Eksklusif, Staf SME Corp Bergaya Elegan Dengan SKAF KORPORAT DUCK Versi Sendiri!

dUCkscarves, label premium yang cukup terkenal di kalangan hijabi. Menampilkan rekaan eksklusif dan mewah, dUCk bukan sekadar mencipta fenomena apabila setiap helaian edisi terhad yang dihasilkan laris di pasaran dalam tempoh singkat.

Malah, situasi berbaris panjang di luar butik dUCk setiap kali koleksi terbaru dilancarkan bukan lagi perkara asing bagi peminat setia jenama yang diperkenalkan Vivy Yusof ini.

Terbaru, dUCkscarves sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjalinkan kolaborasi bersama SME Corporation Malaysia untuk penghasilan skaf korporat syarikat tersebut sempena Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 (SMIDEX 2017) yang berlangsung 15 hingga 17 November ini. Memang bertuah kakitangan SME Corp!

Mengetengahkan warna korporat SME Corporation seperti biru dan merah jambu, para kakitangan wanita kelihatan ceria dan elegan tatkala mengenakan skaf korporat dUCk di samping Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hafsah Hashim.

Menurut Pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof, ia merupakan satu pencapaian membanggakan buat dUCkscarves apabila diberi kepercayaan untuk menghasilkan skaf korporat berkenaan. Memetik status yang dimuat naik Vivy dalam Instagramnya, “I am very honoured to make this corporate scarf for SME Corp. I think brand association is so important so as tempting as it is to say yes to everyone, I have declined a lot of projects when I feel it doen’t suit dUCk’s brand positioning.

Everything has to have meaning and my team has to feel proud. I immediately said yes to SME Corp corporate dUCks because they do so much for the country in helping SMEs, working so had to help others succeed.”

Pasti banyak syarikat yang sedang mengintai untuk bekerjasama dengan dUCkscarves juga selepas ini!

IKLAN
Share