Diskaun Bil Elektrik Akibat COVID-19 Untuk Pengguna dan 6 Sektor Perniagaan Terpilih Selama 6 Bulan

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac pastinya membawa pelbagai impak dalam kehidupan rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, ramai pihak terkesan apabila kerajaan mengumumkan langkah tersebut untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Prihatin dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil langkah bijak apabila memberi diskaun bil elektrik kepada semua pengguna bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020 yang akan datang.

 

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk  Dr Shamsul Anuar Nasarah. Menurutnya, pemberian diskaun sebanyak dua peratus ini bagi membantu meringankan beban rakyat akibat penularan wabak COVID-19.

Tambah beliau lagi, selain itu kerajaan turut bersetuju memberi potongan diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik  kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

“Diskaun sebanyak 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10 ribu pemilik syarikat daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.

“Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak, katanya dalam satu kenyataan.

Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE2020) dan juga melalui pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin selepas mensyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac yang lalu.

 

Sumber: Bernama

IKLAN
Share