“Frontliners kita kekurangan tudung pakai buang – since PPE kit tak cukup dan substitute head cover kadang tak properly cover tudung mereka…”
Perkongsian ibu tunggal yang juga selebriti media sosial, Farah Lee ini di akaun Instagramnya semalam, bagai menceritakan kesulitan yang ditanggung oleh frontliners wanita kita.
Ditambah pula dengan beberapa video yang tular tentang dilema petugas perubatan, terpaksa ‘berjauhan’ dengan ahli keluarga kerana bimbang infeksi COVID-19 pada orang tersayang.
Memahami kebimbangan petugas barisan depan ini, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli berniat untuk menghasilkan tudung pakai buang khusus untuk kegunaan mereka.
Ads
“Kita sama-sama bantu mana yang mampu, insyaAllah dapat juga beramal dari rumah..”
Farah menerusi Instagramnya berkongsi tentang projek tersebut yang sudah dirancang sejak hari kedua PKP dilaksanakan di negara ini. “Nak jadi frontliners dah terlambat jadi Farah cuba cover area yang Farah ada pengalaman iaitu clothing dan crowd funding.“
Ads
https://www.instagram.com/p/B-TOadNl5hQ/
Tambahnya, tudung pakai buang untuk kegunaan frontliners wanita itu telah pun siap direka. Farah yang merupakan bekas isteri Ally Iskandar dan ibu kepada Maream Esabel tersebut mengakui sukar duduk diam di rumah sedangkan majoriti frontliners dalam masa yang sama, bekerja tanpa rehat demi membendung wabak COVID-19.
Ads
Inisiatif Farah itu mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya yang memuji usaha dan idea beliau. Farah yang turut aktif dalam aktiviti sukarelawan itu turut menyeru semua pihak untuk sama-sama menyumbang secara dalam talian bagi menjayakan projek itu walaupun hanya dari rumah.
Semoga usaha dan amal jariah seperti ini berterusan tanpa mengira sempadan agama dan bangsa. Pengorbanan frontliners kita yang sanggup bergadai nyawa demi integriti tugas masing-masing cukup melambangkan sifat kemanusiaan yang tinggi, justeru kita bantulah mereka dengan mematuhi peraturan PKP #stayathome #dudukrumah.
Sumber: Instagram @farahlee_
https://www.instagram.com/p/B-PEfV3lsiP/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali dengar alunan lagu ‘Wira Hatiku’ di YouTube, jiwa terusik dan air mata berlinangan. Memang hebat vokal Dato’ Sheila Majid, didendangkan cukup gemersik berpadu kemas dengan alunan muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) menusuk jauh ke sanubari.
Sebenarnya ini bukanlah penampilan pertama artis bertaraf antarabangsa itu membuat persembahan di MPO. Dato’ Sheila Majid pernah mencipta sejarah sebagai penyanyi Malaysia pertama membuat persembahan di pentas gah Menara Berkembar Petronas.
“Terima kasih…. Terima kasih…” para petugas barisan depan, jasamu dikenang ke akhir nyawa. Inilah antara bait-bait lirik dalam video muzik ‘Wira Hatiku’ – lagu tema filem Juang yang didedikasikan buat para petugas barisan hadapan.
Tampil elegan dalam dress labuh rona merah jambu, Dato’ Sheila Majid yang dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia berdiri di tengah pentas dengan jiwanya yang besar. Karakter wanita berusia 57 tahun itu cukup menepati konsep filem yang bertemakan patriotik itu.
Juang yang dibarisi pelakon seperti Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Zul Ariffin dan ramai lagi akan menemui penonton pada 8 September 2022.
******************************
Suka tengok dress merah jambu Dato’ Sheila Majid pakai tu. Lagi cantik kalau pakai sekalung rantai emas macam ni (klik) dan guna kod promo khas untuk followers Nona iaitu NONGSP5. Barulah elegan!
