Cantiknya Janna Nick di majlis perkahwinannya baru-baru ini. Diam-diam, selamat bernikah dan bergelar isteri kepada pelakon kacak, Dini Schatzmann. Sama cantik dan sama padan pasangan mempelai!
Ternyata naik seri wajah pelantun lagu Gatal tersebut saat diijab kabul. Apatah lagi, Janna Nick tampil anggun bertudung litup. Sejuk mata memandang. Lebih-lebih lagi dengan solekan trendy ‘glass skin’.
Walau ramai yang biasa melihat Janna dengan solekan tebal ketika berlakon dan mengacara, tetapi mekap aktres ini pada hari persandingan tetap memukau perhatian dan kelihatan berbeza.
Tidak keterlaluan dalam solekan namun pesona pengantin ini cukup terserlah. Nampak natural beauty dan macam tak bermekap!
Rupa-rupanya, solekan Janna pada 10 Jun lalu ditata rias makeup artist (MUA) ternama antarabangsa iaitu Babara Beer! Jurusolek Thailand berkenaan memang terkenal dengan teknik solekan berkonsepkan ‘glass skin’!
Ads
Malah Babara juga pernah menyolek puteri diraja Johor iaitu Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah.
Babara dalam pada itu turut memuat naik tutorial mekap Janna ketika upacara ijab kabul dan bersanding. Hasilnya, level international!
Ads
Teruja dan gembira dengan sentuhan magis Babara, Janna menzahirkan ucapan terima kasih kepada MUA popular berkenaan.
“Thank you so much for your touch Babara. Truly amazing. I’m beyond than happy to have you on my big day. Till next time.”
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner.
Nama Jihan Muse bagaikan sudah sinonim dengan program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza. Celoteh dan gaya bersahaja Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berjaya menarik perhatian penonton.
Meskipun pembabitannya dalam bidang seni bermula sebagai seorang pelawak.
Kira-kira setahun berehat daripada dunia pengacaraan selepas melahirkan putera kedua, kemunculan Jihan di pentas All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini mengubat kerinduan peminat.
Berkongsi pentas bersama dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, pesona Jihan tetap bersinar.
Malah rata-rata peminat teruja melihat penampilan terkini Jihan. Apa tidaknya, makin cantik jelita!
Anggun mengenakan persalinan hitam dan biru, wajah Jihan kelihatan berseri-seri hasil sentuhan makeup artist Syamiel.
29 Ogos lalu, isteri Ungku Hariz ini genap berusia 40 tahun. Jihan mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon.
Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Dia yang sebelum ini bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Barisan jenama produk lokal sebenarnya setanding dengan jenama produk kecantikan antarabangsa. 8 produk lokal ini mewakili produk yang berkualiti dan kita patut berbangga berkongsi rutin harian dengan hasil yang luar biasa.
Bukan sahaja kesan yang hebat malah rekaan bungkusan dan penjenamaan produk lokal juga tidak kurang hebatnya. Jom semak 8 produk lokal yang dicipta untuk mengekalkan kecantikan wanita.
8 PRODUK LOKAL TERBAIK DI PASARAN
1 – FOLLOW ME Green Tea Hijab Syampu Hair Fall Solution pH-balanced
Siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan teh hijau Jepun bagi memastikan wanita Malaysia aktif dan ceria menjalani kehidupan penuh yakin menggayakan hijab. Diinspirasi daripada teknologi Jepun, dengan ramuan utama iaitu habbatus sauda, ramuan ideal untuk mengembalikan pertumbuhan rambut. Ini disebabkan kandungannya tinggi dengan thymoquinone, sejenis antihistamin sangat kuat dan kaya dengan bahan-bahan yang mengurangkan keradangan, mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit kepala yang baik. Syampu Hair Fall Solution pH-balanced FOLLOW ME Green Tea Hijab memberi khasiat pada akar rambut bagi memastikan rambut lebih kuat.
2 – DR IRMA DERMO KLIN Cleanser & Moisturizer
Diilhamkan daripada masalah ramai orang ketika pandemic COVID-19, ramai yang terpaksa memakai topeng muka dan hasil daripada itu mereka mengalami masalah kulit seperti jerawat, alahan, kegatalan dan kemerahan. Cecair pencuci wajah ini boleh mencuci kulit sepenuhnya dan menanggalkan mekap dalam satu langkah dan seterusnya melembapkan kulit dengan sempurna. Dengan perlindungan SPF 10 ia sesuai untuk penjagaan kulit seharian dan ianya selamat tanpa SLS, pewangi, pewarna dan bahan kimia yang merosakkan kulit.
3 – NATUWREL Orynzyme Serum
Serum istimewa ini dapat menikmati khasiat 3 dalam 1 Face Oil, Pelembap dan Serum dalam satu botol. Memfokuskan kepada hidrasi kulit, meminimumkan pori wajah serta kaya dengan antioksida. Diformulasi dengan bahan-bahan istimewa seperti asid hyaluronic dan bebas paraben serta berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat, memudarkan jeragat dan parut serta melembapkan kulit wajah secara semula jadi.
4 – MERMATTE Translucent Loose Powder
Kulit wajah makin berseri tatkala menyapukan bedak debu ke wajah usai menyapu bedak asas. Namun, pemilihan bedak debu ini sangat penting agar kulit wajah terus terpelihara dan kekal cantik. Mermatte telah memperkenalkan Translucent Loose Powder yang sesuai untuk semua tona kulit. Bukan itu sahaja malah berfungsi sebagai setting powder untuk solekan yang tahan lebih lama. Mempunyai tekstur yang sangat halus dan kemasan matte sesuai juga untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Diformulasi dengan Argan Oil, Vitamin E dan Vitamin C serta diperkaya dengan SPF35 menjadikan tona kulit lebih sekata dan kesan lebih cerah serta berseri-seri.
