Susah juga jadi orang cantik ya! Elok-elok hendak bergembira pergi bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan terus bertukar jadi pengalaman mendebarkan. Itulah yang berlaku kepada jelitawan Hong Kong ini ketika berkunjung ke Jerman.
Gara-gara terlalu cantik, Gillian Chung mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman hanya atas alasan ‘terlalu cantik’.
Pelakon berusia 41 tahun itu membuat pendedahan dalam sebuah program Promise for You ketika ditanya mengenai pengalaman bercuti yang sukar dilupakan.
Memetik laporan portal Asia One, Gillian memberitahu dia berangkat ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalannya. Namun dedah aktres ini dia bagaimana pun ditahan selepas pesawat dinaiki transit di Jerman.
Ads
“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi rakan perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang,” ujarnya.
Pun begitu, Gillian tidak mendedahkan kepada umum dengan siapa dan bila perkara itu berlaku.
Gillian yang menceburi bidang muzik sebagai penyanyi Canto Pop atau singkatan kepada Cantonese Pop Music juga merupakan anggota kumpulan Twins memberitahu dia cuba menjelaskan kepada pegawai terbabit mengenai statusnya sebagai seorang selebriti.
Ads
Namun penjelasan dan rayuan Gillian tidak dilayan. Sebaliknya pegawai Imigresen tersebut terus menyoal siasat.
“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tiada ditempatkan dalam bilik. Sebaliknya saya ditahan. Saya memang tidak bernasib baik.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan sekaligus menjaga diet pemakanan. Tapi, ada yang work hard dan bukan work smart. Berat badan masih di tahap lama dan energi semakin kurang. Mengapa?
Ramai yang ambil langkah skip sarapan pagi atau makan terlalu sedikit. Sebenarnya anda mendorong tubuh untuk lapar sebelum waktu dan menggalakkan otak memberi signal anda perlu makan dengan lebih banyak, mengambil snek secara berlebihan dan kurang bertenaga. Ini boleh merosakkan mood!
Apakata kita teliti perkongsian pakar diet, Jillian Greaves.
Skip sarapan pagi
Breakfast like a king! Sarapan pagi adalah hidangan penting perlu diambil setiap hari. Bayangkan jika anda terus skip sarapan pagi setelah berjam-jam tidak makan (ketika tidur), tentunya hari anda akan lebih suram dan rasa tak bertenaga.
Kajian menunjukkan, jika seseorang sering mengambil sarapan pagi, mereka di dapati mempunyai paras BMI rendah. Ambil lebih banyak kalsium dan serat setiap hari untuk membantu anda lebih fokus sepanjang hari.
Gangguan ketika makan
Kesibukan pagi menguruskan anak-anak, meluangkan masa untuk bersolek dan menguruskan hal-hal lain pada waktu pagi membuatkan anda bergegas untuk untuk ke tempat kerja. Jarang kita ada masa untuk menikmati satu per satu hidangan pagi di depan mata.
Multitasking memang bagus tetapi jika multitasking sambal bersarapan, anda sebenarnya makan tetapi tak kenyang malah mendorong untuk anda makan lebih banyak. Rancang jadual dengan baik dan nikmati sarapan dalam keadaan tenang dan selesa.
Makan terlalu cepat
Jika anda makan terlalu cepat, badan anda tak sempat untuk menyampaikan maklumat kepada otak seterusnya memberi signal anda sudah kenyang.
Bekal makanan
Jangan tunggu perut terlalu lapar sebelum membeli hidangan tengah hari, tambah-tambah lagi jika anda terlalu sibuk di tempat kerja. Anda juga lebih mudah terpengaruh dengan rakan sekerja yang gemarkan makanan segera yang lebih mudah di dapati. Jadi, sediakan bekalan hidangan sihat sebelum ke tempat kerja.
Skip snek pagi
Selepas sarapan pagi, anda juga perlu membekalkan diri dengan snek ringan dan sihat sementara menunggu hidangan tengah hari. Sebiji epal sudah cukup untuk mengalas perut sementara menunggu jam 1 petang.
