Kagum hasil kerja Reka Teemor sebagai perancang perkahwinan diraja! Perkahwinan diraja Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham FD Iskandar baru-baru ini mendapat perhatian meluas di seluruh negara. Berlangsung dengan penuh tradisi dan adat kemelayuan, pasangan pengantin turut menerima pujian khalayak kerana kesederhanaan dari segi penampilan dan peribadi mereka yang mesra.
Di sebalik kemegahan majlis perkahwinan tersebut, antara individu yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menguruskan resepsi Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham ialah perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor.
Dimiliki pasangan suami isteri Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz, mereka mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai perancang perkahwinan yang melibatkan ramai golongan VIP dan selebriti tanah air.
Berkongsi keterujaan mengendalikan perkahwinan anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang ini, usahawan Reka Teemor mendedahkan keunikan tradisi bekas sirih yang dimiliki Tunku Azizah berusia 100 tahun!
“Bekas sirih yang berusia 100 tahun ini adalah milik KDPB Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ia digunakan sebagai bekas Sirih Lat Lat, adat lama yang hampir kita lupakan.
Ads
Sirih Lat Lat adalah gubahan daun sirih, bunga pinang, kapur dan gambir serta bungaan alam Melayu yang harum.”
Ketika majlis akad nikah, kelihatan FD Idzham membawa rapi bekas sirih menuju pelamin sebelum diserahkan kepada isteri tercinta.
Ujarnya, “Ia dibawa oleh pengantin lelaki FD Idzham untuk dibawa masuk ke dalam balairongseri dan disampaikan ke YAM Tengku Puteri Afzan sebagai simbolik bahawa pengantin perempuan sudah bersedia untuk memulakan acara.”
Selain berkongsi cerita barangan klasik penuh tradisi tersebut, mereka turut mendedahkan nilai eksklusif dulang hantaran pasangan pengantin.
“Kehalusan seni ukiran perak tepak sirih hasil rekaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Ia di gandingkan dengan ciptaan dulang hantaran beraura kemelayuan moden, lengkap dengan ’emblem’ nama kedua pengantin di setiap sudut dulang untuk pernikahan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Afzan dan FD Idzham FD Iskandar.”
Ternyata, kemahiran dan pengalaman hampir dua dekad Reka Teemor dalam menguruskan majlis perkahwinan banyak membantu mereka menjayakan resepsi Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham.
Nona turut terpesona dengan kreativiti dan kerja keras Reka Teemor memberikan komitmen terbaik mereka dalam meraikan hari bersejarah buat pasangan pengantin baru. Tahniah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama fesyen Naelofar, mengekalkan momentum Go Far mereka dengan pelancaran rasmi butik ketujuh mereka di IOI City Mall Fasa 2, Putrajaya baru-baru ini. Butik terbaharu itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 September 2022 yang lalu.
Keterujaan para peminat jelas terserlah dengan kehadiran Neelofa ke majlis perasmian yang diadakan secara santai itu di mana Neelofa memberi peluang untuk para peminat bergambar dengannya sepanjang majlis pembukaan rasmi tersebut. Para peminat Neelofa sanggup beratur dan sabar menunggu giliran untuk berselfie bersama selebriti kesayangan mereka itu.
Meraikan pelanggan mereka, pembukaan kedai dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan hadiah percuma daripada permainan dan penyertaan aktiviti, cabutan bertuah, di samping sesi temu mesra eksklusif di mana pengunjung dan peminat dapat bertemu dan berinteraksi bersama pengasas Noor Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini, Athisha Khan dan Noor Nabila.
Pelanggan juga kini boleh masuk dan mengukir parap mereka pada beg Naelofar kegemaran mereka dan kotak selendang di kaunter personalisasi pertama dalam butik Naelofar yang menawarkan pemparapan dengan hanya RM10.
Kedai ketujuh ini menampilkan kesinambungan konsep minima jenama yang boleh dikenali dengan mudah di seluruh kedai sedia ada mereka, mempamerkan tekstur sederhana dalam gandingan kontemporari.
.Ruang seluas 2,010 kaki persegi dipenuhi dengan produk terbaik Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan, kaunter personalisasi dan banyak tempat yang sesuai untuk dimuat naik ke Instagram, menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes.
Di Naelofar, untuk dapat melebarkan sayap kami ke seluruh Malaysia adalah satu impian yang ingin dikecapi dan kami sangat gembira dapat membuka cawangan baru kedua kami pada tahun, ” ujar Noor Neelofa, pengasas Naelofar.
