DR SAMHAN Pernah Diuji Dengan Ketumbuhan Rahang Pipi, Isteri Tetap Setia & Banyak Berkorban

Seperti yang kita tahu, isu ‘Abang Tesla’ kahwin dua menjadi perbualan hangat ketika ini cukup memberi kesan dan mencalar perasaan para isteri.

Turut terkesan dengan isu tersebut ialah pempengaruh Dr Ahmad Samhan Awang atau Dr Samhan yang berkongsi detik paling struggle pernah dilalui bersama isteri tercinta, Dr Rushaida Zabidi pada awal perkahwinan mereka.

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

Dr Samhan telah memuat naik satu video throwback di Instagramnya memaparkan detik beliau diuji dengan penyakit Ameloblastoma atau ketumbuhan rahang pipi pada 2016.

Ketika itu usia perkahwinan mereka mencecah empat tahun dan baru memiliki seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Mereka juga baru habis belajar dan belum bekerja. Disebabkan tiada simpanan, mereka berhadapan dengan masalah kewangan.

Memetik perkongsian Dr Samhan kepada Mstar, kos pembedahan bagi merawat ketumbuhan rahang pipi mencecah RM20,000.

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

“Dalam akaun bank memang kosong. Kos pembedahan sampai RM20,000. Kami diuji dengan masalah kewangan.

“Isteri temankan saya di wad dan tidur berlapikkan alas nipis namun tak merungut. Isteri tetap tersenyum dan buat saya gembira,” kongsi bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

Menurut penerima TikTok Malaysia Popular Creator Award 2021 ini, pembedahan yang dilakukan mengambil masa 12 jam.

“Saya down

teruk. Tak mampu makan, hanya mampu minum susu. Tak boleh bercakap sebab leher ditebuk, kencing pula melalui tiub, tak boleh berjalan sebab tulang betis diambil untuk ganti tulang rahang.”
Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

Kata Dr Samhan, biarpun keadaannya begitu isteri tetap setia di sisi.

Bagi Dr Samhan, isteriya itu seorang yang sangat tabah dan penyokong tegarnya sejak dulu.

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

“Isteri sangat supportive dan sering memberi kata-kata semangat untuk saya terus survive.”

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.
Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

“Isteri juga menyokong penuh untuk saya bergiat aktif dalam menyampaikan pelbagai content bermanfaat kepada masyarakat terutama berkaitan kesihatan dan ilmu perubatan. Dialah yang banyak bantu saya buat content di TikTok.

Dr Samhan merupakan calon bagi kategori Best of Education dalam Anugerah TikTok 2023 yang bakal berlangsung Ahad ini.

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan.

Untuk info, Dr Samhan mengusahakan enam klinik bersama rakan kongsi. Manakala klinik miliknya, HIMclinic khusus untuk kesihatan lelaki.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share