
Tak dinafikan, makin menginjak usia makin terserlah cantik Dayang Nurfaizah! Malah rata-rata peminat penyanyi berasal dari Sarawak ini memuji penampilan artis kesayangan mereka yang kini sedang berada di Bali, Indonesia.
Meskipun hanya mengenakan persalinan kasual T-shirt berkolar lengan pendek warna putih dan skirt denim, namun aura selebriti ini jelas memukau. Pakai serba minimalis pun terserlah anggun.
Dayang Nurfaizah Tampil Memikat Bercuti Di Bali
Bukan itu saja, kecantikan semula jadi Dayang Nurfaizah turut menjadi bualan warga maya. Tak bersolek tebal pun tetap manis dipandang.
Apatah lagi, susuk tubuhnya yang kian langsing. Persis wanita berusia 20an walau hakikatnya Dayang bakal mencecah usia 44 tahun. Awet muda!
Menerusi komen peminat di platform TikTok, individu tersebut mengagumi kulit sihat yang dimiliki Dayang dan bertanyakan mengenai rutin kecantikan yang diamalkan jelitawan ini.
Amalan Kecantikan Wajah Dayang Nurfaizah
Tanpa berselindung, Dayang membalas ‘Triple cleanse!”
Penjagaan kulit secara triple cleanse bermaksud amalan mencuci muka sebanyak tiga kali dengan kaedah pembersihan wajah menggunakan makeup remover, oil-based cleanser dan seterusnya pembersih wajah gel atau foam bagi menanggalkan kotoran mekap dan kulit mati yang melekat di muka.
Penampilan Dayang Nurfaizah semakin menjadi perhatian peminat seni apabila timbul khabar angin mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Empunya diri bagaimana pun mengakui sedang mengenal hati budi seseorang namun tidak mengiya atau menidakkan berita yang dia akan melangsungkan perkahwinan.
Biarpun kerjaya nyanyian Dayang cukup cemerlang dan diminati ramai namun pelantun lagu Janji ini jarang terkait dengan berita kurang enak. Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri.
Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.
Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Dayang Nurfaizah mengaku dia cukup jaga pemakanan demi kesihatan diri. Tidak hairanlah, badannya semakin ‘mengecil’.
View this post on Instagram
“Semakin usia kita meningkat, kita kena menjaga diri.” Ujarnya lagi sambil berseloroh, “Sebenarnya semua baju dah tak muat, jadi kenalah jaga.
Tapi Dayang memang bukan jenis yang makan banyak jugalah. Cuma bahayanya, saya makan selepas show. Itu yang kena jaga.
Sebab setiap wanita semakin meningkat usia dia, semakin berjaga-jaga. Bukan untuk kurus je, untuk kesihatan.”
Semoga karier seni Dayang Nurfaizah terus bersinar dan menjadi penghibur terkemuka tanah air.