Gaya Hidup

Diet Epal Hijau Untuk KURUS, Betul Ke Boleh Turun Berkilo-Kilo?

Kalau nak kurus, amalkan makan epal hijau, for sure boleh turun berkilo-kilo. Itu saranan teman yang telah berjaya kurus dengan mengamalkan epal hijau. Namun, benarkan epal hijau ini  membekalkan tenaga yang mencukupi buat mereka yang sedang berdiet.

Epal hijau mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan pertahanan sistem tubuh. Epal hijau kaya dengan vitamin C dan mempunyai khasiat ini 50 peratus lebih tinggi daripada buah jambu batu. Bukan itu sahaja, malah epal hijau mengandungi zat potasium yang bermanfaat untuk mencegah organ tubuh daripada kerosakan. Selain itu epal hijau juga mengandungi B1, B2, B6, E, dan K.

Epal hijau menyalurkan khasiat kepada tubuh melalui jus dan boleh juga dimakan begitu sahaja. Antara manfaat yang hadir daripada buah epal hijau ini adalah:

(a) Mengandungi antioksida yang tinggi

Buah epal hijau bukan sahaja enak dimakan tetapi mampu menjadi agen antikanser yang terbaik melalui zat quercetin yang terkandung di dalamnya. Zat ini bertindak sebagai antioksida yang sangat berpengaruh meningkatkan imunisasi tubuh.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, daya imun tubuh sangat penting agar tidak mudah jatuh sakit ditambah pula dengan kadar stres yang semakin tinggi akibat cabaran hidup era globalisasi.

(b) Mampu menstabilkan kadar kolesterol

Kolesterol sangat bahaya kerana boleh dihidapi secara senyap. Tidak kira mereka yang memiliki badan kurus atau obes tidak terkecuali untuk dijangkiti kolesterol ini. Bahaya kolesterol terjadi akibat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pola pemakanan dan tidak bersenam.

Kolesterol yang berlebihan di dalam darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Serat epal hijau boleh membantu mengikat lemak jahat dan diproses seterusnya disingkirkan daripada tubuh melalui perkumuhan.

(c) Berupaya menentang radikal bebas

Radikal bebas bahaya kepada tubuh kerana molekulnya tidak stabil dan mudah bereaksi dengan molekul penting tubuh seperti DNA, lemak dan protein. Radikal bebas akan berusaha untuk mencuri atau memberikan elektron sehingga mengubah struktur kimia dan akhirnya menyebabkan kehancuran sel.

Radikal bebas boleh diperoleh secara semula jadi melalui proses penghadaman makanan. Ia boleh juga berlaku di luar tubuh apabila terdedah kepada asap rokok dan radiasi. Vitamin C, zat flavonoid dan polifenol yang terkandung di dalam epal mampu bertindak untuk melawan bakteria, kuman dan virus yang bergabung dengan radikal bebas dan seterusnya membubarkan pergabungan tersebut.

(d) Melaraskan berat badan

Menurunkan berat badan bukan suatu tugas yang mudah terutama jika sudah obes. Namun, itu bukan titik noktah untuk mencapai berat badan ideal. Menjaga pemakanan sangat penting dalam menuju misi menurunkan berat badan di samping melakukan senaman yang konsisten. Epal juga turut berfungsi membantu menurunkan berat badan melalui jus epal hijau. Jika diambil secara konsisten, kandungan vitamin C yang terdapat di dalamnya mampu menstabilkan berat badan dengan menyingkirkan penompokan lemak pada tubuh.

(e) Menyeimbangkan hormon estrogen wanita

Hormon estrogen penting kepada wanita untuk perkembangan seksual dan mengatur penebalan dinding rahim selama peredaran menstruasi dan kehamilan. Malah estrogen juga berfungsi untuk mengatur metabolisme tulang dan kolesterol. Epal hijau yang kaya dengan zat baron sangat bermanfaat untuk mengawal, mengendali dan menstabilkan jumlah estrogen dalam tubuh wanita. Zat yang terkandung dalam epal hijau ini juga dapat memastikan tubuh wanita sentiasa segar dan sihat.

(f) Melindungi kulit sensitif

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh yang perlu dipelihara dengan sempurna. Kulit terbahagi kepada beberapa jenis seperti kulit kering, kombinasi dan sensitif. Mereka yang memiliki kulit sensitif perlu dijaga dengan sempurna dan mudah terdedah kepada alergi disebabkan debu, asap kenderaan dan efek cahaya matahari. Vitamin A, C, E dan beberapa mineral lengkap di dalam epal hijau menjadi antioksida terbaik untuk melindungi kulit sensitif agar sentiasa sihat dan terhindar daripada alergi.

IKLAN
Share