Minum kalori
Minuman pagi seperti kopi atau jus dengan gula tambahan tidak disarankan jika anda ingin menjaga diet. Pakar diet menyarankan agar anda mengunyah makanan berbanding hanya minum saja. Namun, jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan dan tinggi serat boleh mengenyangkan anda.
Buah-buahan dan sayuran sebelum tengah hari
Pilihan paling mudah untuk dinikmati sebagai sarapan tentunya kuih-muih. Pemilihan makanan ini boleh menyebabkan anda kurang mendapat serat dan vitamin semula jadi. Pastikan anda makan sarapan berkhasiat dan seimbang.
Menyisihkan real food
Kaunter pandu lalu di restoran segera paling mudah untuk anda dapatkan sarapan pagi. Apa kata tukar haluan dengan membuat pilihan dan rancang pelan pemakanan anda dengan lebih bijak. Simpan stok yogurt, kacang badam, buah-buahan seperti pisang, epal dan avocado di rumah. Ini lebih berkhasiat dan mengenyangkan!
Tambah protein sebelum tengah hari
Kuih-muih yang anda makan pada waktu pagi penuh dengan karbohirdat dan gula sahaja, sehingga anda cepat letih sebelum menjelang tengah hari. Mungkin selepas ni anda boleh tambah sedikit protein seperti telur setengah masak atau mentega kacang supaya anda boleh bertahan lebih lama.
Tak cukup air
Minumlah air kosong dengan kuantiti yang sesuai dengan tubuh pada waktu siang. Anda tidak digalakkan minum air kosong dengan banyak pada waktu malam kerana ia menyukarkan buah pinggang untuk menapis air berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah 54 tahun pun masih cantik persis anak dara! Penampilan Datin Seri Maria Farida dalam usia 50an sering menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, dari zaman muda sampai sekarang macam tidak berubah wajah jelitawan ini. Gorgeous!
Genap berusia 54 tahun pada 28 Mac, pesona Datin Seri Maria tetap menyerlah. Apatah lagi, dia selesa tampil santai dan hanya mengenakan solekan nipis.
Malah setiap kali berkongsi foto atau video di Instagram, reaksi peminat membanjiri ruangan komen media sosial Datin Seri Maria yang rata-rata daripada mereka memuji keanggunan isteri Datuk Seri Rahman ini.
Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Dalam pertemuan waktu itu, dia mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Mengulas amalan yang dipraktikkan, ini jawapan jujur Datin Seri Maria.”Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.
Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kecantikan ini yang mewarisi keturunan Melayu-Filipina.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula.
Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujarnya.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.
Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.
Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ambil cermin muka dan lihat wajah anda. Perhatikan bahagian pipi dan dagu. Adakah ia berbentuk V atau U? Trend sekarang siapa yang memiliki raut wajah runcing, dagu berbentuk V, putih gebu dan kurus ramping itulah yang dipandang cantik.
Raut wajah berbentuk U atau kendur khususnya di bahagian pipi dan dagu berlapis pastinya membuat wajah tampil tua dari usia. Tidak dapat dinafikan, apabila usia kian meningkat, kebanyakan kita mudah menjadi gemuk di mana lebihan lemak juga boleh berkumpul di bawah dagu, rahang dan pipi. Lebihan lemak ini menyebabkan dagu menjadi berlapis, lebih besar dan tidak menarik.
Namun, ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi.
Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. Mempunyai otot masseter yang tebal menampakkan seseorang itu mempunyai dagu yang bersegi.
Malah, tidak dinafikan semakin usia meningkat, kulit muka mula kehilangan elastisiti sekaligus menyebabkan pipi jatuh akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U.
Ada beberapa faktor yang dikenal pasti penyebab kulit kendur dan kehilangan elastisitinya. Antaranya:
Usia yang bertambah. Kebiasaan, kulit mula menjadi kendur apabila usia mencecah 35 tahun dan ke atas. Namun, individu berusia 20 tahun juga mempunyai keberangkalian yang sama.
SENAMAN MERUNCINGKAN MUKA
TIP KECILKAN PIPI
TIP HILANGKAN DAGU BERLAPIS
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!