Dek Populariti, Nama LISA BLACKPINK Kini Diabadikan Pada Spesies Bunga Baru Ditemui

Populariti kumpulan Blackpink dan ahli-ahlinya memang tidak dapat disangkalkan lagi. Dan baru-baru ini, Fakulti Sains Universiti Chiang Mai, Thailand telah menemukan spesies baru tumbuhan bunga yang belum pernah ditemukan sebelumnya di dunia bertindak menamakannya sempena nama pesohor itu.

Semua orang tahu salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa memang cukup popular dan sangat menjadi kebanggaan negara kelahirannya Thailand.

Tumbuhan tersebut diberi nama Friesodielsia lalisae atau Bunga Lalisa dan telah ditemui di kawasan Selatan Narathiwat.

Bangkok Post juga melaporkan nama Bunga Lalisa diberikan oleh para peneliti untuk menghormati idol Kpop kelahiran Thailand dengan nama sebenar Lalisa Manoban.

“Friesodielsia lalisae atau Bunga Lalisa dinamakan sempena menghormati Lalisa Manoban, seorang rapper, penyanyi dan penari Thailand yang terkenal.

“Dia menjadi motivasi dan telah menginspirasi penulis Anissara Damthongdee untuk mengatasi kekangan sepanjang menghabiskan pengajian PhD-nya,” bunyi laporan penelitian rasmi yang dikeluarkan.

Bunga Lalisa masuk keluarga tanaman Annonaceae yang terdiri dari pohon, semak atau liana. Para peneliti menekankan Bunga Lalisa harus dikelompokkan sebagai tumbuhan yang jarang ditemui dan terancam pupus.

Sumber: Astro Awani

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share