Masyarakat Jepun sering dilabel sebagai kumpulan individu yang memiliki mentaliti kelas pertama. Kesedaran mereka tentang alam sekitar, kebersihan dan disiplin membuatkan sesiapa saja yang pernah berkunjung ke Negara Matahari Terbit itu kagum dengan sikap rakyatnya. Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza yang berpeluang menjejakkan kaki ke sana pada awal Disember tahun lalu turut melahirkan perasaan sama menerusi laman Facebooknya.
Malah, salah satu entri yang dikongsikan beliau dengan kapsyen ‘Jepun Sudah Laksana Syariat Islam?’ menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman sosialnya. Tulisnya, “Di Jepun tandas awamnya amat bersih. Canggih elektronik tapi tidak dirosakkan oleh pengguna. Tiada vandalisme. Ini salah satu gambar tandas di R&R (hentian rehat & rawat) semasa perjalanan saya antara Shizuoka ke Tokyo tadi.
Orang Jepun ramai yang guna basikal. Pada waktu malam di bandar sekalipun basikal hanya ditinggalkan di luar rumah. Hanya kunci biasa macam zaman sekolah dahulu. Tiada pencuri berleluasa. Aman sekali berjalan sendirian di malam hari.
Ads
Jika di sudut itu, maka orang Jepun sudah lama melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan mereka. Itu jika kita memahami tujuan perlaksanaan syariat yang ingin dicapai oleh syarak dalam menjamin kesejahteraan kehidupan awam.”
Sebagai umat Islam yang diwajib menjaga kebersihan dan memelihara kemakmuran bersama, situasi yang berlaku di Jepun sepatutnya menjadi ikutan di setiap negara Islam dan para penganut agama Allah ini.
Dr Maza yang turut diberi penghormatan berucap di Shizuoka Muslim Association tidak sekadar berkongsi realiti yang berlaku di sana tetapi juga kisah tentang pemuda Jepun yang menolak memeluk agama Islam disebabkan sikap negatif seorang muslim. Mengambil cerita daripada Presiden Shizuoka Muslim Association, Mr Yassine Essaadi yang merupakan seorang Arab Morocco dan telah berkahwin dengan wanita Jepun, Dr Maza menitipkan kisah berikut.
Ads
“Antara cerita menarik yang diceritakan oleh Mr Yassine kepada kami bagaimana seorang Jepun yang melancong ke sebuah negara orang Islam. Orang Jepun itu sendiri menceritakan kepada Mr Yassine bagaimana beliau pada mulanya kagum apabila pemandu teksi yang membawanya meminta izin berhenti untuk menunaikan solat.
Pelancong Jepun itu kagum dengan pegangan dan disiplin diri seorang muslim. Dia berfikir ingin menjadi seperti orang muslim berkenaan. Kemudian apabila driver teksi itu membawanya semula, dia melihat bagaimana driver itu membuang sampah-sarap melalui tingkap kereta. Terus dia buat kesimpulan jika ajaran driver itu baik, tentu dia tidak akan buat demikian. Sejak kejadian itu orang Jepun menganggap Islam agama yang tidak baik.
Takdir Allah, dia kemudian bercinta dengan wanita muslimah dan ingin menganut Islam sebab kekasihnya. Apabila dia menceritakan hal itu kepada Mr Yassine, beliau memberikan penjelasan bagi membetulkan persepsi tersebut. Ia sesuatu yang sukar. Demikian sikap umat Islam menjadi punca orang lari dari Islam.”
Ads
Dari apa yang dikongsikan Dr Maza ini dapat disimpulkan bahawa diri kita adalah cerminan kepada agama yang dianuti. Jangan sesekali mencemarkan agama dengan tindakan kita sendiri yang boleh mejejaskan reputasi sebagai keluarga, rakyat dan hamba Allah kerana ada ‘mata-mata’yang menyaksikan setiap pergerakan dan kelakuan kita di mana-mana saja.
Sumber: Facebook Dr Maza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suatu ketika dahulu, Nonny Nadirah pernah menggemparkan orang ramai selepas tampil tidak berhijab dua tahun lalu, namun penyanyi itu kembali kepada imej asalnya kini menerusi perkongsian kawan baiknya, Mila Jirin di akaun media sosialnya ahad lepas.
Dalam dua hantaran berasingan, Mila, 35, dilihat meluangkan masa bersama Nonny pada sebelah siang, sebelum disertai Datin Seri Nur Heliza Helmi pada sebelah malam.
“Masya-ALLAH hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Nasib baik tak sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah.
“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawab Nonny sambil tersenyum simpul dengan imejnya yang semakin ayu dan jelita selepas kembali bertudung dengan pakaian serba hitam.
Mila juga meminta semua yang melihat video mereka mendoakan Nonny, 33, dan persahabatan mereka bertiga kekal sampai bila-bila.
“Selepas tiga tahun baru berjumpa. Alhamdulillah… Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan,” luahnya.
Sekitar dua tahun lalu, Nonny yang juga bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu memuat naik sebuah video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang wanita dengan imej seksi.
Meskipun wajahnya tidak didedahkan kerana memakai alat pelindung muka, namun ramai yang terkesima selepas Mila tampil mengesahkan identiti wanita ‘misteri’ itu adalah Nonny yang ketika itu baharu sahaja putus tunang dengan aktor, Niezam Zaidi.
Sumber: Sinar Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap yang hidup pasti akan mati. Meskipun hati rasa ‘berat’ dan kosong namun Datin Emylia Rosnaida reda dengan pemergian arwah ibu tersayang, Rokiah Ibrahim. Ratu hati pelakon ‘Anak Mami the Movie’ ini dilaporkan kembali ke rahmatullah pada usia 79 tahun, 23 Februari lalu.
Sebagai anak yang sentiasa ada di sisi ibu tersayang, Datin Emylia akui cukup terkesan dengan dugaan sukar yang sedang dilaluinya saat ini.
Bukan hanya hilang doa daripada seorang ibu bahkan dia turut hilang teman berbual, penyokong setia ketika susah dan senang serta sumber kekuatannya selama ini.
Datin Emylia Rosnaida Reda Pemergian Ibu
Menerusi perkongsian di media sosial, isteri Dato’ AC Mizal ini meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham yang sudah genap sebulan meninggal dunia pada 23 Mac lepas.
Kongsi Datin Emylia, “Hari ini genap sebulan mama pergi meninggalkan kami. Sekejap je masa berlalu, terasa macam mama ada je.
Mama meski engkau telah tiada, cintamu akan selalu hidup dalam hatiku. Setiap kenangan bersamamu adalah anugerah yang tak akan pernah pudar. Mama, meskipun kau telah pergi, kasih sayangmu tetap abadi untuk setiap langkahku.
Di setiap doa, aku selalu menyebut namamu, berharap engkau mendapatkan tempat terbaik di sisiNya. Mama, engkau adalah sumber kekuatanku dan kenangan tentangmu akan selalu menyertai perjalanan hidupku.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kami, Allahyarham Rokiah binti Ibrahim.”
Kehilangan Ibu Cukup Terkesan Di Hati Datin Emylia Rosnaida
Dalam perkongsian Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid di media sosial sebelum ini, kakak kepada pelakon Emelda Rosmila berkenaan pernah memuat naik video memaparkan arwah ibunya terlantar sakit di hospital selama tiga bulan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya.
Bagaimana pun Datin Emylia tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai pemergian arwah ibu tersayang kepada umum.
Figura jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terbaik! Siapa sangka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam memancing ikan. Mana tidaknya, Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.
Turut berangkat, paduka anakanda Seri Paduka Baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung restoran tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.