Peribadi sopan Dr Fie Tawfek membuatkan dirinya disenangi ramai. Sentiasa tampil tenang dan mengukir senyuman meskipun sedang diuji, kekuatan yang dimiliki wanita ini meraih perhatian khalayak. Lebih-lebih lagi apabila kisah keretakan rumah tangganya dengan penyanyi yang juga usahawan, Nubhan Ahamad hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Walau diasak dengan pelbagai persoalan berkaitan perkahwinan yang sudah 10 tahun dibina namun Dr Fie tidak melatah berdepan isu tersebut dan enggan memburukkan mana-mana pihak.
Sebaliknya dia kekal positif dan bertuah mendapat sokongan kuat daripada keluarga khususnya kedua-dua ibu bapa.
Tidak mahu membuka aib diri mahupun pasangan, Dr Fie Tawfek atau nama penuhnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menerusi Instagram Story baru-baru ini menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan khalayak mengenai kehidupannya.
“Terima kasih dari hati buat semua – pihak media, sahabat-sahabat dan semua yang tak putus-putus mendoakan serta menyokong Fie hari ini. Maaf kalau Fie tak sempat jawab semua soalan. Kehadiran dan doa kalian banyak beri kekuatan.”
Ads
Menelusuri latar belakang figura ini, Dr Fie yang kini berusia 36 tahun merupakan seorang doktor gigi dan graduan pergigian dari Mesir. Namanya mula dikenali khususnya dalam kalangan peminat seni apabila mendirikan rumah tangga dengan peserta Akademi Fantasia, Nubhan pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Dr Fie Tawfek sebelum ini pernah bertugas sebagai doktor gigi di Klinik Pergigian Seremban namun memutuskan untuk berhenti kerja pada 31 Oktober 2020.
Terdahulu, dia pernah berkongsi notis tawaran ke jawatan tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kira-kira lima tahun lalu. Tetapi Dr Fie menolak tawaran berkenaan demi berbakti kepada keluarga dan mengusahakan perniagaan sendiri.
Sebelum membuka klinik pergigian ‘Lantara’ pada tahun 2023 yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Dr Fie dan Nubhan menceburi bisnes kecantikan dan kosmetik.
Ads
Latar Belakang Keluarga Dr Fie Tawfek
Anak sulung kepada Ahmad Tawfek dan Dr Zailah Zainudin ini berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Yang pasti, Dr Fie lahir dalam keluarga berpendidikan tinggi. Ibu tersayang, Dr Zailah misalnya merupakan Presiden Malaysian Action Research Network (MARNet) dan bekas pensyarah.
Dr Zailah ialah graduan Brock University, Kanada dan pemegang Sarjana dalam Pendidikan dari University of Houston, Amerika Syarikat serta memiliki PhD dalam Pendidikan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Biarpun sudah bersara namun Dr Zailah aktif dengan pelbagai program latihan dan perundingan. Malah sering melancong ke luar negara di samping anak-anak serta cucu tersayang sekiranya ada masa terluang.
Melihat kehidupan Dr Fie Tawfek dan ibu bapa, tidak hairanlah dia kekal rasional dan tidak terburu-buru memberi kenyataan yang mengguris perasaan ramai pihak. Semoga Allah sentiasa memelihara kehidupan Dr Fie dan Nubhan serta memberkati keluarga mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya.
Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat bdannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.
Catriona Kongsi ‘Amalan’ Kekal Langsing Dan Sihat
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
Malah dalam posting terbarunya, Catriona turut memaparkan kegigihan dia melakukan jungle trekking di Tugu Trail Walk hingga menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal sihat dan langsing.
@lilly_haniza Patut la body cantik sis… Suka tgk
@ermiriaibrahim@mrsfbi41 fuhhhh..patut body solid huh…
@ziqrymunchkin Its amazing to watch ur transformation, inspired!
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Dalam satu hantaran lain, Catriona turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang proses menurunkan berat badannya itu.
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”
5. Beras Perang
“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas menjadi wanita Melayu pertama dilantik sebagai PRESIDEN Singapura kini Halimah Yacob mencipta sejarah apabila berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai antara 50 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia selama lima tahun berturut-turut.
Presiden kelapan Singapura ini naik satu tangga daripada 37 ke 36 pada tahun ini berbanding di kedudukan ke-45 sewaktu pertama kali disenaraikan pada tahun 2018 seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian. Kagum sungguh dengan pencapaian wanita yang berusia 67 tahun ini.
