Ads

Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga

Syida Melvin Injak Usia 30 Tahun, Reda Diuji
Syida Melvin Injak Usia 30 Tahun, Reda Diuji

Tahun 2026 pastinya menjadi detik yang tidak mungkin dilupakan Syida Melvin. Menginjak usia 30 tahun pada 11 Ogos lalu, sambutan hari lahir adik kepada aktres Syatilla Melvin ini sudah tentu berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Ini kerana sehari selepas ulang tahun kelahiran, dia terpaksa menerima hakikat rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun akhirnya terlerai. 

Syida Melvin Sah Bercerai

Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga

Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga

Tabah berdepan takdir tersebut, Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menerusi media sosial menzahirkan rasa tenang dan berkongsi momen itu.  

Ujar usahawan KEKASIH tersebut, “Alhamdulillah, hari ini aku belajar bahawa ada perpisahan yang bukan pengakhiran, tapi permulaan kepada kehidupan yang baru.  

Ads

Aku lepaskan apa yang telah berlalu dan melangkah dengan hati yang lebih lapang. Dengan anak-anak di sisi, aku percaya.. Allah sedang menulis cerita yang lebih indah untuk kami selepas ini. Bismillah untuk langkah yang baru. Doakan Cda dan anak-anak.”  

Hadir menemani Syida Melvin di mahkamah bagi prosiding penceraian itu ialah adik-beradiknya iaitu Syafiqah, Syifa, Melveena dan ibu mereka.  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syida Melvin (@syidamelvin)

Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga

Ads

Kisah kemelut rumah tangga Syida dan bekas suami, Syafiq Shaheen mula bertebaran awal tahun ini. Mereka akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu rajie pada 12 Ogos 2026.  

Jiwa Cekal Syida Melvin

Syafiq melafazkan cerai terhadap Syida di hadapan Hakim Syarie Norul Aina Bahari di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Peguam syarie yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah berkata prosiding lafaz cerai berlangsung dalam suasana tenang dan kedua-dua pihak memberikan kerjasama baik.  

Ads

Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga Permulaan Hidup Baharu Syida Melvin, Injak Usia 30 Tahun & Diuji Kemelut Rumah Tangga

Untuk rekod, Syida Melvin mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019.  

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Artikel https://www.nona.my/anggun-usia-59-tahun-syifa-melvin-kagum-sikap-penyabar-ibu-robiah-rahman-besarkan-5-anak-perempuan/

Syida yang tidak lagi aktif dalam dunia lakonan kini ligat menceburi bidang perniagaan bersama adik-beradiknya iaitu Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan Melveena Melvin yang mengusahakan jenama kosmetik ‘KEKASIH’.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Wulan Guritno Aktres Jelita Indonesia

Terkenal Dengan Kecantikan Semula Jadi, Wulan Guritno Amal Gaya Hidup Aktif...

Nama Wulan Guritno bukan lagi asing dalam industri seni hiburan di Indonesia. Tidak hanya dikenali kerana rupa paras cantik, aktres ini juga dikagumi berbakat dalam dunia lakonan.