Buka saja media sosial hari ini penuh dengan cerita gempak pelancaran koleksi Be Lofa yang berlangsung di sebuah kelab malam semalam. Pelbagai reaksi daripada netizen dilemparkan terhadap Neelofa lantas menjadikan ia isu paling hot dan trending mengatasi kisah selebriti lain. Adakah ini antara strategi yang sememangnya telah dirancang oleh pihak pengurusan Neelofa? Apa-apa pun, koleksi Be Lofa-Turban laris seperti pisang goreng panas apabila kurang daripada 24 jam telah sold out. Tahniah Neelofa and team!
Be Lofa Turban sold out di Naelofar Hijab online
Noor Neelofa Mohd Noor, antara selebriti yang sering terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi. Meskipun berdepan bermacam-macam ujian dan kritikan bergelar anak seni mahupun kariernya sebagai usahawan, wanita berjiwa kental ini masih mampu tersenyum dan kekal positif. Itulah kekuatan luar biasa yang dimiliki pelakon dan pengacara popular ini hingga mampu membuatkannya berada di tahap sekarang. Bukan senang ya hendak jadi ‘kebal’ macam Neelofa!
Sempena pelancaran tudung terbaharunya, Be Lofa semalam, selebriti ini kembali menjadi bualan ramai. Mengakui sudah bersedia dengan kecaman masyarakat tentang pelancaran koleksi berkenaan, Neelofa dengan nada tenang berkata sudah tiba masanya untuk dia memikirkan pula kemahuan diri. “Enough to please people dan buat orang lain happy. I want to be happy. Cukup-cukuplah apa orang kata. It’s what you want now dan sampai masa just be yourself.
Ads
Menekankan 10 elemen Be’s untuk koleksi Be Lofa ini sebagai inspirasi yang menggambarkan bagaimana wanita di luar sana boleh mencipta kejayaan sepertinya, berikut kenyataan tegas Lofa dalam majlis tersebut. “Every night when I go to bed, I aim to be a better and wiser person when I wake up. So I always practice meditation, my family and friends know that I am type of person who love to meditate.Reason why I pilih 10 Be’s adalah saya nak orang tahu saya dapat inspired every day to improve myself.
Ads
Bukannya tiba-tiba boleh sampai tahap ini. Macam-macam yang saya buat sebenarnya. Jadi ini adalah benda yang saya implement dalam diri khas buat peminat yang menjadikan saya sumber inspirasi,” antara 10 Be’s yang diketengahkan termasuk Be Inspired, Be Empowered, Be Unstoppable, Be Extraordinary, Be Grounded, Be Fashionable, Be Adventurous dan Be Sparkly.
Ads
Koleksi Be Lofa merupakan koleksi keempat yang dikeluarkan Naelofar Hijab sempena hari lahir Lofa ke-29 pada 10 Februari lalu. Hadir dengan dua pilihan iaitu Be Lofa – Shawl dan Be Lofa – Turban, setiap satunya mula dijual hari ini pada harga RM149 dan RM73.
Menyentuh penggambaran drama ‘Ti Amo Sweetheart, 100 hari’ di Rom, Itali baru-baru ini, Lofa turut menyifatkan hero drama tersebut, Zul Ariffin seorang yang cukup profesional. “Bila on set kami senang dapat keserasian. Ingatkan akan jadi awkward. Tapi first scene terus dapat dan jadi natural. Baik saya mahupun Zul, masing-masing tahu apa yang patut kami buat. Saya suka jalan cerita drama ni dan skrip pun sangat bagus termasuk bekerja dengan semua pelakon lain. Harap, resultnya nanti pun akan baik-baik juga.”
Dalam drama ini Lofa melakonkan watak heroin iaitu Malissa yang ditinggalkan suaminya setelah setahun mendirikan rumah tangga. Moga lakonan Lofa kali ini mampu mencipta fenomena seperti yang pernah diraihnya suatu masa dulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syabas dan tahniah buat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang dikurniakan lencana payung terjun ‘British Military Parachute Wings’ pada 23 September lepas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat menghadiri Majlis Penutup Kursus Asas Terjun Payung 1317 dan Pengurniaan Lencana Terjun Payung ‘British Military Parachute Wings’ bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, yang berlangsung di Royal Air Force (RAF) Brize Norton, Oxfordshire, United Kingdom.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Mes Pegawai RAF Brize Norton dijunjung oleh Air Vice Marshall Suraya Marshall, Air Officer Commanding 2 Group dan Group Captain Gareth Burdett, Commander Air Wing, di mana Baginda seterusnya disembahkenalkan kepada Pegawai-pegawai Eksekutif RAF Brize Norton.
Semasa di RAF Brize Norton, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, antara lainnya menyaksikan Pertunjukan Payung Terjun daripada Pasukan RAF Falcons dan disembahkan taklimat mengenai Keupayaan Payung Terjun United Kingdom daripada Sergeant Lane Miller, Course Senior Non-Commissioned Officer / Lead Instructor serta pertunjukan peralatan keupayaan termasuk Low Altitude Parachute, High Altitude Parachute, Synthetic Training dan tayangan video Basic Parachute Course.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan lencana payung terjun “British Military Parachute Wings” kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, yang berjaya menamatkan Kursus Asas Terjun Payung 1317.
