Fenomena Wan Suraya Dedah REALITI KERJAYA WARTAWAN Yang Sebenarnya. Nampak Glamor Tapi Sengsara Tau

“Saya Wan Suraya, melaporkan untuk Sinar TV.”

Sebaris ayat ini, sampai sekarang rasanya masih terngiang-ngiang di cuping telinga penulis. Dan sudah tentu juga di fikiran semua jemputan Gala Premiere filem Tombiruo: Penunggu Rimba, malam tadi.

Ya, watak Nabila Huda sebagai Wan Suraya, seorang wartawan Sinar TV yang gigih meredah hutan belantara semata-mata untuk mendapatkan skop berita eksklusif berkenaan syarikat Tan Sri Berham memang ‘bernyawa’.

Gaya Nabila Huda semasa Gala Premiere filem Tombiruo: Penunggu Rimba

Tumpuan terhadap Wan Suraya juga penting kerana jalan cerita filem yang diadaptasi daripada karya Ramlee Awang Murshid itu banyak disempurnakan olehnya. Dia adalah orang pertama yang merasakan Tombiruo tidak jahat seperti yang disangkakan.

Wan Suraya juga menarik perhatian Tombiruo atau Ejim, seorang lelaki bertopeng yang digeruni penduduk kampung. Dari mata turun ke hati, mungkin itu juga sebabnya makhluk tersebut bersungguh-sungguh menyelamatkan wartawan tersebut daripada cengkaman Wong.

Tapi kali ni, bukan kisah Tombiruo yang mahu diangkat tapi realiti kerjaya Wan Suraya yang jarang diketahui masyarakat. Ingat senang ke jadi wartawan lokasi, terkejar-kejar cari berita lepas tu kena buat standupper

pula. Jiwa mesti kental, hati pula mesti ada sifat curious.

Kerjaya Mencabar

(a) Gali berita sampai dapat

Semua berita yang dilaporkan tu bukan dapat dari Internet tau. Wartawan kena cari sendiri berita yang segar, macam Wan Suraya yang terkejar-kejar nak dapatkan scoop terbaik untuk laporannya tentang syarikat Anak Bumi. Keluar masuk hutan, kampung, rumah orang… Macam-macam cabaran.

(b) Mesti tangkas demi maklumat yang sahih

Jadi wartawan ni, mesti selalu berfikir di luar kotak. Kalau tak dapat dari satu sumber, cuba pula sumber yang lain. Contohnya bila Wan Suraya tanya soalan panas pada Tan Sri Berham, terkedu kejap orang tua tu sebab sumber yang Wan Suraya dapat adalah daripada anak perempuannya sendiri (Baizura, lakonan Dynas Mokhtar).

Maklumat pula tak boleh salah. Kena simpan buku nota, tape recorder atau recorded audio sebagai bukti bahawa info tu sahih.

(c) Kerja tak menentu masa

Ini memang paling mencabar. Sebab tu ramai wartawan akan slow down selepas kahwin sebab konsep berita ni datang tak kira masa. Macam doktor jugalah ada on call, wartawan pula kena stand by setiap masa. Hujung minggu ke, cuti ke, tengah malam ke… Kalau ada berita tergempar, mesti bersiap terus ke lokasi. Melepaslah nak luangkan masa berehat.

(d) Tahan emosi

Jadi wartawan macam ni kena berani, keluar malam-malam atau ke lokasi kemalangan. Itu semua perkara biasa. Hati kena kuat dan jangan cepat melatah. Paling penting kawal emosi ketika menyampaikan berita. Macam laporan Wan Suraya untuk Sinar TV, Telus & Tulus.

Walaupun kerjaya wartawan ni mencabar, tapi kalau dah minat memang tak jadi masalah. Kepuasan datang bila kita berjaya lahirkan berita gempar yang dimahukan masyarakat. Tugas wartawan pun penting kerana golongan inilah yang melaporkan sesuatu isu atau kejadian yang berlaku di sekeliling kita.

Tepuk dada, tanyalah selera! Jangan ingat tugas wartawan ni tentang glamor jer tau!

Kenapa Mesti Tonton Filem Ini?

Barisan pelakon utama filem Tombiruo: Penunggu Rimba

Tombiruo mengisahkan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba.

Kehadiran Tombiruo (Zul Ariffin) penuh misteri dan sering ditakuti oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, ia secara tak sengaja telah melibatkan kematian ayah Tombiruo, Pondolou (Faizal Hussein) dan itu menimbulkan kemarahan Tombiruo.

Sementara itu, insiden kematian Tan Sri Berham (Dato’ M. Nasir) dan isteri Amiruddin, Salina (Faye Kusairi) telah membuatkan Amiruddin (Farid Kamil) menyimpan dendam. Dia memburu Tombiruo kerana menganggap lelaki berwajah bukan manusia itu melakukan segala kekecohan.

Aksi kandid Zul Ariffin, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan adik Muhammad Al-Rayyan

Wartawan Wan Suraya (Nabila Huda) yang mengikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut menjejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak berbahaya seperti yang dikatakan.

Namun apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo tetapi hakikatnya, sebuah rahsia di antara mereka berdua yang telah lama tersimpan terbongkar.

Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

Filem bergenre aksi drama ini bakal berada di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura dengan kerjasama empat penerbit gergasi iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.

Dari kiri: Zainir Aminullah (Ideate Media), Ramlee Awang Murshid (Layar Sunan), Firdaus Hussamuddin (Grup Buku Karangkraf), Najwa Abu Bakar (Astro Shaw)

Ia menelan belanja RM6 juta untuk dihasilkan serta diarahkan oleh Seth Larney, seorang pengarah hebat yang pernah terlibat dalam pembikinan The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader. Patutlah kesan khas seperti aksi gerak perlahan serta pertarungan betul-betul hebat! Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share