Gaya Hidup

Dekorasi Mewah & Elegan Pilihan DATIN SERI SHAHIDA Untuk Majlis Akikah Anak Bongsu

Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah anak bongsu pasangan usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid telah berlangsung hari ini dalam suasana meriah dan penuh kesyukuran.

Majlis yang diadakan di rumah agam milik pasangan ini menyaksikan kehadiran keluarga, rakan selebriti dan kenalan rapat pasangan ini sempena meraikan majlis akikah dan tahnik anak bongsu mereka, Luqman Al Haqeem yang dilahirkan pada April lalu.

Dalam posting di laman Instagram miliknya, Datin Shahida menitipkan doa untuk anak bongsunya itu.

“Doa saya agar keenam enam anak saya menjadi seorang yang soleh dan solehah. Mama dan abah dah buat segala galanya untuk anak anak. Walaupun tidak sesempurna mana tapi diharapkan ia menjadi pendinding dan penguat untuk anak anak menjadi insan yang berguna di masa hadapan kelak”-Datin Seri Nur Shahida.

Lengkap sudah keluarga saya….Insya Allah ni bongsu😜😜…..

Memilih gabungan rona putih dan biru sebagai tema utama dekorasi majlis akikah dan tahnik kali ini, sentuhan @flair.design menjadi pilihan Datin Seri Nur Shahida kali ini untuk majlis istimewa anak bongsunya itu.

Mengakui menyerahkan segala persiapan majlis ini kepada pereka dalaman tersohor itu, kekangan masa dan jadual kerja yang padat menyebabkan Datin Shahida lebih selesa menyerahkan tugasan dekorasi kepada pihak yang lebih arif merealisasikan majlis untuk anak bongsunya itu.

Pada April lalu, pasangan ini menimang cahaya mata lelaki diberi nama Luqman Al- Haqeem.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

IKLAN
Share