Umurnya baru mencecah 24 tahun tetapi kejayaan yang diraih Nik Aswat cukup membanggakan! Mana tidaknya, ketika rakan seusia baru melangkah ke alam pekerjaan dan masih tercari-cari kerjaya yang bersesuaian, Nik Aswat sudah pun membina legasi sendiri. Siap ada butik dan studio mekap yang menjadi buruan kebanyakan bakal pengantin di Kulim, Kedah. Hebat! Pendek kata, kalau musim kahwin… lambat je ‘serbu’ butik Nik Aswat, memang melepaslah.

Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan pencapaian Nik Aswat atau nama sebenarnya Syahril Aswat Rosly setanding pencapaian mereka yang berpengalaman dalam bidang solekan dan perniagaan. Walau masih muda namun kematangan Nik Aswat jelas terserlah. Tambahan pula anak kelahiran Pulau Mutiara ini kreatif orangnya. Pantang nampak peluang, cepat-cepat dia rebut!

IKLAN

Mengenali perwatakan Nik Aswat sejak sesi ujibakat Fabulous Mua pertengahan September lalu, kehadirannya di samping dua rakan karib iaitu Albin dan Manda nyata mencuri tumpuan. Lebih bertuah, ketiga-tiga mereka yang menyertai ujibakat ini terpilih hingga berjaya menjadi finalis Top 9.

#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!

#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!

Kongsi Nik Aswat, “Sebenarnya saya student civil engineering tapi rezeki saya sekarang saya buat mekap. Tahun ini ialah tahun pertama saya buat baju. Selama ini memang dah start buat dah. Saya mula dengan buat baju untuk family dulu. Kemudian, slowly saya ambil tempahan pelanggan yang minta buat baju kahwin, baju raya dan sebagainya pada Februari lepas. Selain itu, saya pun buat aksesori. Dulu saya pernah jual gelang dan macam-macam lagi. Kiranya, memang saya minat berniaga.”

Mengakui sudah mula berniaga sejak berusia lapan tahun, Nik Aswat sambil ketawa berkata ia merupakan satu perkara yang di luar jangkaannya waktu itu. “Dari darjah dua saya dah mula berniaga. Pada mulanya saya rasa apa yang saya buat ni, macam tak normal. Sebab budak-budak sebaya saya waktu tu masih sibuk lagi bermain. Tak terfikir pun benda lain. Tapi saya, sibuk hendak berniaga dekat taman permainan.

Ikutkan mak saya tak sokong pun saya berniaga masa tu. Lepas tengok saya beria-ia sangat beli barang untuk niaga, hendak atau tidak… dia juga yang buat semua. Saya hanya menjual saja. Dari tak sokong, lama-lama mak akur dan support. Paling seronok, semua duit hasil jualan dapat dekat saya.”

Ujar anak sulung daripada empat beradik ini lagi, “Keluarga saya memang tak ada background bisnes. Tak tahulah macam mana saya boleh terlibat. Mungkin sebab minat. Lagipun saya ni degil sedikit. Masuk darjah empat dan lima pun saya masih jual barang dekat kawan-kawan. Otak tu ligat je hendak berniaga. Walaupun masih kecil tapi saya cepat matang dan mungkin Allah dah ‘tulis’ yang rezeki saya ni senang dapat duit. Masa sekolah menengah, saya dah kurang aktif bisnes sebab hendak fokus belajar. Alhamdulillah terpilih jadi top student. Habis je SPM, saya sambung belajar civil engineering di IPT.

#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah! #FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah! #FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!

#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!

Lepas ayah saya meninggal, kami sekeluarga pindah ke Simpang Ampat. Masa pindah ke sana saya baru 19 tahun dan agak susah juga waktu tu sebab ayah baru meninggal. Duit untuk belajar pun cukup-cukup saja. Saya pula jenis yang kalau rasa stres, saya suka pergi shopping mall. Duit yang ada dekat saya masa tu cuma RM15 je. Hendak dijadikan cerita, tengah window shopping… saya ternampak kedai jual gelang. Saya tak tahu kenapa saya beli gelang. Mungkin Allah hendak ‘buka’ jalan rezeki untuk saya masa tu. Mulanya tak ada niat pun hendak berniaga.

Malam tu saya upload gambar pakai gelang tadi di Instagram. Memang gelang yang saya pakai tengah trend dan kebetulan ada kawan-kawan yang hendak beli. Dari situlah saya serius balik berniaga dan sepanjang belajar, saya guna duit sendiri hasil jualan gelang dan ada juga sebahagiannya duit bantuan lain yang saya terima. Tak sangka, dari hanya jual suka-suka… saya yang masih belajar waktu tu dah boleh dapat pulangan lumayan. Sampai pernah beberapa kali rasa hendak berhenti belajar.”

Diasuh sejak kecil agar berdikari terutamanya jika mahu beli sesuatu, Nik Aswat tanpa selindung mengakui keluarganya bukanlah berasal dari golongan berada. Sebaliknya, kesenangan yang dinikmati sekarang adalah hasil usaha kerasnya berniaga selama ini. Sehinggalah sekitar dua tahun lalu, dia akhirnya terpanggil untuk mendalami dunia solekan selepas dipelawa seorang rakan yang juga designer.

IKLAN
#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!
Antara koleksi busana perkahwinan yang ada di butik Nik Aswat
#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!
Rekaan busana Nik Aswat yang memenangi pertandingan Malaysia’s Makeup Artist 2019
#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!
Rekaan busana Nik Aswat yang memenangi pertandingan Malaysia’s Makeup Artist 2019

#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!

“Tahun pertama lepas belajar mekap, saya tak ambil pelanggan langsung. Saya aktif masuk pertandingan je sebab saya nak bina nama dulu dan buat solekan serta buat baju sebagai hobi. Hanya selepas menang beberapa pertandingan, baru saya beranikan diri ambil pelanggan. First customer yang saya ambil ialah setahun selepas tu, tahun 2018 dengan mekap yang biasa-biasa je. Kemudian, saya ikut mekap untuk artis di Jom Heboh, fashion show Rizman Ruzaini, Shanel Harun, International Ipoh Fashion Week dan banyak lagi.

Empat tahun bergelumang dalam bisnes, saya kaji apa lagi pembaharuan yang perlu saya buat sebab saya nak ada bisnes yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang. Jadi saya decide untuk buat bisnes baju. Syukur alhamdulillah, saya dah buka butik dan ada studio milik saya sendiri iaitu Nik Aswat. Semua urusan mekap atau photoshoot dijalankan di situ. Butik mekap dan baju di Kulim ini bukan saja untuk wedding, apa-apa acara pun boleh sebenarnya.

Sepanjang bergelar make up artist dan usahawan, dah tujuh kali berturut-turut saya menang pertandingan mereka baju. Dari proses design, jahit… segala-galanya saya buat sendiri sebab saya seorang yang sangat cerewet. Kalau hari ini saya jahit dan nampak ada yang tak kena di mata saya, esok saya akan tetas dan jahit balik. Pada saya, kesempurnaan sangat penting,” akhiri Nik Aswat yang memenangi Spectacular Design Dress Malaysia’s Makeup Artist (MMA) 2019 dan The Most Favourite Social Media MMA 2019 baru-baru ini.

IKLAN

#FABULOUSMUA Bermodalkan RM15, Kini NIK ASWAT Designer & Makeup Artist Popular Di Kedah!

Saksikan Nik Aswat dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian makeup artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap.

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI