“For You UNSUNG HEROES!” TUNKU AZIZAH Terus Beri Sumbangan Makanan Kepada Petugas Perubatan

Keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terus menarik perhatian rakyat. Jika sebelum ini Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan sejumlah pek makanan kepada petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan… hari ini Raja Permaisuri Agong sekali memberi sumbangan makanan kepada petugas perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pula.

Alhamdulillah, murah rezeki para frontliner dapat merasa air tangan Raja Permaisuri Agong. Menerusi laman instagram Air Tangan Tunku Azizah, antara menu yang disediakan buat petugas di HUKM dan UMMC hari ini ialah Kurma Telur, Kubis Masak Lemak dan Ayam Masak Terutup. Awal pagi tadi juga Tunku Azizah sudah menyediakan sejumlah chocolate chip mini cupcake untuk kakitangan hospital. Kecur air liur tengok!

Kurma telur
Kubis masak lemak
Ayam kerutup
Ayam kerutup
Chocolate Chip Mini Cupcake

Kongsi baginda, “For mu unsung heroes! May Allah bless you all. Saya harap semua orang faham. Kami semua locked in kat Istana Negara. Semua kena check setiap hari. Kami
semua tak keluar istana pun. Tak jumpa orang lain.

Pakai mask dan sarung tangan dan sanitizer. Ada masa lemas juga dan buka sekejap. Don’t worry, we are all paranoid here. Kami tidak dibenarkan keluar dan orang lain pun tidak dibenarkan masuk istana.”

Antara air tangan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah untuk petugas perubatan beberapa hari ini termasuk sayur goreng, kari ayam, telur bungkus, nasi goreng Che Minah Sayang, sambal tumis bilis, sayur jawa, dan ayam goreng kunyit.

Mengenali peribadi Tunku Azizah, baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah. Tunku Azizah juga merupakan Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang beroperasi sebagai pusat kesuburan wanita.

Tunku Azizah dikurniakan empat orang putera dan lima puteri iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Beruntungnya rakyat Malaysia kerana mempunyai Raja Permaisuri Agong berjiwa penyayang dan prihatin seperti KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

IKLAN
Share