Demi memenuhi trend ’10 years challenge’, tujuh selebriti Malaysia ini tidak ketinggalan berkongsi foto berusia 10 tahun lepas mereka di media sosial masing-masing. Pendek kata, laman media sosial hari ini dibanjiri dengan imej kenangan para selebriti termasuk usahawan terkenal yang menggambarkan diri mereka sedekad lalu. Memang macam-macam ragam!
Paling mencuri tumpuan adalah perkongsian penyanyi dan pelawak, Mark Adam yang telah mendapat hampir 60 ribu likes. Walaupun tanpa sebarang kapsyen… namun foto tersebut berjaya mencuit hati ramai.
Pelakon berbakat besar, Fasha Sandha turut memuatnaik gambar terbaru semasa majlis pertunangannya. Membahasakan dirinya sebagai ibu, ini kapsyen Fasha Sandha. “I pun teringin nak buat #10yearschallenge … Gambar kiri masa ibu sambut birthday ke-24, gambar kanan tu gambar terbaru ibu masa bertunang umur 34 tahun. Apa pendapat sayang2 semua? Perempuan cantik lepas jadi ibu atau sebelum jadi ibu?”
Penyanyi cantik, Farah Dhiya pula memilih untuk berkongsi gambar ketika zaman remajanya hingga mendapat hampir 16 ribu likes setakat petang ini. Kongsinya, “I choose to do a #20yearschallenge. First photo I was 14 and me in baju kurung purple which is now, 34 tahun. Sama atau lain? Tahi lalat, dahi luas, dagu, hidung, mata, eh semua la masih sama ok.”
Ads
Adik kepada Datin Emylia Rosnaida iaitu Emelda Rosmila pula berkongsi foto lucu ketika membintangi drama popular, Manjalara 10 tahun lalu. Waktu itu, dia diberi watak wanita bertubuh gempal. “Dulu I gemuk, setelah mengamalkan celery juice setiap pagi selama 10 tahun, alhamdulillah selim. Cubala wakk! Bezakan? Cuma posing jer tak berubah. Reminiscing. MANJALARA.”
Isteri kepada komposer terkenal, Datin Alyah pun apa kurangnya. Mengabadikan foto kenangan ketika berada di atas pentas nyanyian 10 tahun lepas dan tahun ini.. penyanyi bersuara lunak ini juga kelihatan semakin langsing dan menawan sejak mengenakan hijab.
Ads
Penyanyi kecil molek Wani Kayrie pun tidak kurang hebatnya. Sambil berkongsi kapsyen lucu, “Ya Allah nak gelak tengok muka dulu. Mata sepet, hidung kembang, bibir tebal, eye bag berguni. Apa comment anda? Comment dengan jujur ya nak baca! Siapa tak jujur tak nak kawan. Hahahahah.”
Ads
Hairul Azreen yang namanya semakin dikenali ramai sejak filem PASKAL turut memuatnaik gambar sebelum bergelar suami. Wow, memang nampak berbeza. Makin sasa pujaan hati Hanis Zalikha dan bapa Yusuf Iskandar ni!
Kalau kebanyakan selebriti berkongsi foto mereka, lain pula bagi Janna Nick yang menunjukkan personalitinya sedekad lalu melalui video pendek beliau. Kata Janna, ” Tak ni 8 tahun lalu. Eyeliner nak pergi mana!!!! ahahahahahha #videoaib.”
https://www.instagram.com/p/BsrcDNEBwrH/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyantuni golongan asnaf pada majlis berbuka puasa anjuran Astana Negeri Sarawak.
Tun Taib dan Toh Puan Raghad turut menyampaikan duit raya kepadaa 50 asnaf daripada Persatuan Anak Limbang dan Persatuan Budaya Pasar Borneo Sri Kembangan.
Majlis turut menyaksikan syarikat VFive Group menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Ragad Foundation sebagai sokongan kepada yayasan itu dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Hadir sama pada majlis itu ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu yang terdiri daripada jabatan serta agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan Sarawak termasuk duta-duta dari negara luar.
Sumber: TVS
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah kaum ibu sering membawa anak ke tempat kerja bahkan ada juga setiap hari semata-mata mahu melihat anak ada di depan mata. Namun persoalannya, adakah membawa anak ke tempat kerja sesuatu yang baik?
