Dr Amalina Bakri Pulang Beraya Di Johor, Seronok Tengok Arabella Mia Jumpa Neneknya

Bermula dari kejayaan mendapat keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM, nama Dr Nur Amalina Che Bakri terus disebut-sebut. Biarpun menetap jauh di London, wanita hebat yang baru melahirkan si comel Arabella Mia, 6 bulan tidak ketinggalan meraikan Syawal dengan keluarga di Malaysia.

Paling mengujakan pastinya saat sang cucu dibawa bertemu nenek tersayang. Mesra disapa Tok Ma, ibu Dr Amalina iaitu Puan Sabariah Hassan kelihatan enggan berenggang dengan cucu yang dirindui.

Merupakan seorang bekas pengetua sekolah menengah, penampilan Puan Sabariah, 63 tahun, yang memakai rona sedondon dengan cucunya pada pagi lebaran mencuit hati.

Seronoknya tengok Puan Sabariah menyambut kepulangan anak cucu dan menantu! Arabella Mia pun comel sangat, putih gebu berkat campuran Melayu-Inggeris!

CUACA PANAS

Dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas berbahang, kelihatan ramai pengikut Dr Amalina bertanya tip memakai sunscreen untuk si kecil.

“Ya, kami pakaikan sunscreen versi paediatrik jenama La Roche Posay. Saya juga gemar jenama Childs Farm. Namun pastikan anda beli  produk SPF30 dengan perlindungan UVA dan UVB yang baik.

Pulang ke Malaysia, Dr Amalina tak lepaskan peluang berkunjung ke Melaka

 

Elakkan juga membawa anak keluar di antara jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Sebolehnya duduklah di bawah tempat terlindung dan pakaikan topi serta cermin hata hitam untuk si kecil.” Dr Amalina

Sebelum ini, Nona juga pernah mengiktiraf sumbangan Dr Amalina, 35 tahun dalam Nona Superwoman Awards 2020. Beliau juga pernah menerima anugerah UK Women of the Future Award 2021 di Britain.

Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor itu kini sedang bercuti bersalin kira-kira 10 bulan dengan gaji penuh.

Penerima biasiswa Kijang Emas itu kini bertugas sebagai Doktor Pembedahan dan Felo Penyelidikan Klinikal dalam pembedahan kanser payudara di Imperial College London.

Beliau juga sedang berjuang menyiapkan tesis PhD dalam masa yang sama sekaligus melengkapkan impiannya bergelar seorang pakar perubatan yang membanggakan Malaysia.

IKLAN
Share