Lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon berdarah kacukan, Julia Ziegler. Sekitar awal tahun 2000 nama aktres ini sering meniti di bibir peminat seni tanah air bukan saja kerana memiliki rupa paras cantik. Malah dia juga berbakat dalam industri lakonan.

Selain berlakon, Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler juga merupakan seorang peragawati. Bersandarkan wajah jelita dan susuk tubuh ramping serta tinggi lampai, tidak hairanlah dia dipilih menghiasi kempen produk fesyen dan kecantikan satu ketika dulu.

Julia Ziegler ‘Sepi’ Dari Industri Seni

Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata!

Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata!

Kini keutamaan Julia lebih terarah kepada anak-anak dan keluarga. Tidak dinafikan, sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 bintang filem Ombak Rindu ini ‘sepi’ daripada industri. Penampilan anggun dan wajah cantiknya juga jarang kelihatan di majlis hiburan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Julia Ziegler rajin berkongsi aktiviti harian. Bahkan kebanyakan posting selebriti ini lebih banyak berkisar mengenai anak-anak yang kian meningkat dewasa.

Ads

Tidak sekadar mengasuh anak dengan sebaik mungkin, dia juga rajin memasak untuk keluarga.

Artikel https://www.nona.my/diratukan-suami-perhiasan-mewah-blue-sapphire-digayakan-maia-estianty-di-majlis-kahwin-anak-cecah-usd-578-ribu/

Rumah Tangga Julia Ziegler & Johan

Tanggal 1 Januari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan Julia dengan suami tercinta yang merupakan seorang jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan.

Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata!

Ads

Kehadiran dua cahaya mata comel iaitu Ivana Johan dan Rayden Johan melengkapkan lagi rumah tangga bahagia pasangan romantis ini.

Julia dan Johan menerima kehadiran anak sulung mereka pada 14 Januari 2019. Manakala anak lelaki pula selamat dilahirkan pada 7 Julai 2020.

Difahamkan Julia Ziegler yang berusia 42 tahun sebelum ini pernah mendedahkan dia menyenangi sikap suami dan serasi bersama.

Apatah lagi, mereka berdua mempunyai darah campuran dan berfikiran terbuka serta saling memahami.

Ads

Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata! Elegan Usia 41 & Bahagia Jadi Isteri Jurutera, Julia Ziegler Seronok Galas Tugas Ibu 2 Cahaya Mata!

Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler berusia 41 tahun Johan 41 tahun. Dia menyenangi sikap suami dan serasi. Kedua-duanya mewarisi darah kacukan dan berfikiran terbuka.

Sebelum mendirikan rumah tangga, jelitawan ini pernah mengusahakan bisnes pakaian dan mempunyai label sendiri iaitu Ziegler.

Melihat penampilan terbaharu Julia, figura ini selesa berambut pendek dan bergaya santai. Dia juga dilaporkan membesarkan anak-anak tanpa mengambil khidmat pembantu rumah.

Semoga rumah tangga Julia dan Johan sentiasa dilindungi Allah SWT serta kekal bahagia sampai syurga.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI