Setiap wanita yang bergelar isteri sudah pasti gembira dan teruja apabila telah disahkan hamil anak pertama. Selebriti terkenal Emma Maembong juga sedang melalui fasa tersebut dan kelihatan begitu bahagia dengan kandungan pertamanya itu.
IKLAN
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Kebahagian jelas terpancar di wajahnya dan lihat saja wajah Emma Maembong yang begitu berseri-seri sejak mengandung. Pasti anak yang bakal dilahirkan pada bulan November nanti mewarisi kecantikan ibunya dan ketampanan ayahnya. Semoga perjalanan Emma Maembong bergelar seorang ibu dipermudahkan.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Sebelum ini, Emma Maembong telah menoktahkan ikatan cinta bersama suami tercinta yang merupakan juruterbang pada tarikh yang sangat indah iaitu 20.02.2020.
Mengimbau kembali momen indah pasangan sama cantik sama padan ini, “Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober 2019, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya,” kata Emma Maembong.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Emma Maembong bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun, telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
IKLAN
Foto: Instagram @blackpepperproduction
Emma Maembong atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail kelihatan berseri-seri di majlis pernikahannya dalam persalinan rona putih rekaan pereka terkenal, Ezuwan Ismail. Emma Maembong memilih rona warna putih melatari majlis pernikahannya turut diserikan dengan kehadiran 300 orang tetamu.
IKLAN
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose. Namun ketika itu mereka hanya berbual kosong dan tidak pernah menjangkakan ada ‘percikan cinta’ selepas itu.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata Emma Maembong di majlis pernikahannya tempoh hari.
Pertama kali mengenali pasangan suami isteri ini ialah sekitar tahun 2017 ketika kedua-duanya menjalani sesi fotografi bersama Nona. Waktu itu, mereka baru tiga tahun berkahwin. Personaliti Dr Say Shazril dan isteri yang ramah membuatkan sesi pada hari tersebut cukup menyenangkan. Tidak terlalu menunjukkan kemesraan di depan khalayak namun ada ketika memang terserlah bahang cinta di antara mereka berdua.
Bukan mudah sebenarnya untuk seorang wanita menghakis perasaan cemburu. Lebih-lebih lagi apabila penampilan suami sering menjadi perhatian peminat wanita. Meskipun pada
mulanya Dr Azura Abas agak janggal saat disapa orang asing yang mahu bergambar bersama suaminya, namun kini dia mampu menyesuaikan diri.
Mengimbas kembali kisah viral Dr Shazril Shaharuddin kira-kira enam tahun lalu, Dr Azura yang kini bergelar ibu kepada Aezriel mengakui perasaan cemburunya diuji waktu itu. Namun kerana memahami kerjaya suami dan enggan mudah ‘melatah’ dia berjaya mengharungi situasi tersebut dengan baik. Bahkan, sejak kisah Dr Say menjadi viral dan bertebaran di media sosial… perhubungan di antara mereka makin tersimpul erat.
Kenangan sesi fotografi bersama NonaDi samping cahaya mata sulung, Aezriel
“Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore. Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.
Memang dekat India lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan seni bina badan dan kerap ke gimnasium. Begitu juga saya. Cuma bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak
terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.
Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun
di Hospital Serdang,” telusnya.
Lebih lima tahun mengenali hati budi, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 30 Mac 2014. Kedua-duanya pernah berkhidmat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum memutuskan untuk berhenti dan bekerja sendiri. Biarpun secara jelas terpancar sinar bahagia di wajah Dr Say dan Dr Azura, Nona sengaja menduga hati doktor cantik itu.
Sambil mengakui pernah terbit rasa gusar dengan tempias dunia glamor Dr Say, wanita yang berasal dari Selangor ini yakin jejaka yang dikenalinya di India dulu masih setia berada di sisi.
“Isteri mana yang tak cemburu bila suami selalu dapat perhatian wanita lain. Alhamdulillah, dia lain daripada yang lain. Bahkan lepas saja waktu kerja, dia akan terus balik rumah. Tak ada benda yang patut dicurigakan sebab selalunya dia akan pulang tepat pada masa. Malah apa juga yang berlaku di hospital, dia akan beritahu saya. Termasuklah cerita peminat perempuan yang datang ke unit kecemasan semata-mata untuk bergambar.
Sepanjang menjadi isteri Dr Say, saya tengok dia seorang lelaki yang mementingkan keluarga. Rutin dia setiap hari cuma pergi kerja, gym dan kemudian balik rumah. Kalau ada cuti panjang, dapatlah pergi melancong luar negara. Rasanya tak perlu terlalu risau sebab dalam perkahwinan masing-masing kena saling mempercayai.”
Harapan Nona agar perkahwinan yang dibina terus berlandaskan kesetiaan dan kejujuran serta berkekalan hingga ke syurga.