Bulan September ini juga merupakan bulan ulang tahun Naelofar dan pembukaan butik baru dapat membantu menjadi pilihan pertama setiap wanita untuk tampil bergaya dengan sederhana adalah satu permulaan yang baik untuk meraikan tahun ke-8 Naelofar dalam industri di samping membuka lebih banyak cawangan dalam masa akan datang.
“Pelbagai aktiviti dan pelancaran menarik yang akan kami lakukan pada masa akan datang untuk meraikan pelanggan dan #NaelofarBabes kami. Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan mereka,” ujar Neelofa mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali pelakon dan bekas model yang merupakan bekas peserta program Dewi Remaja, Mawar Rashid atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid.
Dan baru-baru ini, isteri kepada Raff Yaakob itu berkongsi berita gembira di mana dia dipertemukan dengan adik kandungnya yang terpisah selama 23 tahun!
Mengakui sebak dan teruja bergelar kakak, Mawar berkongsikan foto mereka berdua bergambar bersama di laman sosial Instagramnya. “Inilah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, bercakap dan dan kenal antara satu sama lain,” tulis Mawar.
Dikenali sebagai Aireen, adik kandung Mawar ini merupakan hasil perkongsiap hidup arwah ayah Mawar yang memiliki tiga orang isteri, di mana Mawar merupakan anak isteri kedua ayahnya.
“Tapi Mawar tak pernah jumpa adik beradik Mawar dari isteri nombor tiga itu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa itu masih kecil, umur Mawar 5 tahun,” kongsi Mawar.
“Aireen ada seorang lagi adik perempuan. Jadi kiranya Mawar ada dua orang lagi adik kandung perempuan. Selama ini berangan jadi anak bongsu, tapi sebenarnya Mawar ada adik lagi.”
Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa apabila Mawar berjumpa Aireen. Mawar juga sempat menitipkan perasaan rindunya terhadap arwah ayahnya dan meminta pengikut dan peminatnya untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahnya.
Malah Mawar mengakui wajah adik kandungnya saling tidak tumpah dengan arwah ayahnya. “Rindu sangat kat arwah papa, sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Arwah Papa Mawar, Dato Haji Wan Abdul Rashid.”
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak punya masa! Itu alasan yang sering diberikan kebanyakan orang apabila diajukan persoalan tentang senaman. Namun, tahukah anda senaman Tabata yang diilhamkan seorang ahli sains Jepun, Dr Izumi Tabata membuka dimensi baru tentang senaman?
Hanya empat minit sahaja diperlukan untuk melengkapkan senaman yang dicipta di Tokyo pada tahun 1996 ini. Bukan sekadar mudah untuk dipraktikkan malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing. Untuk mendapatkan hasil optimum, lakukan senaman Tabata dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
Juga digelar ‘senaman orang malas’ kerana hanya memerlukan tempoh empat minit, kesan senaman ini dipercayai memberi kesan sangat efektif terhadap kesihatan tubuh badan. Ini dibuktikan oleh kajian pakar senaman, Dr Michele Olson yang mengatakan senaman Tabata mampu membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak dua kali ganda.
KONSEP SENAMAN TABATA
Senaman Tabata lazimnya diselang-selikan di antara satu rutin senaman selama 20 saat dengan rehat sebentar 10 saat. Kemudian, set senaman tersebut diulang sebanyak lapan kali mengikut rutin senaman yang berbeza atau sama mengikut kemahuan. Ini bermakna setiap satu set akan mengambil masa 30 saat. Dan jika dihitung, lapan set rutin senaman hanya memperuntukkan empat minit sahaja.
Cadangan rutin senaman pula membabitkan pergerakan kumpulan otot besar seperti:
Squat
Burpees
Mountain Climbers
Plank
Tekan tubi
Lompat setempat @ lompat bintang
Kebiasaannya, tubuh akan berasa sangat penat dan bernafas laju selepas selesai melakukan senaman Tabata. Reaksi yang diterima tubuh seolah-olah telah menjalani sesi senaman berjam-jam lamanya. Selain konsep yang lebih santai dan bebas memilih rutin yang diinginkan, ia tidak memerlukan peralatan senaman khusus.
Secara ringkasnya, Tabata sangat baik untuk individu yang sibuk. Bagi mereka yang jarang bersenam, disarankan agar melakukan rutin senaman ringan terlebih dahulu dan usah memaksa diri secara keterlaluan. Apabila sudah selesa dengan konsep senaman Tabata, boleh menambah masa senaman sehingga 12 ke 20 minit mengikut kemampuan diri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam...