EMART24, Kedai Serbaneka KOREA Paling Pantas Kini Lebarkan Sayap Ke Malaysia

Terkini, bergaya dan artisan itu istilah paling tepat bagi menggambarkan konsep kedai serbaneka Korea yang baru dibuka di Malaysia. Melancarkan kedai “Reserve” pertamanya di Bangsar Selatan, emart24 menyuntik nafas baharu kepada stereotaip kedai serbaneka berdinding putih. Dengan konsep gaya hidup, ia menawarkan makanan jalanan Korea yang segar, kopi yang harum, makanan ringan Korea eksklusif daripada labelnya tersendiri, ‘I’m e’ dan ‘No Brand’ serta rangkaian kecantikan K-beauty.

Sejak diasaskan pada tahun 2014, emart24 berkembang kepada lebih 5,500 kedai dalam tempoh 7 tahun sekaligus digelar sebagai kedai serbaneka Korea paling pantas. Dipacu gelombang ‘Hallyu’ kedai ini merupakan yang pertama di antara 300 kedai yang disasarkan untuk dibuka di Malaysia dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia, Vuitton Pang menjelaskan, bagi mengiktiraf semangat kecintaan rakyat Malaysia terhadap segala trend dari Korea bersama dengan pelabur ekuiti swasta, Karrin Associates, emart24 Malaysia menawarkan pengalaman tiada tandingan dalam landskap kedai serbaneka negara. Jenama ini terkenal dengan pendekatan pelanggan dan amat sesuai dengan pasaran Malaysia.

Di Korea, emart24 dikendalikan oleh peruncit terbesar di negara berkenaan, Shinsegae Group, dan merupakan jenama kedai serbaneka pertama di Korea yang memperkenalkan kedai serbaneka tanpa pekerja yang terus maju dengan penerapan teknologi.

Kumpulan ini terus meneroka peluang untuk menaik taraf perkhidmatannya menerusi pelbagai idea inovatif seperti kios pembayaran sendiri dan penjejakan pembelian yang bertujuan mempertingkatkan pengalaman pelanggan. Lebih-lebih lagi pada masa ini, perniagaan dan pengguna lebih cenderung memilih pembayaran tanpa sentuhan. Berbekalkan kemajuan teknologi emart24 di Korea, matlamat jangka panjangnya adalah untuk memperkenalkan inovasi ini secara berperingkat di Malaysia.

DEKORASI
emart24 menampilkan ruang yang lebih besar, rekaan dalaman yang diperibadikan, serta ciri-ciri keunikan untuk setiap kedai. Semua ini membuka peluang kepada pengenalan idea baharu baik dari segi penawaran produk mahupun reka bentuk kedai sekaligus menghasilkan pengalaman yang unik. Meskipun ia menawarkan pilihan lebih luas berbanding Kedai ‘General’, pelanggan dapat menikmati kualiti yang konsisten tidak kira di mana pun. Kedai ‘General’ yang pertama akan mula beroperasi di Hartamas tidak lama lagi dan menampilkan tawaran tersendiri.

Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, emart24 komited memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan sedia dimakan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf Halal. Selain makanan, pelanggan juga boleh memperolehi beraneka pilihan kosmetik, penjagaan diri serta wangian, disediakan menerusi kerjasama strategik dengan OnlyKorea, iaitu pengedar sah produk kecantikan Korea yang bakal menjadi antara kumpulan peruncit kecantikan Korea yang terkemuka di Asia.

Pengembangan emart24 di Malaysia adalah berasaskan slogan, Hello, neighbour! Ia merupakan kedai serbaneka terbaru yang membawakan pengalaman peruncitan Korea yang mudah lagi mampu dimiliki ke kawasan kejiranan anda. Keselesaan dalam kehidupan harian perlu seiring dengan trend semasa.

Untuk promosi terkini dan maklumat lanjut, layari www.emart24.com.my atau www.facebook.com/emart24.my/ dan www.instagram.com/emart24.my

IKLAN
Share