Dikhabarkan RONALDO Tawar Hotel Miliknya Jadi Hospital COVID-19, Tapi Ini Pula Jawapan Staf Hotel!

Sejak semalam heboh berita mengenai hotel milik bintang bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo bakal diubah menjadi hospital. Ia dikatakan sebagai salah satu usaha atlet terkemuka tersebut membantu orang ramai di negara kelahirannya, Portugal untuk memerangi wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia.

Memetik laporan sebuah syarikat penerbitan Sepanyol iaitu Marca, bekas bintang kelab bola sepak Real Madrid berkenaan dikhabarkan sudah bersedia untuk mengubah satu daripada dua hotel miliknya menjadi sebuah hospital memandangkan jangkitan coronavirus sudah menjangkiti lebih 160,000 orang dan mengorbankan lebih 6,000 nyawa.

Terkenal sebagai pemain bola sepak yang berbakat besar, Cristiano Ronaldo juga dikenali ramai kerana sikap pemurah dan aktif melibatkan diri dengan kerja amal. Jadi, tidak hairanlah jika superstar

Juventus berusia 35 tahun ini sanggup menjadikan hotel miliknya untuk membantu pesakit Covid-19 di Portugal. Dua buah hotel itu merupakan kolaborasi Ronaldo dengan syarikat pelancongan dan perhotelan Portugal, Pestana… yang hangat diperkatakan sejak semalam iaitu Pestana CR7 yang terletak di Lisbon dan Funchal, Madeira.

Namun, menerusi kenyataan The Sun UK hari ini, syarikat perhotelan Pestana CR7 berkenaan menafikan dakwaan tersebut. Salah seorang kakitangan hotel yang dihubungi berkata, “Hotel ini tidak diubah kepada hospital dan kekal beroperasi seperti biasa. Ramai media yang menghubungi kami dan bertanyakan tentang perkara tersebut.” Ronaldo kini sedang menjalani kuarantin bersama tunang dan anak-anaknya di Madeira selepas rakan sepasukannya dari kelab Juventus iaitu Daniele Rugani disahkan positif coronavirus.

Kongsi Ronaldo di Instagram miliknya, “The world is going through a very difficult moment which demands the utmost care and attention from all of us. I speak to you today not as a football player, but as a son, father, a human being concerned with the latest developments that is affecting the whole world. It is important we all follow the advice of WHO (World Health Organization) and the governing bodies on how we handle this current situation.

Protecting human life must come above any other interests. I would like to send my thoughts to everyone who has lost someone close to them, my solidarity to those who are fighting the virus, like my teammate Daniele Rugani, and my continued support to the amazing health professionals putting their own lives at risk to save others.”

Sebelum ini media antarabangsa memaklumkan Ronaldo sudah bersedia menjadikan hotel Pestana CR7 sebagai hospital untuk memerangi Covid-19 dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pesakit terlibat termasuk membayar sendiri gaji doktor dan pekerja perubatan. Yang pasti, perkhabaran tersebut tidak benar dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ronaldo sendiri.

Pestana CR7 di Madeira
Pestana CR7 di Lisbon

Mengimbas kembali kejayaan Ronaldo membuka syarikat perhotelan di Portugal, ia sebenarnya usaha sama pemain kebangsaan Portugal tersebut dengan Pestana sejak tahun 2016 yang lalu. Dijangka tiga lagi cawangan Pestana CR7 bakal dibuka sepanjang tahun ini namun lokasi sebenar tidak dinyatakan secara lanjut.

Sumber: The Sun UK

IKLAN
Share