Demi Exam Tengku Puteri Afzan Raya Dalam Kuarantin Di London, TUNKU AZIZAH Doa Kejayaannya

Naluri KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai seorang ibu sama seperti ibu-ibu yang lain. Setiap saat dan ketika pasti bimbang memikirkan kesihatan dan keadaan cahaya mata tersayang.

Foto: Instagram @tpafzan

“Ya Allah lindungilah anak saya daripada COVID-19 dan juga kepada semua manusia di bumi Allah ini,” tulis KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui laman Instagram @airtangan_tunkuazizah.

Foto: Instagram @tpafzan

Raja Permaisuri Agong turut menyatakan bahawa puterinya, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di London kerana bakal menduduki peperiksaan di salah sebuah universiti di sana.

Foto: Instagram @tpafzan

“Afzan beraya dalam quarantine di London. Setiap 2 hari kena swab test. Exam Uni

pada 26hb Mei,” coret Raja Permaisuri Agong sambil meletakkan gambar biskut raya di posting tersebut.
Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah

Dalam pada itu Raja Permaisuri Agong turut memohon doa kejayaan Tengku Puteri Afzan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhinya. “Tolong doakan anak saya lulus dengan cemerlang dan selamat daripada COVID-19,” tulis Baginda lagi.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan

Menurut coretan Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Afzan sedang ambil jurusan Management and Accounts di universiti dan bakal menduduki peperiksaan Managerial Economics. Bulan September depan Tengku Puteri Afzan akan memulakan pengajian untuk tahun ketiganya di salah sebuah universiti di London.

Foto: Instagram @tpafzan

Tengku Puteri Afzan merupakan pasangan kembar kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

IKLAN
Share