Semasa kursus itu, Duli Yang Teramat Mulia, antara lainnya, telah mempelajari teknik penerjunan payung ketenteraan daripada beberapa tenaga pengajar daripada Royal Air Force sehingga Duli Yang Teramat Mulia berjaya melakukan aksi lompatan penerjunan payung pada ketinggian 1,000 kaki.
Para peserta kursus juga telah menjalani latihan di Hangar Parachute Training Squadron dan kursus ini berasaskan dengan penilaian bertulis dan praktikal sebelum sebarang lompatan penerjunan payung dilaksanakan.
Sumber: Borneo Bulletin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama fesyen Naelofar, mengekalkan momentum Go Far mereka dengan pelancaran rasmi butik ketujuh mereka di IOI City Mall Fasa 2, Putrajaya baru-baru ini. Butik terbaharu itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 September 2022 yang lalu.
Keterujaan para peminat jelas terserlah dengan kehadiran Neelofa ke majlis perasmian yang diadakan secara santai itu di mana Neelofa memberi peluang untuk para peminat bergambar dengannya sepanjang majlis pembukaan rasmi tersebut. Para peminat Neelofa sanggup beratur dan sabar menunggu giliran untuk berselfie bersama selebriti kesayangan mereka itu.
Meraikan pelanggan mereka, pembukaan kedai dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan hadiah percuma daripada permainan dan penyertaan aktiviti, cabutan bertuah, di samping sesi temu mesra eksklusif di mana pengunjung dan peminat dapat bertemu dan berinteraksi bersama pengasas Noor Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini, Athisha Khan dan Noor Nabila.
Pelanggan juga kini boleh masuk dan mengukir parap mereka pada beg Naelofar kegemaran mereka dan kotak selendang di kaunter personalisasi pertama dalam butik Naelofar yang menawarkan pemparapan dengan hanya RM10.
Kedai ketujuh ini menampilkan kesinambungan konsep minima jenama yang boleh dikenali dengan mudah di seluruh kedai sedia ada mereka, mempamerkan tekstur sederhana dalam gandingan kontemporari.
.Ruang seluas 2,010 kaki persegi dipenuhi dengan produk terbaik Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan, kaunter personalisasi dan banyak tempat yang sesuai untuk dimuat naik ke Instagram, menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes.
Di Naelofar, untuk dapat melebarkan sayap kami ke seluruh Malaysia adalah satu impian yang ingin dikecapi dan kami sangat gembira dapat membuka cawangan baru kedua kami pada tahun, ” ujar Noor Neelofa, pengasas Naelofar.
Bulan September ini juga merupakan bulan ulang tahun Naelofar dan pembukaan butik baru dapat membantu menjadi pilihan pertama setiap wanita untuk tampil bergaya dengan sederhana adalah satu permulaan yang baik untuk meraikan tahun ke-8 Naelofar dalam industri di samping membuka lebih banyak cawangan dalam masa akan datang.
“Pelbagai aktiviti dan pelancaran menarik yang akan kami lakukan pada masa akan datang untuk meraikan pelanggan dan #NaelofarBabes kami. Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan mereka,” ujar Neelofa mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun (MHLW) akan menawarkan imbuhan kewangan tambahan kepada ibu bapa yang melahirkan anak bagi mengatasi kadar kelahiran rendah dalam kalangan penduduk, lapor akhbar Japan Today semalam.
Sebelum ini, ibu bapa baharu di Jepun akan menerima Geran Bersalin dan Penjagaan Anak sebanyak 420,000 yen (RM13,517) selepas kelahiran anak mereka.
Bagaimanapun, kementerian tersebut merancang meningkatkan jumlah bantuan kepada 500,000 yen (RM16,091) semasa mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida mengenai cadangan itu minggu lepas.
Bantuan itu dijangka akan diluluskan dan berkuatkuasa untuk tahun fiskal 2023 yang bermula pada musim bunga. Geran itu dibiayai melalui sistem insurans perubatan awam Jepun.
Bagaimanapun, penambahan dalam bantuan itu didakwa tidak akan memberikan kesan yang jelas terhadap insentif tersebut ekoran baki wang yang dijangka tinggal selepas bersalin.
Menurut akhbar Maniachi Shimbun, purata kos untuk melahirkan seorang anak di seluruh Jepun adalah kira-kira 473,000 yen (RM15,222).
Walaupun kenaikan bayaran berlaku, ibu bapa akan melihat jumlah baki bantuan 30,000 yen (RM965) selepas mereka keluar dari hospital.
Mereka mendapati wang yang diberi tidak akan mampu menampung jumlah kos untuk membesarkan anak sehingga dewasa.
Isu utama dalam ketidakyakinan ibu bapa adalah keupayaan mereka untuk menampung dan mengekalkan kebahagiaan keluarga sambil mengimbangi kehidupan bekerja dan peribadi ketika anak membesar.
Kegusaran itu menjadi faktor kepada kadar kelahiran yang rendah termasuk perbelanjaan untuk melahirkan anak. – Agensi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.