FV FOR COVID19 SUPPORT FUND Dah Berjaya Kutip RM1.4 JUTA, VIVY YUSOF Zahirkan KESYUKURAN Dapat Membantu HOSPITAL Dan GOLONGAN B40

Bermula sejak pertengahan Mac lalu, Datin Vivy Yusof bersama suami, Dato’ Fadzarudin Anuar dan seluruh wargakerja FashionValet menghulurkan sumbangan berbentuk penghawa dingin mudah alih kepada Hospital Serdang untuk kegunaan harian. Menyedari keperluan yang semakin meningkat di kebanyakkan hospital lain serta keprihatinan terhadap beban ditanggung golongan B40, kutipan derma dengan usahasama IMAM Response & Relief Team (imaret_my) berjaya mengutip dana sebanyak RM1.4 juta.

 

Sehingga hari ini, 37 kematian sudah dicatatkan akibat daripada wabak Covid-19. Sumbangan daripada orang ramai sangat diperlukan untuk membantu pihak hospital, para petugas dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan kemudahan serta keperluan harian melalui tabung sumbangan FV For Covid19 Support Fund.

 

Sambutan yang begitu menggalakkan membuatkan Vivy dan suami meneruskan niat untuk membantu tetapi dalam masa sama membolehkan lebih ramai orang untuk turut serta.

Kata Vivy, tak mungkin dia mampu duduk diam di rumah selepas mendengar setiap kepayahan yang dilalui petugas perubatan yang terlibat menangani kes COVID-19. Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga meletakkan sasaran untuk membantu lebih banyak lagi sekiranya diperlukan.

 

“Semuanya bermula apabila saya dan suami mengambil keputusan untuk menderma beberapa penghawa dingin mudah alih kepada hospital dan semakin ramai orang yang ingin turut sama membantu menghubungi kami.

Peningkatan kes COVID-19 membuatkan banyak hospital tidak mampu menanganinya jadi kita perlu membantu memberikan keselesaan bukan sahaja kepada pesakit tetapi kepada kakitangan hospital dan sukarelawan yang bertugas. Mereka adalah petugas barisan hadapan yang sedang bertarung dengan COVID-19 untuk kita dan sekurang-kurangnya ini yang boleh kita sumbangkan kepada mereka dan negara,”katanya

IKLAN
Share