******************************
Diberi judul ‘Wira Hatiku’, lagu dengan lirik dan komposer dari Rynn Lim ini merupakan sebuah dedikasi yang ditujukan khas buat semua para pejuang yang telah berkorban menentang virus COVID-19.
Pembabitan Dato’ Sheila Majid meminjamkan suara emasnya dalam projek ini adalah sebuah pengiktirafan bukan sahaja untuk produksi Juang, tetapi juga menghargai frontliners yang banyak melakukan pengorbanan demi memastikan setiap satu rakyat dan negara kita berada dalam keadaan terbaik.
‘Wira Hatiku’ yang diterbitkan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong kemudian dirakamkan secara orkestra oleh Peter Chong dengan bantuan Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet. Rakaman serta mixing juga dari Peter Chong dan mastered oleh Cheng Lee @ Prodigee Studio.
Jom dengar sendiri lagu ‘Wira Hatiku’ ni… Sebak!
Muzik video ‘Wira Hatiku’ tajaan Cuckoo, Dutch Lady, Ogawa bersama beberapa penaja lain, dirakamkan dalam dewan Filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Konflik antara Palestin dan Israel yang bermula sejak 1947 masih menjadi isu kemanusiaan yang belum berakhir sampai saat ini. Kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita mengenai rakyat Palestin yang sering ditindas.
Tak kurang juga kisah peperangan yang menyayat hati, bukan hanya memusnahkan kediaman malah mengancam nyawa mereka. Secara tak langsung ia melanggar hak asasi manusia untuk hidup dengan aman dan bahagia.
Lima aktivis muda ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, mereka juga laantang menyuarakan hak kebebasan untuk rakyat Palestin.
JANNA JIHAD
Dilahirkan dan dibesarkan di Nabi Salih, sebuah kampung di Tebing Barat Palestin. Janna Jihad ialah seorang aktivis dan wartawan belia. Gadis berusia 17 tahun ini mendokumentasikan konflik selama beberapa tahun dengan cara yang tidak dilakukan oleh kebanyakan media. Dia juga memberikan pandangan yang tepat tentang tanah kelahirannya.
Pada usia tujuh tahun, Janna mula melaporkan konflik Palestin-Israel selepas melihat dua ahli keluarganya terbunuh. Dia merakam bantahan di kampungnya dan memuat naik rakaman itu dalam talian. Ia dilihat oleh lebih 300 ribu orang seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun lalu, Janna telah mengembara ke negara-negara seperti Jordan, Turki dan Afrika Selatan untuk menyebarkan kesedaran tentang keganasan yang sedang berlaku di wilayah Palestin. Popularitinya yang semakin meningkat menyebabkan dia mendapat gelaran “Wartawan Termuda di Palestin”.
LEANNE MOHAMAD
Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London. Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan Israel di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.
Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam. Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.” Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.
Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu. Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.
Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London. Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
LAILA EL-HADDAD
Seorang penulis Palestin dan penceramah awam dari Amerika Syarikat. Dilahirkan di Kuwait, Laila sering menghabiskan musim panasnya di Gaza. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Duke dan Harvard, Laila memutuskan untuk berpindah ke Gaza.
Laila mendedahkan masalah dihadapi rakyat Palestin setiap hari semasa bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera di Gaza. Laila turut membuka akaun Twitter peribadinya @gazamom di mana dia berkongsi kisahnya membesarkan anak-anak di Gaza.
Selain menyiarkan resipi untuk makanan tradisional Palestin semasa tinggal di AS, Laila masih terus menyiarkan dan meningkatkan kesedaran orang lain tentang keadaan di Palestin, dan mengumpul wang untuk membantu mereka di bawah penjajahan Israel.
AHED TAMIMI
Sepupu Janna Jihad Ahed ini juga seorang aktivis muda dari Tebing Barat. Dia terkenal kerana mengambil bahagian dalam protes yang menyatakan bantahannya terhadap perluasan penempatan Israel. Berusia 22 tahun, dia dikenali sebagai pejuang kemerdekaan Palestin.
