Gadis Sabah Dan ‘Advocate’ Untuk Kanak-Kanak Autisme, Wenanita Angang Dinobat Miss World Malaysia

Wenanita Angang, gadis berusia 26 tahun dari Sabah dinobatkan Miss World Malaysia selepas menewaskan 15 peserta lain di pertandingan ratu cantik tersebut yang berlangsung di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, semalam. Penyandang gelaran Miss World Malaysia 2021, Dr Lavanya Sivaji turut hadir menyerahkan mahkota tersebut kepada acara gilang gemilang tersebut yang dihoskan oleh Jimmy Pamo dan Melisha Lin.

Wenanita Angang yang kini sedang menyambung pengajian di Sunway University, Subang Jaya, juga merupakan seorang penerbit persidangan antarabangsa. Selain itu, Wenanita juga seorang penyokong kepada usaha hippotherapy kanak-kanak autistik.

Untuk pengetahuan, Hipoterapi merupakan sejenis terapi fizikal, pekerjaan ataupun pertuturan yang mana ahli terapi menggunakan pergerakan kuda untuk membekalkan input motor dan deria secara bertingkat-tingkat, dengan pelbagai kegiatan seharian untuk mewujudkan suatu asas untuk meningkatkan fungsi neurologi dan pemprosesan deria.

Ketika ditanya pada pusingan Beauty With Purposes, Wenanita berhasrat untuk menubuhkan pusat program hippotheraphy

di Hospital Bukit Padang di Kota Kinabalu. “Kemajuan kanak-kanak ini pasti dapat dilihat dalam tempoh yang singkat sekiranya mereka diberi peluang mengadakan program yang mampan”.

Semasa pusingan itu, dia memberitahu pada pihak juri masalah geografi menyukarkan memberitahu pihak hospital menyediakan program tersebut. “Ia adalah projek yang mudah dan semestinya tidak mustahil, yang pasti boleh membentuk dunia kanak-kanak ini,” katanya yakin.

Wenanita juga bukanlah pendatang baru dalam dunia pertandingan ratu cantik kerana dia sebelum ini pernah mewakili Malaysia di Miss Planet 2016 di Batumi City, Georgia, dan menyandang tempat kedua. Dia juga pernh memenangi Miss Sabah Model of the Year Musim 6.

Wenanita akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 2022, yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Kredit foto: Instagram (@wenanitaangang)

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share