Pengiat dan pemerhati pertandingan ratu cantik seluruh dunia kini menantikan detik siapakah yang akan mengondol gelaran Miss Universe Thailand yang akan dinobatkan tidak lama lagi. Baru semalam berlangsungnya pusingan awal atau preliminary competition di True Icon Hall di mana 30 wanita bertanding dalam mengenakan pakaian renang dan gaun malam mereka sebelum melangkah ke peringkat akhir.
IKLAN
Foto: Instagram (@perpetua.smith)
Selain persoalan siapakah yang akan mengungguli, nama salah seorang peserta, Perpetua Smith menjadi bualan ramai malam itu. Ini kerana dirinya disebut-sebut antara peserta kegemaran namun dia terpaksa menarik diri di saat-saat akhir. Bukan atas masalah kesihatan, disiplin mahupun peribadi, tetapi atas tiket impian yang lebih besar.
Dikhabarkan Perpetua terpaksa melupakan persaingannya bagi merebut gelaran Miss Universe Thailand demi impiannya mengenggam segulung PhD. Perpetua yang berumur 23 tahun bakal melanjutkan pengajiannya dalam bidang Pemasaran (Tingkah Laku Pengguna) di Universiti Harvard.
Foto: Instagram (@perpetua.smith)
Berikutan isu melibatkan kontrak Miss Universe Thailand yang mengikat peserta dengan kontrak dua tahun ternyata menjadi penghalang buat Perpetua untuk menamatkan pengajiannya.
Kelmarin, Perpetua atau nama penuhnya Perpetua Sermsup Smith dalam hantaran Instagram menulis, “Saya akan menghantar permohonan saya ke Universiti Harvard selewat-lewatnya 1 Disember 2022. Saya akan melanjutkan PhD dalam bidang Pemasaran memfokuskan lebih kepada tingkah laku pengguna. Saya ingin membawa anda semua menyusuri perjalanan baru saya dan akan terus mengejar impian saya. Saya berharap untuk terus memberi inspirasi kepada orang ramai serta mendengar kata hati dan fikiran mereka.
Ini merupakan pengalaman dan peluang yang hebat dan saya benar-benar mahu meneruskan pengajian dan mendapatkan PhD saya. Saya sentiasa mahu belajar dan MUT menyemarakkan semangat saya untuk pendidikan.
IKLAN
Malangnya, dengan menerima tawaran tersebut menghalang saya daripada mengejar impian saya. Saya faham anda mungkin kecewa dan saya benar-benar minta maaf. Saya berjanji saya memberikan 100% tenaga saya setiap hari. Saya berjanji akan sentiasa melakukan yang terbaik,” akhiri beliau.
Foto: Instagram (@perpetua.smith)
Menerusi tinjauan NONA di hantarannya itu, ternyata ramai yang terkejut namun menghormati keputusan Parpetua walaupun namanya disebut antara yang bakal dinobatkan Miss Universe Thailand 2023.
IKLAN
Walau bagaimanapun, Perpetua masih muncul pada pusingan kelayakan semalam namun markahnya tidak akan dikira dan dirinya tidak berpeluang untuk mendapatkan sebarang kedudukan.
Apa-apapun NONA menghormati keputusan Perpetua yang menumpukan perhatiannya demi impian, bukan semata populariti dan kilau mahkota yang diidamkan. Selamat maju jaya Perpetua.
‘Kuca, kuca…’ atau bermaksud kacau dalam dialek Kelantan menjadi permulaan Kucate di pasaran. Bukan kacau sebarang kacau, tapi rupanya kacau teh herba berbentuk kiub yang dihasilkan daripada madu dan pelbagai bunga kering. Sebagai ibu muda, Neelofa sendiri mengakui beliau mengamalkan minuman teh herba ni untuk tambah susu badan!
Sebagai seorang ikon terkenal dan usahawan berjaya, dah tentu amalan Neelofa sejak melahirkan Muhammad Bilal, si comel yang kini menginjak usia 8 bulan jadi tumpuan ramai.
Biarpun masih merahsiakan wajah Bilal, tapi kecomelan bayi itu sudah terasa kalau melihat dari genetik ibu bapanya.
Keluarga kecil Haris Ismail, Neelofa dan Bilal
Foto terkini Lofa dan anak sulungnya
Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022
Berusia 33 tahun, Neelofa tanpa berselindung berkongsi di TikTok tentang cara menambah susu badan yang diamalkan dari hari pertama beliau berpantang sampai sekarang.