Melihat pasangan lain yang baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sedikit sebanyak menyentak hati seorang ibu yang masih menanti kehadiran bayi dalam hidupnya. Tangisan kecil dan tawa si manja menjadi igauan setiap wanita yang sudah bergelar isteri.
Namun bagaimana jika setiap kali disahkan mengandung, mereka diuji dengan keguguran?
Menghadapi keguguran adalah suatu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi kandungan yang dianggap sebagai penyeri itu sudah dinantikan sekian lama. “Saya berkahwin pada bulan Februari 2015. Sebaik sahaja pulang berbulan madu di Mekah selepas 4 bulan berkahwin saya disahkan mengandung. Hati gembira bukan kepalang.
Namun, ketika usia kandungan memasuki 6 minggu saya mula nampak kesan spotting. Tanpa berlengah saya pergi klinik dan doktor sahkan threatened abortion (kandungan terancam).
Kemudian saya pergi scan kat klinik pakar dan tak nampak kantung dalam rahim. Doktor suruh saya buat ujian darah untuk tentukan sama ada ectopic atau tak (7 minggu),” ujar Liza Talib yang bertugas sebagai Pengurus Bank ini.
Tambah Liza, “Doktor minta datang ke hospital sekali lagi untuk melakukan ujian darah selepas 2 hari. Keesokan harinya tiba-tiba lepas subuh sakit sangat kat perut dan bahu sampai tertidur atas sejadah.
Sejam lepas tu bangun terus ajak suami pergi hospital dan dapat keputusan ujian darah memang ectopic (HCG level meningkat tapi scan masih tak nampak kantung).
Di hospital saya buat pembedahan laparoscopy (tebuk 3 lubang di perut dan pusat) dengan bius penuh kerana boleh mengancam nyawa saya jika tiub tersebut meletus. Hasilnya tiub falopian kanan saya telah dibuang dan sekarang saya hidup dengan 1 tiub falopian sahaja.
Peluang saya untuk mengandung tidak secerah macam dahulu lagi. Keluar hospital saya berpantang macam biasa selama 2 minggu,” terang Liza yang mengalami momen sedih dalam hidupnya kehilangan anak pertamanya.
Setelah 3 bulan, doktor membenarkan Liza untuk mengandung lagi. Sudah tertulis rezekinya setelah 4 bulan pembedahan laparoscopy, dia mengandung lagi. “Saya pergi checkup dari minggu ke-5 sehingga minggu ke-9, scan tak nampak janin, hanya kantung. Saya diuji sekali lagi.
Kali ini doktor mengandaikan kemungkinan blighted ovum (kandungan tak jadi/missing) dan diberi tempoh 2 minggu untuk datang semula buat imbasan. Imbasan kali kedua tetap tidak menampakkan janin dan doktor mencadangkan saya buat D&C untuk cuci dan buang kandungan.
Kehilangan kali kedua ini benar-benar memberi kesan yang mendalam dan saya tidak sanggup untuk menghadapi jika berlaku keguguran sekali lagi. Saya sedih dan tidak sanggup menunggu lama kerana faktor usia, berkahwin lewat pada usia 34 tahun. Setelah enam bulan saya masih tidak mengandung dan menjadi risau.
Saya mula belajar dan menyertai kelab TTC (Trying To Conceive) luar negara dan belajar semua kaedah. Saya juga membuka akaun khas di Instagram untuk berkongsi tentang perjalanan untuk mendapatkan zuriat.
Saya cuba OPK (Ovulation Prediction Kit) untuk monitor ovulasi kerana kitaran haid saya tidak normal.
Kadang-kadang lewat beberapa hari dan tempoh paling lama pula hampir 60 hari. Selepas 6 bulan buat OPK saya mencuba pula kaedah BBT charting (Body Basal Termometer) iaitu catit suhu basal kena bangun pagi-pagi setiap hari sepanjang 1 tahun hanya untuk catit suhu dan rekod dalam fertility friend apps.
Kemudian saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan. Hasil pemeriksaan doktor katanya, mungkin tiada ovulasi (anovulatory cycle). Doktor bagi saya ubat clomid untuk besarkan telur dan merangsang ovulasi.
Dalam pada itu, doktor mengesahkan saya ada PCOS (telur tak matang). 1st cycle failed to conceive as on fertile day pergi scan, telur hanya ada di sebelah kanan (tiub telah dibuang). Saya sedih dan tahu memang harapan sangat tipis untuk mengandung pada bulan itu.
Bulan kedua ambil clomid lagi tetapi dengan dos yang lebih tinggi 150mg selama 7 hari. Masa subur pergi scan dan doktor beritahu clomid tak begitu berjaya ke atas saya kerana hanya ada 1 telur besar. Tetapi kali ini telur besar itu berada di ovari yang ada tiub.
