Eskayvie Sumbang RM30,000 Untuk Tabung Harapan Malaysia

Semangat patriotik yang tersemat dalam diri pengasas Eskayvie ini telah mencetuskan hasratnya untuk membantu negara menyumbang Tabung Harapan Malaysia. Demi tanah air tercinta, Eskayvie telah melancarkan kempen Tabung Harapan Malaysia pada 4 Jun 2018 lalu. Istimewanya sumbangan terkumpul berjumlah RM30,000 ini datangnya daripada para pengguna produk Eskayvie yang sayangkan Malaysia dan mengimpikan negara tercinta terus pesat membangun dengan penuh harmoni untuk dinikmati rakyatnya.

Melalui Yayasan Eskayvie pula, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan dengan menyelami kehidupan anak-anak yatim, warga tua, warga kurang upaya serta fakir miskin. Syarikat hak milik penuh Bumiputera ini bukan sahaja membekalkan produk kesihatan dan kecantikan semenjak 2009, malah telah membantu puluhan ribu pesakit yang menghidapi masalah Diabetes di seluruh dunia.

Sebagai sebuah syarikat yang membawa visi mementingkan pembangunan ekonomi dan kesihatan Ummah, Eskayvie bukan sahaja berjaya menyuntik semangat perpaduan yang utuh terjalin di antara HQ, Stokis dan Agennya. Malah ia memberi satu dimensi baru melalui penglibatan setiap individu melalui program-program ‘Kembalikan Semula Kebaikan’ kepada masyarakat yang memerlukan.

Pada 7 Julai lalu, Eskayvie telah mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Eskayvie bersempena Hari Raya. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan disertai oleh Agen serta Stokis selaku nadi utama syarikat. Sambil menikmati hidangan enak cita rasa Melayu, Kelantan dan Siam sebagai hidangan utama majlis ini, tetamu dihiburkan dengan gelagat para peserta yang ‘sporting’ menyertai pertandingan mengikat samping dan pakaian keluarga sedondon.

Eskayvie juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua terutama para pengguna produk Eskayvie yang sebenarnya telah memberi impak besar kepada masyarakat yang memerlukan. Andalah sebenarnya Hero Negara kita yang tercinta ini. Semoga Eskayvie terus maju ke hadapan dengan memacu peningkatan ekonomi dan kesihatan sejagat.

 

 

IKLAN
Share