“Dia Lupa Kot Dia Selebriti..” Rilek Kongsi Majlis Dengan Adik Ipar, Kenduri Ala Kampung REEN RAHIM Dapat Pujian

Reen Rahim baru-baru ini sudahpun melangsungkan upacara akad nikah dan seterusnya bersanding pada 24 Disember lalu. Dan pada Ahad lepas, dia sekali lagi diraikan menerusi majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suaminya.

Namun apa yang menarik perhatian warga maya, meskipun pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini merupakan seorang selebriti terkenal, Reen Rahim dilihat tidak kisah diraikan bersama adik iparnya dalam sebuah majlis kenduri ala kampung nyata mencuri tumpuan ramai. Manakan tidaknya, Reen dilihat langsung tidak kekok diraikan bersama-sama orang kampung belah suaminya.

Ramai warga maya memuji sikap rendah diri Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang tetap ceria diraikan dalam satu majlis berkonsepkan desa dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah.

Berkongsi kemeriahan sambutan majlis tersebut di Instagramnya, Reen dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, dilihat menggayakan busana songket berwarna hijau zamrud, manakala adik iparnya dan isteri menyarung songket berwarna maroon. Kedua-dua mempelai nyata secocok dan perarakan pengantin masuk dilihat cukup gamat sekali.

Dalam video berkenaan turut menyaksikan pasangan pengantin sedang berarak ke khemah perkahwinan yang memperlihatkan Reen tersenyum berjalan sambil memaut lengan suami.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Reen Rahim yang cukup merendah diri dan tersenyum gembira bergambar dan sempat  bermesra dengan peminat walaupun berkongsi majlis dengan adik iparnya. Malah Reen sempat menulis di Instagram nya dengan kepsyen “Sederhana Itu Indah”.

Apa-apa pun NONA memang puji lah sikap humble Reen nih! Selamat berbahagia Reen dan suami, semoga kekal ke Jannah hendaknya! ♥️

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

IKLAN
Share