“Masa Lofa mengandung lagi, Lofa dah niat untuk bagi susu terbaik untuk Bilal. Dan banyak belajar dari Mama juga untuk penjagaan berpantang.” Neelofa
Ujarnya lagi, sejak hari pertama berpantang beliau sudah mula mengamalkan Kucate Superwoman, iaitu varian teh yang diformulasi 7 jenis herba. Minuman teh herba ini dikatakan sangat membantu menambah susu ibu, memandangkan Neelofa sendiri sudah berhajat mahu menyusukan anak kecilnya secara eksklusif.
Kandungan herba dari buah-buahan dan bunga organik
“Alhamdulillah luka bersalin Lofa cepat sembuh.
Lofa akan consume yang terbaik saja untuk hasilkan susu yang berkhasiat untuk Bilal.
Buah-buah dan bunga nilah yang banyak bantu Lofa agar kembali sihat, bertenaga dan cepat turun berat badan.
Susu pun pekat dan banyak masa berpantang.
Minum Kucate Superwoman dah jadi macam terapi. So beautiful and delicious!” Neelofa
@nurcollections99 Untuk APA kucate Superwoman ni?✅ Tingkatkan pengeluaran susu ibu✅ Mengurangkan tekanan dan keletihan✅ Mencegah masalah kesihatan berkaitan mata dan keguguran rambut terutamanya selepas bersalin✅ Membantu melancarkan penghadaman✅ Melancarkan peredaran darah dan memanaskan badan#kucate #neelofa #fyp #noorkartini♬ original sound – YatzBrilliantbiz
Beliau turut menambah, masih mengamalkan minuman yang diasaskan oleh ibunya, Datin Noor Kartini sampai sekarang secara konsisten.
“Alhamdulillah tengok anak membesar sihat cerdik adalah nikmat yang paling besar.”
Kucate Superwoman ni juga selain dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu, dapat juga mengurangkan tekanan dan keletihan, mencegah masalah berkaitan mata dan keguguran rambut lepas bersalin, melancarkan penghadaman serta peredaran darah.
Memang sesuai sangat diamalkan oleh wanita-wanita untuk kembali cergas! Rasa-rasa nak cuba jugalah.
Otak kita mampu menyimpan memori bau dengan sangat baik. Contohnya bau bedak bayi selepas mandi, bau rumput basah selepas hujan mahupun apungan aroma bunga mawar dari sejambak bunga.
Setiap hari terikat dengan rutin yang sama, tanpa disedari membuatkan kita lupa untuk bertenang. Sometimes we forget to take a break. Rehatkan minda sambil menghirup bau-bauan alam yang mendamaikan.
Kuasa bau atau aromaterapi sebenarnya sangat kuat. Percaya tak, sebenarnya ia mampu menyembuhkan secara holistik dan memberi tenaga kepada emosi kita?
Dalam satu perkongsian media yang dianjurkan buat julung kalinya oleh produk minyak pati tersohor di dunia, Young Living, Nona telah diberi panduan tentang cara menggunakan minyak ajaib ini setiap hari.
Perkongsian hebat ini dibawakan oleh Scientific Advisory Board Member, Dr. Peter Minke dan Presiden Serantau Asia Pasifik, Tai Tolman dari Young Living. Jom amalkan sekarang.
Bagaimana minyak pati berfungsi?
Sebenarnya minyak pati adalah produk yang wujud secara semula jadi yang diekstrak daripada satu spesis tumbuhan. Bukan semua tumbuhan menghasilkan minyak pati; dan bagi tumbuhan yang mengandunginya, minyak pati ditemui dalam akar, kulit, batang, daun, bunga dan bahagian lain tumbuhan.
Minyak pati ini sebenarnya tidak rasa berminyak; ia dipanggil ‘minyak’ kerana mengandungi sebatian larut minyak dalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan ciri-ciri aroma dan manfaat tersendiri minyak pati.
Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi yang dicipta berasaskan kesan yang diingini. Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilkan kesan bersama.
(1) Aplikasi aroma
Minyak pati boleh disedut, dengan kesan positif yang nyata terhadap mood, emosi dan daya tumpuan. Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunakan minyak pati beraroma.
Ini dilakukan menggunakan alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaskan kualiti minyak pati. Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.
(2) Aplikasi topikal
Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunakan pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat.
Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan agar sesetengah minyak pati dicairkan dahulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tulen, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.