5 – ARYZAChia Miracle Oil
Minyak berasaskan chia seed sememangnya tidak asing bagi dunia kecantikan bagi membantu mengatasi pelbagai masalah kulit. Diinspirasikan daripada Tamadun Mayan dan Aztec ribuan tahun dahulu, Aryza Chia Miracle Oil berasaskan minyak chia seed organik yang diimport dari Mexico. Didatangkan daripada gabungan pelbagai bahan semula jadi hebat seperti Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak kelapa dara dan Minyak Peppermint yang menyegarkan. Kaya dengan Omega-3 serta antioksidan sesuai untuk anti-penuaan, irutasi kulit, jerawat, ruam bayi dan masalah ekzema. Hanya beberapa titisan setiap hari untuk kesihatan kulit secara semula jadi.
6 – AURA KASIH Lip Serum
Inspirasi daripada minyak bijian bunga matahari dan shea butter, lip serum ini berperanan untuk melembutkan bibir setiap hari. Serum bibir Aura Kasih ini membantu merawat dan memunggilkan serta melembapkan bibir agar kekal sihat dan cantik. Serum ini juga membantu melicinkan garis-garis halus untuk bibir yang bermasalah. Selain itu, ia juga menghidratkan bibir dengan tekstur yang ringan dan kental serta lembut di bibir. Rasai sendiri bibir yang sihat dan lembut di bibir sepanjang hari.
7 – GÜZELIM BY SITI SALEHALush Jelly
Mengambil inspirasi daripada rahsia perubatan tradisional dan kebaikan daripada habbatussauda, maka lahirlah suplemen penjagaan kulit yang begitu istimewa ini. Hanya dalam 1 paket terdapat kebaikan yang mampu membantu meningkatkan tenaga dengan cepat. Suplemen sedia untuk dimakan (ready-to-eat) ini turut menyediakan kebaikan buah delima, vitamin C, kranberi, madu dan banyak lagi. Diadun sempurna untuk melambatkan kesan penuaan dan merangsang kulit bersih serta berseri-seri.
8 – TWO L(I)PSPrebiotik
Pembersihan yang mendalam boleh menyingkirkan bakteria ‘baik’ lalu menyebabkan mikrobioma tidak seimbang. Apabila ini berlaku, perlindungan pada kulit menjadi lemah dan terdedah kepada tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit serta mempercepatkan penuaan kulit. Memperkenalkan koleksi Two L(I)Ps Prebiotik yang baharu lengkap dengan lima produk keperluan iaitu Rinse, Scrubbs, Juice, Sleepover dan Screen. Dirumus secara khusus untuk kekal di antara tahap pH 4 – 6, yang merupakan tahap pH optimum yang diperlukan untuk kulit pada bahagian vulva dan wajah agar semakin segar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terinspirasi dengan gaya hidup sihat yang diamalkan Raianna A Rahman atau lebih dikenali sebagai Rai ini. Mana tidaknya, dalam kesibukan kerja pun tetap cari masa untuk kekal cergas dan bersenam. Tidak hairanlah Rai mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan menawan.
Bukan hanya mementingkan soal kesihatan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti beriadah, Rai juga cukup menjaga diet harian.
Pernah seorang followers Rai di media sosial bertanyakan tip kekal cantik dan kurus yang diamalkan, pengacara Go Shop ini yang tidak lokek berkongsi petua lantas membalas komen wanita tersebut dan berpesan elak minum air bergula dan cukup tidur sekurang-kurangnya tujuh jam.
Memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan, Rai yang juga seorang ibu disifatkan wanita workaholic dalam kariernya iaitu sebagai pengacara televisyen, pengacara majlis dan Voice Over (VO) Talent.
Demi memastikan penampilannya di kaca televisyen dan ketika berada di khalayak sentiasa rapi, Rai menjaga stamina dan kecergasan tubuh dengan melakukan macam-macam aktiviti. Misalnya, jogging, berbasikal, hiking, marathon, futsal dan sebagainya. Memang aktif Rai ini!
Malah, Rai sebelum ini pernah berkongsi pandangannya mengenai kesihatan di media sosial.
“It’s important that you look after your well-being, physically and mentally. It has been quite a challenge lately as I am swamped with work but when I do get a chance, I hike. It’s good to be one with nature. It’s my happy place.”
Rai kini antara pengacara terawal Go Shop iaitu sebuah program berkonsepkan beli-belah melibatkan penonton di kaca televisyen.
Kepetahan dan gaya santai Rai menjual pelbagai rangkaian produk seperti kesihatan, aksesori wanita, perhiasan rumah, pakaian dan barangan keperluan dapur berjaya menambat hati para penonton.
Kredit Instagram @raianna.arKredit Instagram @raianna.arKredit Instagram @raianna.arKredit Instagram @raianna.ar
Sering diaju pertanyaan mengenai tugasnya dalam program tersebut, Rai menerusi temu bual bersama Sinar Harian mendedahkan, “Bila buat program siaran langsung, semestinya hos perlu lebih bersedia dan bijak mengendalikan sebarang situasi di luar jangkaan yang berlaku ketika program berlangsung.
Dalam masa sama, kita sentiasa kena kreatif dalam cara penyampaian agar apa yang kita sampaikan itu menyakinkan penonton.
Kami tidak ada sebarang skrip ketika bersiaran, semuanya dilakukan secara spontan dan santai untuk mewujudkan suasana lebih mesra dan menyenangkan bersama penonton.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.