Ibu kepada lima orang anak ini merupakan Speaker Parlimen Singapura ke-9 bermula sejak Januari 2013 ke Ogos 2017. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.
Halimah Yacob juga merupakan seorang ahli parlimen mewakili Parti Tindakan Rakyat selama 14 tahun bermula dari tahun 2001 ke 2015.
Kemuadian, isteri kepada Mohammed Abdullah Alhabshee ini dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari tahun 2011 hingga ke 2013.
Berikut adalah beberapa fakta tentang tugas-tugas presiden.
Presiden Singapura adalah Ketua Negara.
Sebelum 30 November 1991, Presiden adalah ketua negara dengan peranan sebahagian besar menghadiri upacara-upacara mewakili Singapura. Pada 30 November 1991, Perlembagaan Republik Singapura telah dipinda untuk menjadikan pejabat Presiden sebagai pejabat pilihan dengan kuasa budi bicara yang berkaitan dengan perlindungan rizab negara dan pelantikan kakitangan utama dalam sektor awam dan beberapa syarikat Kerajaan.
Secara umum, peranan dan tanggungjawab Presiden boleh dikategorikan seperti berikut:
Perlembagaan
Presiden Singapura bertindak sebagai penjaga berhubung dengan hal-hal tertentu seperti penggunaan rizab negara. Dia tidak mentadbir negara – yang jatuh kepada Perdana Menteri dan anggota kabinet lain yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan dan bertanggungjawab kepada parlimen.
Ceremonial
Kuasa presidensi terletak pada beberapa fungsi upacara. Presiden juga mewakili Singapura pada peringkat tertinggi dan membantu mempromosikan hubungan dua hala dan hubungan rakyat antara Singapura dan negara-negara lain yang baik.
Komuniti
Presiden boleh menggunakan pengaruh kedudukannya untuk menyokong penyebab amal dan sosial. Presiden juga boleh memainkan peranan menyatukan dengan menggalakkan, mengartikulasikan dan mewakili nilai-nilai yang menyatukan rakyat Singapura sebagai sebuah negara.
Kagum dengan sikap prihatin masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Baru-baru ini tular kisah keluarga kaum India yang ‘tersadai’ di tepi jalan akibat kereta rosak dibantu pasangan suami isteri berbangsa Melayu di Changkat Jering, Taiping.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas dalam kalangan warga maya yang gembira melihat situasi menyenangkan tersebut.
M Prema dan keluarganya ketika itu dalam perjalannan pulang ke Ipoh selepas mengunjungi sebuah kuil di Taiping.
Difahamkan brek salah sebuah kereta yang dinaiki mereka mengalami masalah dan suhu tinggi kenderaan berkenaan membuatkan mereka bimbang untuk meneruskan perjalanan.
Lalu berhenti di tepi jalan kira-kira jam 3.30 petang dengan keadaan waktu itu sedang hujan. Memetik kenyataannya kepada Harian Metro, “Sementara tunggu enjin sejuk, kami duduk di tepi jalan.
Kredit Facebook Samini UnicornKredit Facebook Samini Unicorn
Kebetulan saya berhenti di hadapan rumah pak cik (individu yang membantunya) dan ketika itu dia mahu pulang ke rumah dan terus menyapa kami serta menawarkan bantuan.”
Pada mulanya mereka sekeluarga ‘berat hati’ untuk ke rumah lelaki itu kerana tidak mengenali dan bimbang menyusahkan individu tersebut.
Namun, lelaki warga emas berkenaan berulang kali mengajak dia dan ahli keluarga datang ke rumah kerana bimbang keselamatan mereka jika terus menunggu di tepi jalan.
“Kami ada sembilan orang kerana kami ke kuil dengan dua kereta. Jadi segan juga mahu pergi ke rumah pak cik dan isteri kerana memang tidak kenal mereka.
Kami kemudian pergi juga rumahnya selepas diajak beberapa kali malah turut dijamu dengan maruku, kuih bahulu, dan rambutan.”
Kredit Facebook Samini UnicornKredit Facebook Samini Unicorn
Walau hanya 30 minit, M Prema bersyukur kerana mereka dilayan sangat baik bagaikan sudah lama mengenali.
Kisah ini menjadi bualan dan tular di media sosial selepas anak M Prema iaitu L Samini memuat naik gambar dan menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku di Facebook. Yang pasti, mereka tidak menyangka niat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai ini meraih perhatian luar biasa.
Kejadian ini menjadi tular selepas anak M prema iaitu L Samini berkongsi kisah mereka di Facebook kerana mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.