Sekali-sekala boleh saja membawa anak ke tempat kerja untuk berkongsi dengannya bagaimana suasana ibunya bekerja. Tetapi tidak setiap hari. Fikirkan tentang karier dan perkembangan anak.
Jika terpaksa seperti tiada pengasuh yang dapat menjaganya, hantarkan kepada ahli keluarga atau pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar. Itu yang terbaik. Fikirkan dahulu tentang 5 perkara ini sebelum membuat keputusan.
GANGGUAN TERHADAP RAKAN SEKERJA
Adakah anda yakin anak tidak akan mengganggu anda mahupun rakan sekerja? Anak-anak memang sukar dilarang mahupun diramal emosinya. Mungkin mereka akan berlari ke sana sini, menjerit-jerit bahkan menangis sekaligus boleh mengganggu rakan sekerja. Jika ini terjadi kemungkinan besar ianya akan menggangu persekitaran kerja.
GANGGUAN TERHADAP DEADLINE TUGASAN
Di kala tugasan sedang menimbun dan sedang mengejar deadline pastinya komitmen serta disiplin sangat diperlukan untuk menyiapkannya. Ingat, pejabat bukan rumah di mana anda masih boleh bersantai-santai sambil menjaga anak. Jika anak anda tiba-tiba terjatuh dan cedera pasti ia akan menjejaskan tumpuan kerja anda. Pasti anda dalam dilema antara kerja dan menguruskan anak.
KESELAMATAN
Bukan hanya kabel elektrik ada di bawah meja bahkan mesin, bucu meja yang tajam dan sebagainya yang berbahaya untuk anak yang masih kecil. Jika anak hendak tidur anda harus menyediakan ruang yang selesa dan selamat buat anak. Adakah anda masih beranggapan membawa anak ke tempat kerja itu baik?
MUNGKIN MENYUSAHKAN ORANG LAIN
Jika tiba-tiba ketua memanggil anda dan mengarahkan untuk bertemu klien, mahu atau tidak anda harus meminta tolong rakan sekerja untuk menjaga anak buat sementara. Adakah ia tidak menyusahkan rakan anda yang turut mempunyai banyak tugasan yang perlu diselesaikan?
PERSEKITARAN KERJA YANG TIDAK SESUAI
Usia bawah 6 tahun seharusnya waktu untuk anak bermain bersama rakan sebaya. Membawa anak ke tempat kerja boleh menjadikan anak matang sebelum usianya. Ini kerana anak cepat belajar daripada pemerhatian atau perilaku orang-orang di sekelilingnya termasuklah cara anda bergaul dengan rakan di tempat kerja yang boleh mempengaruhi perkembangannya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MashaAllah, comelnya Bunga Elhaq! Cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini cukup bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan saja daripada kedua-dua ibu bapanya malah datuk dan nenek serta orang sekeliling. Alhamdulillah, rezeki Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy!
Selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 jam 8.40 pagi dengan berat 3.25 kilogram, proses kelahiran bayi comel ini berjalan lancar dan sangat dinanti-nantikan keluarga tersayang.
Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.
Bersempena ketibaan Hari Raya Aidiladha, Elisya dan keluarga mengambil kesempatan hari penuh keberkatan tersebut untuk meraikan Bunga dengan mengadakan majlis aqiqah, tahnik dan cukur jambul. Majlis penuh bermakna dan meriah berkenaan diadakan di Kampung Kuala Pari Hilir, Ipoh.
Bertemakan rona putih bersih, Elisya tampil anggun dalam persalinan busana putih gading sedondon dengan suami tercinta dan anakanda tersayang. Mini pelamin khas buat Bunga Elhaq juga dihias indah dengan bunga-bungaan rona senada. Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak Tahfiz.
Paling mencuri tumpuan pastinya Bunga Elhaq yang begitu comel mengenakan gaun dan reben putih. Rata-rata peminat memuji kecomelan anak Elisya dan Haq di samping mendoakan kesejahteraan Bunga.
Elisya menerusi posting terbaharu meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata dan nikmat bergelar seorang ibu.
“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy you, bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you. Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.
MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. When you grow up, you can read, I want you to read this message dan ingat pesan mummy, jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya.
Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.”
Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah buat kedua-dua ibu bapa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.