
Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah anak bongsu pasangan usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid telah berlangsung hari ini dalam suasana meriah dan penuh kesyukuran.
Majlis yang diadakan di rumah agam milik pasangan ini menyaksikan kehadiran keluarga, rakan selebriti dan kenalan rapat pasangan ini sempena meraikan majlis akikah dan tahnik anak bongsu mereka, Luqman Al Haqeem yang dilahirkan pada April lalu.
Dalam posting di laman Instagram miliknya, Datin Shahida menitipkan doa untuk anak bongsunya itu.
“Doa saya agar keenam enam anak saya menjadi seorang yang soleh dan solehah. Mama dan abah dah buat segala galanya untuk anak anak. Walaupun tidak sesempurna mana tapi diharapkan ia menjadi pendinding dan penguat untuk anak anak menjadi insan yang berguna di masa hadapan kelak”-Datin Seri Nur Shahida.
Lengkap sudah keluarga saya….Insya Allah ni bongsu😜😜…..
Memilih gabungan rona putih dan biru sebagai tema utama dekorasi majlis akikah dan tahnik kali ini, sentuhan @flair.design menjadi pilihan Datin Seri Nur Shahida kali ini untuk majlis istimewa anak bongsunya itu.
Mengakui menyerahkan segala persiapan majlis ini kepada pereka dalaman tersohor itu, kekangan masa dan jadual kerja yang padat menyebabkan Datin Shahida lebih selesa menyerahkan tugasan dekorasi kepada pihak yang lebih arif merealisasikan majlis untuk anak bongsunya itu.
Pada April lalu, pasangan ini menimang cahaya mata lelaki diberi nama Luqman Al- Haqeem.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Berfikir Seperti Orang Kaya, Berbelanja Seperti Orang Miskin! Ikut 8 PANDUAN Ini Untuk Jana Banyak Duit

Perkara yang biasa di kalangan jutawan adalah mereka membangunkan pelbagai aliran pendapatan dan mengamalkan tabiat simpanan pintar.
Tapi kita pula dibesarkan bahawa kerja keras akan membawa kita ke hadapan dalam kehidupan. Tetapi ‘itu hanyalah dalam sesetengah cerita’. Jika semua yang anda lakukan dalam kehidupan adalah kerja keras, anda tidak akan menjadi kaya.
Jika anda ingin mula berfikir seperti orang kaya, berhenti bimbang tentang kehabisan wang dan fokus kepada cara menjana wang dengan lebih banyak. Bagaimana caranya?
(1) Anda membeli barang di luar kemampuan
Sekiranya anda hidup melebihi kemampuan, anda tidak akan menjadi kaya. Walaupun anda mula memperoleh lebih banyak atau mendapat kenaikan pangkat, jangan gunakannya untuk meningkatkan gaya hidup.
“Saya tidak membeli jam tangan atau kereta mewah pertama saya sehingga perniagaan dan pelaburan saya menghasilkan beberapa aliran pendapatan yang selamat. Bahkan saya masih memandu Toyota Camry ketika menjadi jutawan,” kata seorang jutawan ternama.
(2) Anda berpuas hati dengan gaji tetap
Rata-rata orang memilih untuk dibayar mengikut masa; pada gaji atau kadar setiap jam sementara orang kaya memilih untuk dibayar berdasarkan hasil dan biasa bekerja sendiri.
Kebanyakan orang selesa dengan kehidupan biasa, menjana kewangan tetap, bekerja dengan gaji sederhana serta mengharapkan kenaikan gaji tahunan. Jika anda terus berada dalam zon selesa seperti ini, anda tidak akan kaya!
(3) Anda belum mula melabur
Salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang ialah dengan melabur. Lebih awal anda bermula, lebih baik. Kebanyakan jutawan melabur 20% daripada pendapatan isi rumah mereka setiap tahun.
Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan atau menggunakan istilah ekonomi mewah untuk memulakan pelaburan. Anda tidak perlu lahir dari keluarga yang berada dan anda tidak perlu mempunyai slip gaji tinggi untuk bermula. Mulakan dengan melabur dalam skim persaraan anda atau dana sasaran jangka pendek dan anda akan melihat pulangan besar dalam jangka panjang.
(4) Anda mengejar mimpi orang lain tetapi bukan milik anda sendiri
Jika anda ingin berjaya, anda perlu mencintai apa yang anda lakukan. Itu bermakna menentukan dan mengejar semangat anda. Terlalu banyak orang membuat kesilapan mengejar mimpi orang lain. Apabila anda mengejar impian atau matlamat orang lain, akhirnya anda mungkin tidak berpuas hati dengan profesion pilihan anda.
