Diduga Demam Denggi, Mila Jirin Bersyukur Diberi Kesembuhan & Nikmat Kesihatan Semula

Juara Akademi Fantasia Musim Ke-5, Mila Jirin telah dijangkiti demam denggi sehingga dimasukkan dimasukkan ke ICU. Mila telah berkongsi di laman media sosialnya sambil memanjatkan rasa syukur terhadap Sang Pencipta.

“Terima kasih di atas doa kalian buat saya. Alahamdulillah, Allah SWT telah beri kesembuhan dan memberikan saya NIKMAT KESIHATAN semula. Bersyukur saya pada Allah SWT kerana meminjamkan saya nikmat kesihatan ini. Saya kena jangkitan Demam Denggi sehingga blood plate turun sehingga bacaan 5. Allahuakbar,” kongsi Mila. Alhamdulillah Mila telah sembuh seperti sediakala.

Mila juga yang kini mengusahakan perniagaan berasaskan perkahwinan, telah menjadi idola kepada wanita dalam dunia perniagaan. Menjadi wanita sukses sudah pasti menjadi impian setiap orang apatah kini Mila kini telah berstatus seorang jutawan. Bergelar jutawan muda sedikit sebanyak telah menyuntik semangat wanita lain untuk terus berusaha dalam perniagaan sehingga mengecap kejayaan.

“Sekarang saya mula membuat perkongsian tentang perniagaan dan bekerjasama dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan, turun padang berkongsi pengalaman dengan mereka yang memerlukan.

“Bagi saya untuk kekal relevan dalam industri ini kita perlu sentiasa menaik-taraf perkhidmatan yang disediakan dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang terbaik. Bagi saya memikat hati pelanggan dengan perkhidmatan yang baik adalah penting untuk terus berdiri dalam bidang ini.

Sebagai contoh, dewan perkahwinan di Bizmilla setiap tiga bulan sekali akan menukar susun atur dan dekorasi mengikut trend yang popular dan menjadi pilihan pasangan pengantin. Justeru, tidaklah tetamu yang hadir melihat dewan yang sama sahaja sepanjang zaman. Saya juga biasanya akan mengeluarkan pakej terkini dan semasa seiring dengan perkembangan industri perkahwinan,” ujar Pengarah Urusan Bizmilla Catering yang berusia 30 tahun ini.

Walaupun sibuk dengan tugasnya Mila tetap menganggap keluarga adalah keutamaannya. “Saya masih mempunyai tanggungjawab menguruskan anak sulung, Mohamed Arif Zikri yang baharu berusia 2 tahun, rumah tangga dan juga perniagaan. Saya masih mendapat banyak pertanyaan di Instagram dan beratus-ratus lagi pertanyaan yang tidak mampu saya jawab.

Namun, saya pasti akan menjawab satu persatu pertanyaan yang diajukan mengikut ruang masa yang lapang. Ada yang meminta saya mengajar mereka tentang selok-belok perniagaan dan sebagainya. Tidak salah saya kongsi ilmu kerana saya juga dahulu dibimbing oleh seseorang. Saya akan cuba berkongsi apa yang saya ada mengikut kemampuan diri,” tuturnya lembut dan menjadikan Tony Fernandez sebagai inspirasinya untuk terus berjaya.

IKLAN
Share