Dekorasi Vintage Pilihan PUTERI DIANA Untuk Kediaman Peribadi Di Istana Kensington

Andai masih hidup, Puteri Diana sekarang dah berusia 60 tahun. Namun ada satu lagi keistimewaan jelitawan ini yang mungkin ramai tak tahu. Rupa-rupanya ibunda kepada Putera William dan Putera Harry ini juga pakar dalam seni dekorasi. Wow!



Tak dinafikan, jika seseorang itu ada taste dalam berfesyen maka dia juga punya kelebihan yang sama dalam interior. Begitulah juga Puteri Diana atau nama sebenarnya Diana Frances Spencer.

Segalanya bermula ketika Puteri Diana berpindah ke Istana Kensington sebagai pengantin baru di usianya 20 tahun. Menurut Elle Decor, Puteri Diana menggunakan khidmat bantuan pereka interior terkenal, Dudley Poplak bagi merealisasikan dekorasi impiannya.


Tiga lantai kamar diubah menjadi sebuah rumah yang mencerminkan cita rasa serta gayanya. Pun begitu, ciri-ciri bangunan abad ke-17 itu masih dikekalkan. Hasilnya, dekorasi istana tradisional itu tampak makin berseri dan seimbang dengan sentuhan moden Puteri Diana.

Jom kita intai cara Puteri Diana atau Lady Diana ini mendekorasi kediaman peribadinya di Istana Kensington.

RUANG TAMU
Di ruang tamu, Puteri Diana dan Putera Charles memilih dinding kuning pucat. Permaidani Flemish dijadikan sebagai titik fokus serta vibrant rug dengan perincian hijau dan jingga. Terdapat sebuah kerusi jingga yang menjadi perhatian, satu pilihan yang mengejutkan. Tak ketinggalan, Puteri Diana turut meletakkan koleksi foto keluarganya sebagai pelengkap hiasan.

RUANG DUDUK
Puteri Diana menjadikan ruang duduk sebagai ruang kerjanya. Maka sebab itulah warna-warna feminin menjadi pilihan. Antaranya, warna egg blue

untuk kertas dinding sesuai dengan jiwanya yang lembut. Untuk sofa pula Puteri Diana memilih smoky pink yang menjadi warna kegemarannya. Bahagian dinding pula ditutupi dengan rak buku putih yang dipenuhi dengan koleksi hardbacks Puteri Diana.

RUANG MAKAN
Untuk ruang makan agak sedikit kontra. Puteri Diana memilih rekaan lebih berani bersama taburan aksen Timur. Sebahagian besar perabotnya disaduri warna gelap bersama sentuhan keemasan. Manakala kerusi-kerusinya pula diperbuat daripada ornate bamboo.

RUANG KAMAR ANAK
Ruang kamar anak-anak Puteri Diana termasuk dengan kamar terpisah untuk Putera William, Putera Harry dan pengasuh mereka. Ruang ini telah dirancang oleh Dragons of Walton Street yang pakar dalam dekorasi bilik kanak-kanak dan taska mewah.

Ruang ini turut diserikan dengan rona krim lembut pada dinding serta dilengkapi dengan karpet bercetak strawberi yang sangat comel. Terdapat sebuah sofa merah jambu lembut dan juga dua kerusi comel diperbuat daripada rotan serta kayu bercat untuk Putera William dan Putera Harry. Karya seni dan decorative plates

anak-anak Puteri Diana turut menghiasi dinding kamar.


Biarpun setiap ruang bilik memiliki sentuhan yang berbeza namun secara keseluruhan ianya mewakili cita rasa Puteri Diana yang segar bersama elemen tradisional. Semoga menjadi inspirasi buat anda khususnya yang mempunyai minat dalam dekorasi kediaman.

 

IKLAN
Share