Ahed telah berulang kali mendapat populariti. Pertama, ketika dia berumur 11 tahun ketika cuba menghalang ibunya daripada ditangkap. Fotonya menjadi tular apabila dia melambai di hadapan seorang askar Israel ketika abangnya ditangkap. Sikapnya yang paling menonjol ialah apabila dia menampar seorang askar Israel pada 2017 yang membawa kepada penahanannya.
Ahed dikenali sebagai kuasa yang memberi tenaga kepada mereka yang telah dilemahkan oleh penempatan Israel selama beberapa dekad. Dia terus berusaha membawa perubahan kepada negaranya dengan ijazah undang-undang yang sedang diceburinya.
RANA NAZZAL HAMADEH
Merupakan artis dan aktivis Palestin-Kanada yang menggunakan fotografi serta pembikinan filem bagi menggambarkan perpindahan dan pembasmian di Tebing Barat Palestin.
Rana mengadakan pameran di Kanada untuk menunjukkan kepada orang-orang di Barat bagaimana kehidupan di Palestin dan hubungan mereka dengan tanah air.
Dia kerap turun ke jalan Ramallah untuk membantah kerajaan dan menyeru kemerdekaan Gaza.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nurheliza Helmi, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia ini bukan hanya aktif dalam bidang nyanyian berbentuk keagamaan, bahkan namanya juga kini cukup sinonim dengan bermacam-macam aktiviti kebajikan. Pernah menyertai misi kemanusiaan ke luar negara seperti Syira dan Palestin, selebriti berusia 32 tahun ini juga sebenarnya tidak lupa untuk membantu kanak-kanak dan golongan yang memerlukan di dalam negara. Satu usaha murni yang patut diteladani rakan artis dan masyarakat.
Tidak sekadar menyumbang tenaga dan melawat golongan terlibat, Heliza turut menggunakan platform perniagaan tudungnya Heliza Guzelhive sebagai ‘jambatan’ untuk merealisasikan usaha itu. Sebahagian hasil jualan label hijab eksklusif berkenaan akan diagihkan untuk membantu pesakit jantung kronik menerusi Yayasan My Prihatin.
Kongsinya, “Teringat Kak Ja pernah pergi kursus dulu, ustaz ada share, kalau nak buat bisnes, rancangkan bisnes itu autopilot untuk infaq. Moga apa kita buat dapat keberkatan, Allah reda. Selain dari sedekah yang kita semua bagi, jalankan bisnes juga boleh sedekah secara automatik dan pembeli juga bersedekah bersama. BESTKAN!
Tudung HelizaGuzelhive adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit jantung kronik kanak-kanak di Institut Jantung Negara (IJN) dengan kerjasama Yayasan My Prihatin. Setiap pembelian tudung oleh HG Lovers akan ada bahagian disalurkan ke Tabung Myheart. HG Lovers juga boleh menderma secara terus ke Tabung Myheart ini menerusi akaun MAYBANK – YAYASAN MYPRIHATIN 5648 0164 8485.
Ataupun menerusi website http://www.myprihatin.org.my/derma.html. InsyaAllah dalam masa terdekat ini Kak Ja akan melawat pesakit jantung kanak-kanak di IJN bagi menyampaikan sumbangan serta berinteraksi dengan pesakit dan keluarga mereka.
Nantikan update daripada Kak Ja dan teruskan menyumbang. Jazakumullahu khairan kathira.”
Tersentuh dengan niat Heliza yang tidak mencari keuntungan semata-mata sebaliknya turut mengejar keredaan Allah SWT. Bagi yang ingin menderma dan menggayakan hijab Heliza Guzelhive, terdapat 4 koleksi menarik yang ditawarkan iaitu Si Manis Raya Collection, Stella Shawl Collection, Lubna Shawl Collection dan Lubna Bawal Collection. Yang penting, koleksi hijab ini menepati piawaian syariah dan selesa digayakan.
Sumber: Instagram Nurheliza Helmi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!