Aplikasi Minyak Pati Dalam Kehidupan Harian
(a) Untuk Mengharumkan Kediaman
Rumah ibarat syurga kebahagiaan seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabat-handai. Pulang ke ruang tamu yang membolehkan anda merehatkan dan menenangkan fikiran dengan resapan adunan minyak pati Harmony atau Joy untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.
Untuk suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur, Lavender dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan amat diperlukan di setiap rumah dan merupakan teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam.
Sementara itu, Cedarwood menghasilkan haruman bumi hangat yang menimbulkan suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran.
(b) Untuk Menyegarkan dan Menulenkan
Minyak pati lemon terdiri daripada 68% d-limonene, sejenis antioksidan kuat, dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen – untuk menulenkan dan menyegarkan udara di dalam bilik air.
Purification memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilkan bauan semerbak dan menyegarkan sambil meneutralkan bau busuk.
Adunan unik Thieves daripada Young Living pula ialah kombinasi aroma khas bunga cengkih, rosemary, lemon dan bahan botani lain. Rangkaian produk ini menyediakan alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihkan rumah dan membasmi bakteria.
(c) Untuk Belajar dan Bekerja
Sumber kehebatan seseorang boleh dibahagikan kepada 1% inspirasi dan 99% kerja keras – dan inspirasi mungkin datang daripada udara yang kita hirup!
Bagi pelajar di sekolah atau seorang CEO yang sibuk bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat lain, sudah tentu ada masanya mereka perlu dorongan tambahan untuk menyempurnakan tugasan.
Gunakan resapan atau sapuan topikal Peppermint – aroma kuat, ketara dan berpudina yang boleh meningkatkan daya tumpuan selain menyamankan udara sekeliling.
Sebagai dorongan tambahan, Brain Power merupakan adunan antara Royal Hawaiian Sandalwood, Blue Cypress dan Frankincense untuk membantu mempertajamkan pemikiran dan meningkatkan tumpuan menerusi kelebihan aroma.
(d) Untuk Kecantikan Yang Berseri
Formula penjagaan kulit mungkin berkembang maju seiring masa dan teknologi, tetapi rahsia kecantikan turun-temurun masih kekal sehingga kini: iaitu kekal bertenang dan gunakan pelembap!
Kayu Royal Hawaiian Sandalwood amat dicari-cari dalam bidang penjagaan kulit kerana ciri lembapan dan manfaat keseluruhan bagi kulit yang sihat dan berseri.
Frankincense, yang dikenali sebagai raja minyak pati dengan pelbagai kegunaan dan manfaat adalah sangat berharga sebagai penyegar mujarab untuk melindungi dan menyegarkan semula kulit, selain mengurangkan penuaan secara semula jadi. Geranium memberikan aroma yang menenangkan dan menaikkan semangat, dan menambah sentuhan kemewahan kepada rutin kecantikan.
(e) Bagi Yang Aktif Bersukan
Teman sejati badan selepas bersenam ialah Peppermint yang serba dingin, yang turut menghasilkan aroma pudina kuat untuk merangsang deria.
Aroma Siez, sejenis adunan penting antara minyak asas Lavender and Pudina, membuai perasaan yang memberikan ketenangan jiwa dan raga terutamanya apabila digunakan dalam Teknik Titisan Hujan (Raindrop Technique) eksklusif Young Living.
Sementara itu, bagi ahli sukan lelaki dan wanita yang mahukan kesan pemanasan melegakan yang jauh ke dalam otot,PanAway membawakan kehangatan yang menyenangkan dan membantu melegakan kulit dengan ramuan penting seperti Gaulteria and Cengkih.
Menyentuh perihal Young Living yang kini mula bertapak kukuh di Malaysia, Tai Tolman berkata, “Jenama ini dihasilkan oleh D. Gary Young dan Mary Young untuk memulakan operasi perladangan dan penyulingan herba pertama mereka pada 1993.
Berbekalkan wawasan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi minyak pati, mereka menubuhkan Young Living pada 1994 dan bertekad untuk berkongsi hasil penemuan mereka tentang kemujaraban minyak pati dengan dunia.
Sejajar dengan usaha ini, Young Living telah membangunkan proses Seed to Seal® serba maju, yang melindungi keutuhan dan kemujaraban minyak pati dalam setiap peringkat proses pengeluaran,” ujarnya. Norzalina Mohd Alias
Tas tangan sememangnya sahabat karib kepada kaum hawa. Malah, ada dikalangan wanita yang rasa gayanya ‘tidak lengkap’ apabila keluar dari rumah tanpa menggayakan handbag.