Tulis dalam kotak fikiran, “Ubah kebiasaan anda, ubah hidup anda”. Prestasi dan pergerakan anda akan mencerminkan segala impian akan tercapai. Anda akan mempunyai semangat yang diperlukan untuk berjaya bagi mencapai impian yang anda mahukan!
(5) Anda jarang melangkah keluar dari zon selesa
Sekiranya anda ingin membina kekayaan, berjaya dan maju ke hadapan, anda perlu membiasakan diri dengan ketidakselesaan. Orang kaya khususnya, mencari keselesaan dalam ketidakpastian.
Keselesaan fizikal, psikologi dan emosi adalah matlamat utama pemikiran kelas menengah. Pemikir bertaraf dunia belajar dari awal bahawa menjadi seorang jutawan tidak mudah dan keperluan untuk keselesaan dapat menghancurkan.
Mereka belajar untuk berasa selesa semasa beroperasi dalam keadaan yang tidak menentu. Orang kaya belajar cara mengatasi ketakutan dan mengambil risiko untuk mencapai kejayaan.
(6) Anda tidak mempunyai matlamat wang
Sekiranya anda ingin membina kekayaan, prosesnya akan lebih mudah dan menyeronokkan jika anda mempunyai matlamat yang spesifik sebelum membuat pelan kewangan. Adakah anda ingin membeli rumah? Tinggal di luar negara? Melancong ke luar negara sebulan sekali? Nikmati persaraan yang terjamin?
Tulis matlamat ini. Orang kaya memilih untuk mencapai kekayaan. Ia memerlukan tumpuan, keberanian, pengetahuan dan banyak usaha. Mungkin jika anda mempunyai matlamat yang tepat dan visi yang jelas, ia akan memberi semangat positif untuk dilakukan. Orang kaya benar-benar jelas bahawa mereka mahu kekayaan!
(7) Anda berbelanja dahulu dan menyimpan apa yang tersisa
Jika anda ingin menjadi kaya, bayar diri anda terlebih dahulu. Apa yang kebanyakan orang lakukan apabila mereka memperoleh satu ribu adalah membayar orang lain terlebih dahulu. Mereka membayar tuan tanah, syarikat kad kredit, syarikat telefon, kerajaan dan seterusnya.
Daripada menghabiskan dan kemudian menyimpan apa sahaja yang tersisa, cuba simpan dahulu. Ini cara manual dan memastikan wang anda berkembang pesat dari masa ke masa, berkat kepentingan kompaun.
(8) Anda percaya bahawa kekayaan adalah di luar jangkauan anda
Rata-rata orang percaya, kaya adalah keistimewaan yang diberikan kepada orang yang bertuah. Sebenarnya di negara kapitalis, anda mempunyai hak untuk menjadi kaya jika anda sanggup mencipta nilai yang besar untuk orang lain.
Mulakan bertanya kepada diri sendiri, “Mengapa saya tidak?”. Seterusnya, mulalah berfikir dengan besar. Ingat, orang kaya sentiasa membuat jangkaan tinggi! KR
Vogue Mama, CHRYSEIS TAN Bawa Anak Bercuti Naik Jet Peribadi!

16 September ini masuk dua bulan usia anak Chryseis Tan dan suami, SM Faliq. Sejak kelahiran puteri sulung Arianna Kyla Tan SM Faliq pada 16 Julai lalu, kehidupan pasangan romantis berkenaan makin diulit bahagia. Apatah lagi, Arianna sememangnya bayi yang comel dan senang dijaga.
Dari detik hamil, memperkenalkan jantina anak hinggalah saat bersalin… ramai yang ternanti-nantikan perkembangan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square dan anak usahawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini. Misalnya ketika majlis baby shower dan gender reveal mereka yang menjadi bualan ramai. Apa tidaknya, dekorasi yang dipilih Chryseis dan Faliq cukup menarik perhatian serta diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara.
Bertemakan hiasan belon putih dan rona pastel baby pink serta baby blue, yang paling menjadi tumpuan peminat dan warga net apabila dua beg berjenama Gucci disediakan untuk tetamu mengundi gender bayi Chryseis dan Faliq. Malah, terdapat mini donut berwarna baby pink dan baby blue yang turut dijadikan pilihan untuk tetamu mengundi. Kreatif sungguh!
Terbaru, Chryseis sekali lagi meraih perhatian ramai apabila berkongsi foto percutian bersama keluarga tercinta. Khabarnya percutian kali ini bertempat di Johor. Bukan hanya tampil lebih langsing dan berseri-seri, keberadaan Arianna Kyla yang dibawa bersama ketika melancong di dalam negara menaiki jet peribadi turut hangat diperkatakan. Untung Arianna!
