DR SOO WINCCI Ratu Cantik Malaysia Pertama Bergelar Profesor Madya

Penyanyi, pelakon serta model Dr Soo Wincci dan akademik sememangnya tidak dapat dipisahkan. Terbaharu, Dr Soo Wincci telah dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.

Dr Soo Wincci yang kini bergelar Profesor Madya.

Pencapaian terbesar itu telah melayakkan dirinya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Paling membanggakan, Dr Soo Wincci menjadi Miss World pertama yang menerima pengiktirafan tersebut.

Menerusi hantarannya di Instagram baru-baru ini, Dr Soo Wincci memaklumkan beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Profesor Madya.

Bermula dari seorang ratu cantik kini bergelar seorang profesor. Inspirasi!

“Hari ini secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya (Bermula daripada seorang ratu cantik sekarang satu demi satu lagkah ke alam professor).

(Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati & melukakan saya).”

“Segalanya pasti ada hikmah tersirat. Ini merupakan satu bab yang baru. Jangan menyerah kalah terhadap impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan.”

Dr Soo Wincci juga menyatakan segala yang dikecapinya selama ini bukan mudah serta tiada jalan pintas. Hanya usaha yang gigih dan kental dapat merealisasikan impian. Akan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang dikecapi Dr Soo Wincci.

Tahniah dan teruskan memberi inspirasi kepada semua khususnya buat golongan wanita di luar sana.

Untuk infio, Dr Soo Wincci memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Unadng dari University of Reading, United Kingdom. Beliau juga pemegang 3 sarjana iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Selain itu, dalam tempoh 15 tahun Dr Soo Wincci berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia. Beliau mencipta rekod apabila menerima 2 pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen

, dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.

Kredit Foto: Intstagram Dr Soo Wincci

IKLAN
Share