Selain itu, tas tangan juga merupakan tempat bagi para wanita meletakkan barang-barang keperluan seperti bedak, minyak wangi, beg duit dan powerbank, sampai kadang-kadang pasangan pun tumpang sekaki.
Tetapi tahukah anda? Jika mahu bergaya pun, perlukan ilmu. Tak boleh main bedal je, nanti tak kena pula dengan gaya dan penampilan. Di sini NONA kongsikan lapan tas tangan yang tepat serta versatil dan boleh anda gayakan!
1. Beg Tali Pinggang
Mungkin anda tidak mahu membawa banyak bebenan, atau apa-apa sahaja, pada tahun 2023. Cari beg bebas tangan dengan beg tali pinggang bergaya ini yang hanya memuatkan yang penting sahaja. Aliran mudah ini adalah kegemaran ramai penata gaya selebriti. Sebagai stylist, trend beg tali pinggang, mereka menyukai fungsinya menjadikan mereka sempurna untuk bekerja di set.
Saint Laurent Kate Textured-Leather Belt Bag
Christian Dior Mini Saddle Bag
2. Saiz ‘Over’
“Lebih besar tote, lebih baik beg itu.” Idea di sini adalah untuk kelihatan seperti anda membawa segala-galanya kalau boleh semua isi rumah. Beg ini boleh memuatkan segala-galanya, termasuk komputer riba, cermin mata hitam, botol air, kasut, harapan dan impian anda.
YSL Saint Laurent icare maxi shopping bag in quilted lambskin Black
Fendi Shopper Bag Large
3. Cangkerang Keras
Acne Studios, Chanel dan Simone Rocha menampilkan beg dan cengkerang keras yang diinspirasikan vintaj di landasan, menjadikan trend ini mesti ada yang diperakui. Trend ini juga diluluskan oleh Moda Operandi. Siluet berstruktur menjadikan cengkaman genggam terasa baharu semula. Untuk masa yang anda tidak memerlukan banyak, klac akan membawa anda ke setiap kesempatan dan banyak lagi.
Simone Rocha Mini Egg Crossbody Bag
Valentino Rhinestone Embellished V Logo Clutch
4. Mengalir
Fikirkan pakaian flapper yang dibuat menjadi beg tangan, ais yang diperbuat daripada kristal atau pinggir yang diperbuat daripada kilauan. Sukar untuk tidak sentiasa menunjukkan pergerakan dan kilauan ini, hidupkan hari anda 2023!
KARA Silver Midi Crystal Fringe Bag
Balenciaga-Fringed-Tote
5. Poket Utilitarian
Bagi mereka yang lebih banyak organisasi pada tahun baharu, cuba beg poket yang dibesar-besarkan ini. Louis Vuitton, Versace, Ferragamo dan banyak lagi telah mengambil bahagian dalam aliran ultra-praktikal ini untuk musim bunga 2023 dan pasti aliran itu akan bertahan sehingga tahun baharu. Bahagikan barang-barang anda seperti anda uruskan hidup anda! Dengan cara yang sihat, sudah tentu.
Fendi Acid Green Nylon Baguette
Michael Kors Elliot Logo Messenger Bag
6. Pemegang Atas
Ultra-feminin adalah untuk musim yang akan datang dan tiada apa yang dikatakan kelas atau keanggunan seperti beg pemegang atas yang bagus. Anda tidak perlu kelihatan seperti nenek Upper East Side yang membawanya. Bottega Veneta, Dior dan Miu Miu menawarkan gaya terkini untuk musim bunga 2023, tetapi jika anda mahu kekal di hadapan, lihat gaya ini.
Gucci Bamboo 1947 Mini Top Handle Bag
Jil Sander Small leather tote
7. Chainmail
Mana-mana meja rias Y2K sebenar tahu bahawa chainmail sesuai untuk keluar malam atau makan tengah hari kasual. Girly dengan sedikit kelebihan, beg ini boleh digayakan dengan mana-mana pakaian.
Paco Rabanne Chainmail Top Handle Bag
JIMMY CHOO Callie tasseled degradé chainmail shoulder bag
8. Minimalis Melampau
Mungkin anda perlu menghapuskan beberapa perkara pada tahun 2023 dan benar-benar kembali kepada asas. Stan Row lebih memahami daripada sesiapa sahaja, asas tidak semestinya asas. Estetika ultra-minimalis adalah mudah, bersih dan jika dilakukan dengan betul, kelihatan sangat mahal.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...