Melalui perkongsian foto percutian tersebut kelihatan Chryseis, Faliq dan Arianna mengenakan persalinan sedondon berwarna biru. Bukan baju dan jet peribadi sahaja yang menjadi bualan bahkan beg tangan Dior yang tertera nama Arianna juga disedari peminat. Ujar Chryseis, “First flight after 6 months and now with my baby girl!”
Mengimbas kembali detik kelahiran Arianna, Chryseis di akaun Instagramnya menjelaskan dia terpaksa bersalin secara cesaerean kerana bayi dalam kedudukan songsang. “Memandangkan ramai yang bertanya sama ada saya melalui kelahiran normal atau pembedahan, di sini saya kongsikan pengalaman melahirkan anak. Kedudukan Arianna adalah songsang dan cara paling selamat untuk saya ialah dengan kelahiran secara cesaerean.
Sejak kandungan berusia enam bulan, Dr Kiren (doktor gynea) sudahpun mempersiapkan saya dengan kelahiran secara C-sec, kecuali jika bayi berpusing dan berada pada kedudukan normal. Namun sehingga ke akhirnya, Arianna masih lagi songsang walaupun saya sangat berharap saya dapat melalui kelahiran secara normal. I was very nervous about the surgery (and obviously hearing some bad experiences from my friends didn’t help).
But anyway it has to be done. We checked into Pantai Hospital the night before the planned surgery date and I couldn’t sleep at all because I was actually already having mild contractions. The next day I got ready, got rolled down on the bed from the ward to a room near the OT, got epidural done and was numb from my hip downwards. Before I knew it, I was already in the OT with Faliq by my side, 70’s classic love songs playing and within minutes Arianna was out and shown to us (Simba style). I instantly felt relief that she’s finally here safe and sound.”
Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa.
Kedua-duanya memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.
Usahawan Kaya Singapura Tertarik Dengan RUMAH HUTAN BONDA ROZITA, Mahu Bawa Pelancong 10-20 Bas Sehari!

Wow, ibarat bulan jatuh ke riba! Kunjungan seorang usahawan dari Singapura ke Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim yang terletak di Batang Kali, Genting Highlands nyata mengundang rasa teruja bagi Pengasas Jamu Ratu Malaya ini. Mana tidaknya, bukan calang-calang individu yang datang kerana khabarnya dia adalah seorang ahli perniagaan terkaya dari sana.
Tidak menyangka penginapan indah berlatarkan alam semula jadi dan pembinaan pusat perubatan khusus untuk kaum wanita yang diusahakan Bonda Rozita ini akan menjadi tumpuan pelancong asing.. usahawan Singapura berkenaan turut menzahirkan rasa kagum dengan keunikan yang ada di Rumah Hutan.
Tertarik dengan keistimewaan tersebut, Bonda Rozita ditawarkan peluang perniagaan yang cukup menarik. Kongsi ibu Dato’ Seri Aliff Syukri ini, “Businessman yang terkaya di Singapura mengagumi Rumah Hutan Bonda dan ingin membawa pelancong dari Singapura, Taiwan dan China untuk berurut ke mari.
Katanya daripada bawa pelancong berjudi, datang ke Rumah Hutan jauh lebih sihat dan resort yang mencukupi segala keperluan orang yang ingin keluar daripada kesibukan kota.”
Meskipun ia mampu meluaskan lagi empayar Bonda Rozita, tetapi kerana berpegang kepada prinsip dan matlamat sebenar kewujudan Rumah Hutan ini.. dia memilih untuk mengekalkan misi awal penubuhannya.
https://www.instagram.com/p/BsWtkhzgUJU/
“Apa yang saya sampaikan padanya, saya di sini bukan mencari wang semata-mata. Tetapi ingin merawat orang yang sakit. Kalau untuk tujuan pelancong luar datang ke mari, niat saya sudah lari sebab di sini adalah pusat untuk merawat orang yang sakit.
Tapi kalau ada yang dari Singapura yang sakit, dipersilakan. Dan setakat ini Rumah Hutan tak mampu menampung kedatangan tetamu yang terlampau ramai. Dengan bersungguh-sungguh katanya boleh membawa customer 10-20 buah bas sehari.
Sayangnya infrastruktur dan juga kemampuan saya menguruskan tempat ini sangat terhad kerana ia terlalu baru dalam pengalaman saya sebagai seorang usahawan.”
Salute dengan prinsip hidup dan kreativiti Bonda Rozita sepanjang menceburi bidang perniagaan ini. Daripada menceburkan diri dalam industri kosmetik dan kecantikan, kini dia mampu melebarkan sayap perniagaan dalam cabang baru termasuk kesihatan dan hospitaliti. Moga terus melakar kejayaan dan memberikan inspirasi kepada masyarakat.
Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim