Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral iaitu YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Dr Zaliha berkongsi detik kunjungan itu di akaun Facebook peribadinya pada semalam (17/1/2023).
“Hari ini saya menerima kunjungan daripada YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Ibu Pejabat KKM.
“YB Senator mengutarakan agar kerajaan hari ini mewujudkan Dasar Penyakit Jarang Jumpa bagi penjanaan kesihatan komuniti penyakit jarang jumpa yang merangkumi sokongan kerajaan, penyelidikan jujukan jenom, jumlah pakar genetik dan penyediaan fasiliti rawatan di hospital/klinik pakar.”
Ads
Dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan tentang penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan. Antara perkara yang dibangkitkan ialah menambah Pusat Mentari dan peruntukan bagi mengatasi masalah kesihatan mental yang berlarutan.
Selain itu, perbinacngan turut menyentuh pengubahsuaian prasana fasiliti kesihatan di Malaysia agar mematuhi Keperluan Reka Bentuk Sejagat Dan Malaysia Standard (MS1184).
“Perbincangan kami turut berkisar tentang menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat di hospital dan klinik bagi membantu OKU Pendengaran serta kemudahan kesihatan golongan OKU.
Ads
“Saya hargai cadangan dan saranan yang diberikan kerana isu ini signifikan dan membawa manfaat kepada semua terutamanya rakan golongan OKU.”
Menurut Dr Zaliha, beliau bersama KKM akan melakukan yang terbaik demi membantu golongan OKU terutama yang melibatkan fasiliti kesihatan.
Memetik ldaaporan Bernama pula, Datuk Ras Adiba menyarankan agar KKM mewujudkan ‘Dasar Penyakit Jarang Jumpa’ bagi menjaga kebajikan dan penjagaan kesihatan komuniti penghidap penyakit itu.
Ads
Ia merangkumi dana sokongan kerajaan, penyelidikan jujukan genom, jumlah pakar genetik dan penyediaan fasiliti rawatan di hospital atau klinik pakar.
“Kita harus memimpin dunia dalam penggunaan data dan teknologi bagi mencegah penyakit bukan hanya merawatnya. Ianya telah dilakukan dengan jayanya oleh United Kingdom,” jelas Datuk Ras Adiba.
Beliau turut menggesa Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) ditambah sekurang-kurangnya satu pusat di setiap daerah bagi mengatasi masalah mental yang kian membimbangkan.
Beberapa lagi cadangan termasuk memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada golongan OKU, khusus wanita kurang upaya serta menyediakan lebih ramai pengamal perubatan serta anggota kesihatan terlatih dalam bidang ketidakupayaan.
Kredit Foto: Facebook Dr Zaliha Mustafa
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tak berbau. Walau pun ada di rumah dan bawah pengawasan ibu bapa tapi bahaya tetap ada di mana-mana. Terbaru, kisah selebriti Betty Banafe yang mengalami kecederaan mata akibat tertusuk permainan lego si anak menimbulkan rasa curiga di kalangan ibu bapa khasnya.
Iyalah, boleh sebabkan buta tu! Pun begitu, alhamdulillah keadaan Betty kini beransur baik.
Kongsinya, “Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah … bayangkan mereka yang buta permanently .. salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah.
Bagi mereka yang tersenyum lihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu. Kerna waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga .. terima kasih bagi yang mulia hatinya.
Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya. Pergorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif. MasyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin ya Rab.. ”
Betty merupakan isteri kepada Bruce Darghous sejak mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Julia Dargus dan Dean Dargus.
Moga cepat sembuh ya Betty!
Sumber: Instagram Betty Banafe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu lagi penghargaan dilakar oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tetap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai tindak balas wabak.
Beliau akan mengetuai Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesediaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR) untuk tempoh antara satu hingga dua tahun.
Dr Noor Hisham berkata, jawatankuasa tetap itu akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun, selain mengadakan mesyuarat luar untuk perkara-perkara segera jika perlu.
“Lembaga Eksekutif 34 ahli WHO, semasa mesyuarat tahunannya Mei lalu, bersetuju membentuk SCHEPPR untuk membantu mempercepatkan tindak balas terhadap kecemasan kesihatan global seperti Covid-19, selepas agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikritik kerana lambat bertindak balas terhadap wabak ketika coronavirus pertama kali dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut terma rujukan, jawatankuasa tetap hendaklah memberikan panduan kepada lembaga eksekutif WHO dan nasihat kepada ketua pengarah WHO mengenai pencegahan, kesediaan dan tindak balas kecemasan kesihatan, dan kapasiti segera Program Kecemasan WHO, sekiranya orang ramai kecemasan kesihatan kebimbangan antarabangsa (PHEIC) ditentukan.
Terdahulu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham dan Prof Jérôme Salomon dari Perancis kerana bersetuju untuk berkhidmat sebagai pengerusi dan naib pengerusi pertama jawatankuasa baharu itu.
Untuk info, beliau juga merupakan penerima Anugerah NONA SUPERHERO 2021 anjuran Majalah NONA.
Sumber: The Star
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac pastinya membawa pelbagai impak dalam kehidupan rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, ramai pihak terkesan apabila kerajaan mengumumkan langkah tersebut untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Prihatin dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil langkah bijak apabila memberi diskaun bil elektrik kepada semua pengguna bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020 yang akan datang.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Menurutnya, pemberian diskaun sebanyak dua peratus ini bagi membantu meringankan beban rakyat akibat penularan wabak COVID-19.
Tambah beliau lagi, selain itu kerajaan turut bersetuju memberi potongan diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
“Diskaun sebanyak 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10 ribu pemilik syarikat daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.
“Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak, katanya dalam satu kenyataan.
Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE2020) dan juga melalui pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin selepas mensyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac yang lalu.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka, Yang Mulia (YM) Tengku Ameera Asya berbakat besar dalam dunia seni nyanyian! Kalau sebelum ini puteri diraja Pahang berkenaan hanya tunjuk bakat nyanyi dalam kalangan ahli keluarga, tetapi kini dia terbuka menonjolkan bakat yang ....