DERMAWAN & AKTIVIS Malaysia Ini Raih Perhatian Ratu Elizabeth II Bakal Terima Anugerah KOMANWEL

Nama Uncle Kentang bukan suatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Figura yang sering melakukan kerja amal tanpa mengira bangsa dan agama ini sama sekali tidak menyangka segala khidmat kebajikannya mendapat perhatian keluarga diraja Britain.

Foto: Facebook Kuan Chee Heng

Sememangnya kemurnian jiwa Uncle Kentang membantu masyarakat mendapat tumpuan ramai. Sifat pemurahnya membantu masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulan dan teksi 10 sen secara percuma.

Foto: Facebook Kuan Chee Heng
Foto: Facebook Kuan Chee Heng
Foto: Facebook Kuan Chee Heng

Siapa sangka, aktivis masyarakat yang mempunyai nama sebenar, Kuan Chee Heng ini bakal menerima anugerah “Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II di atas segala usaha dan pengorbanannya membantu mereka yang memerlukan.

Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

“Sebenarnya penghargaan tersebut adalah untuk anda semua. Tanpa anda, kita tidak dapat membantu orang. Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk saya sendiri tetapi ia adalah hak anda semua dan rakyat Malaysia yang telah ‘gila’ menderma, membantu dan memberikan sokongan kepada semua inisiatif kita,” demikian tulisnya dalam entri di laman Facebook milik peribadinya.

Foto: Facebook Kuan Chee Heng
Foto: Facebook Kuan Chee Heng

Uncle Kentang dijadualkan menerima penganugerahan tersebut di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir Ratu Elizabeth II pada 12 Jun ini.

Dermawan yang berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima anugerah dan penghormatan tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018. Tahniah! Uncle Kentang.

Foto: Facebook Kuan Chee Heng
Kelihatan Uncle Kentang bersama YB Datuk Ras Adiba Razdi. Foto: Facebook Kuan Chee Heng

Turut menerima anugerah tersebut sebelum ini ialah Doktor ‘Teddy Bear’, Dr Madhusudhan Shanmugam; Pengasas gerakan ‘Zero Waste Malaysia’, Khor Sue Yee dan Aurora Tin; serta penyelidik penyu air tawar, Dr Chen Pelf Nyok.

IKLAN
Share