Foto Masa Kecil Raih Tumpuan, Eyka Farhana Genap Usia 31 & Bahagia Jadi Isteri Pemain Bola Sepak!

Dari kecil lagi sudah terserlah wajah cantik Eyka Farhana. Orangnya bukan hanya dikurniakan rupa paras memikat bahkan dia juga berbakat dalam bidang seni. Bersandarkan penampilannya yang bergaya dan kecil molek, pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar Eyka.

ArtikelΒ https://www.nona.my/tetap-memukau-walau-tanpa-crown-solekan-eyka-farhana-di-majlis-nikah-nampak-classy-cantik/

Eyka Farhana Genap Usia 31 Tahun

3 Februari lalu aktres jelita ini genap berusia 31 tahun. Menerusi perkongsian di media sosial, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu tersayang atas layanan serta kasih sayang tidak berbelah bahagi buatnya sejak kecil.

Malah, Eyka Farhana turut berkongsi foto kenangan dirinya bersama ayah, ibu dan adik-beradik sewaktu kecil.

β€œHappy birthday Wan Atiqa Farhana. Looking at this little girl reminds me how far I’ve come. Thank you to myself for growing, for surviving, for becoming stronger than I ever knew I could be. You did so well Eyka.

And Mama, thank you for loving me from my very first breath. For raising me with patience, prayers and endless sacrifices. This little girl is here today because of you. Alhamdulillah for life, growth and a mother who loved me before the world did. Btw, I miss you kakak (Al-Fatihah).”

Suami Eyka Farhana Buat Kejutan

Bersempena hari lahir, suami tercinta yang juga pemain bola sepak iaitu Akhyar Rashid turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suri hati kesayangan.

β€œHappy birthday to the woman I prayed for, chose and will choose again in every lifetime. I love you so much my wife. Until I found you.”

Sambutan hari lahir Eyka Farhana juga diraikan dalam suasana romantis oleh Akhyar dengan sejambak bunga mawar merah.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan indah pada 2 Mei 2025.

Sepanjang pembabitan Eyka Farhana sebagai anak seni, dia pernah membintangi drama Juvana, Budak Tebing, Dukun Diva dan Melur Untuk Firdaus.

Β 

Β 

Β 

Share
Published by
Suzi