Kitaran hari ke21 saya perlu hadir ke hospital untuk membuat ujian darah bagi melihat progesteron. Tak silap saya bacaannya hanya 41 dan doktor cakap below expectation sepatutnya lebih 100. Tapi saya yakin bakal mengandung pada bulan itu.
Alhamdulillah, akhirnya saya mengandung. Namun, berita tersebut bukan hanya setakat itu sahaja, saya betul-betul all out untuk mengekalkan kandungan kali ini. Saya mengekalkan kecergasan diri dengan jogging dan zumba. Menjaga pemakanan dengan mengambil karbo rendah dan tanpa gula yang diganti dengan stevia. Bulan tersebut saya hilang 3kg.
Saya amalkan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi untuk pastikan ovum yang 1 tu membesar dengan sihat dan cepat. Saya tak ambil produk lain selain clomid (cuba banyak produk di pasaran tapi tak ada kesan malah lagi teruk kitaran jadi lagi panjang).
Elak makanan sejuk dan makan banyak sayur hijau serta kacang badam. Lepas ovulasi saya makan nanas selama 1 minggu dan berhenti kerana kandungan bromelain pada nanas dikatakan boleh membantu mengukuhkan janin.
Kepada wanita lain yang masih berusaha untuk mendapat zuriat nasihat saya kena belajar pasal tubuh dan organ reproduktif sendiri, usaha (timed intercourse – sebab i track my ovulation guna OPK, BBT dan monitor cairan vagina).
Rajin membaca dan akhir sekali doa dan tawakal. Alhamdulillah my rainbow baby boy namanya Umar Iskandar dah nak masuk 4 bulan, sihat dan cerdik,” nasihat Liza. Hamizatul Maizan Mohamed
Aktif di dalam bidang pengacaraan, blog dan menghasilkan video di Youtube menjadikan empunya nama Khairunnisa binti Mohd Aminullah atau lebih dikenali sebagai Nisa Kay cukup terkenal di laman media sosial. Nisa, 27 tahun nyata bijak menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengasah sekaligus mempamerkan bakat yang dimiliki oleh wanita kelahiran Pahang ini.
BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENJADI SEORANG PENGACARA, BLOGGER DAN YOUTUBER?
Saya mula menulis blog sejak tahun 2007 lagi di atas dorongan abang saya. Kemudian saya terus jatuh cinta dengan blog kerana saya suka berkongsi melalui penulisan. Youtube pula mulai aktif ketika saya belajar di universiti secara tidak sengaja. Pada mulanya saya memuatnaik video secara suka-suka saja dan tidak sangka ia bertahan hingga kini. Minat mengacara pula memang sudah sekian lama ada dalam diri dan melalui Youtube, saya boleh mengetengahkan bakat yang saya ada. Saya juga sering ke ujibakat untuk menjadi pengacara.
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT KEYAKINAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN ORANG RAMAI?
Sejujurnya, sukar untuk saya kerana saya memang sudah terbiasa berhadapan dengan orang ramai, dan setiap kali saya perlu berhadapan dengan sesuatu crowd, saya jarang mempunyai masalah seperti gemuruh dan sebagainya. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana saya fikir mungkin keyakinan itu datang secara semulajadi. Namun ada sesetengah acara yang membuatkan saya rasa gemuruh, lebih-lebih lagi jika terdapat jemputan orang-orang kenamaan atau nama-nama besar dalam industri.
ANDA JUGA SEORANG YANG GEMAR PERGI MELANCONG. CERITAKAN SEDIKIT PENGALAMAN ANDA
Alhamdulillah saya diberi rezeki oleh Allah SWT untuk mengunjungi dan berpeluang melihat tempat orang. Apa yang saya boleh katakan adalah, dengan travel, kita akan belajar banyak perkara. Sebagai contoh, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan adakala ujian datang menimpa. Selain itu, kita akan rasa bersyukur dengan ciptaanNya apabila melihat tempat-tempat lain di serata dunia dimana keindahannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
NEGARA APAKAH YANG PALING ANDA GEMARI UNTUK BERCUTI DAN MENGAPA?
Saya sangat suka bercuti ke Korea dan Barcelona, Sepanyol. Korea mempunyai lokasi-lokasi yang cantik, dan saya gemar membeli-belah di sana. Saya juga suka melihat budaya tradisional Korea. Manakala Barcelona pula, tinggalan sejarah yang dibangunkan menjadi kota yang sangat cantik dan moden membuatkan saya jatuh cinta dengan negara ini. Alhamdulillah syukur, saya sudah pun berkunjung ke saya beberapa kali, dan setiap kali ke sana, saya jatuh cinta lagi dan lagi, as Barcelona got so many things to offer.
HOBI ANDA DI WAKTU LAPANG?
Saya gemar menonton drama atau filem menerusi Netflix, menulis blog dan menghasilkan video untuk Youtube. Namun jika tidak online, saya akan membaca novel dan hanya berehat di rumah.