itu kepada umum sebelum sepak mula berlangsung semalam.

Deepika Padukone dipilih oleh FIFA untuk mendedahkan trofi Piala Dunia 2022 yang berlangsung semalam, sekaligus, pemilihan pelakon filem Bajirao Mastani berkenaan dianggap satu penghormataan dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat India khususnya.

Deepika dilihat memakai kemeja putih yang dipadankan dengan seluar hitam dan kot kulit vest coklat Louis Vuiton. Untuk makluman, trofi Piala Dunia 2022 itu disimpan dan dibawa di dalam sebuah beg khas hasil ciptaan Louis Vuitton. Turut mengiringi Deepika adalah Iker Casillas yang merupakan bekas penjaga gol Sepanyol.

Kredit foto: Intenet, Google

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share