Gara-Gara Viral, BE LOFA TURBAN Sold Out Kurang 24 Jam!

Buka saja media sosial hari ini penuh dengan cerita gempak pelancaran koleksi Be Lofa yang berlangsung di sebuah kelab malam semalam. Pelbagai reaksi daripada netizen dilemparkan terhadap Neelofa lantas menjadikan ia isu paling hot dan trending mengatasi kisah selebriti lain. Adakah ini antara strategi yang sememangnya telah dirancang oleh pihak pengurusan Neelofa? Apa-apa pun, koleksi Be Lofa-Turban laris seperti pisang goreng panas apabila kurang daripada 24 jam telah sold out. Tahniah Neelofa and team!

Be Lofa Turban sold out di Naelofar Hijab online

Noor Neelofa Mohd Noor, antara selebriti yang sering terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi. Meskipun berdepan bermacam-macam ujian dan kritikan bergelar anak seni mahupun kariernya sebagai usahawan, wanita berjiwa kental ini masih mampu tersenyum dan kekal positif. Itulah kekuatan luar biasa yang dimiliki pelakon dan pengacara popular ini hingga mampu membuatkannya berada di tahap sekarang. Bukan senang ya hendak jadi ‘kebal’ macam Neelofa!

Sempena pelancaran tudung terbaharunya, Be Lofa semalam, selebriti ini kembali menjadi bualan ramai. Mengakui sudah bersedia dengan kecaman masyarakat tentang pelancaran koleksi berkenaan, Neelofa dengan nada tenang berkata sudah tiba masanya untuk dia memikirkan pula kemahuan diri. “Enough to please people dan buat orang lain happy. I want to be happy. Cukup-cukuplah apa orang kata. It’s what you want now dan sampai masa just be yourself.

Menekankan 10 elemen Be’s untuk koleksi Be Lofa ini sebagai inspirasi yang menggambarkan bagaimana wanita di luar sana boleh mencipta kejayaan sepertinya, berikut kenyataan tegas Lofa dalam majlis tersebut. “Every night when I go to bed, I aim to be a better and wiser person when I wake up. So I always practice meditation, my family and friends know that I am type of person who love to meditate.

Reason why I pilih 10 Be’s adalah saya nak orang tahu saya dapat inspired every day to improve myself.

Bukannya tiba-tiba boleh sampai tahap ini. Macam-macam yang saya buat sebenarnya. Jadi ini adalah benda yang saya implement dalam diri khas buat peminat yang menjadikan saya sumber inspirasi,” antara 10 Be’s yang diketengahkan termasuk Be Inspired, Be Empowered, Be Unstoppable, Be Extraordinary, Be Grounded, Be Fashionable, Be Adventurous dan Be Sparkly.

Koleksi Be Lofa merupakan koleksi keempat yang dikeluarkan Naelofar Hijab sempena hari lahir Lofa ke-29 pada 10 Februari lalu. Hadir dengan dua pilihan iaitu Be Lofa – Shawl dan Be Lofa – Turban, setiap satunya mula dijual hari ini pada harga RM149 dan RM73.

Menyentuh penggambaran drama ‘Ti Amo Sweetheart, 100 hari’ di Rom, Itali baru-baru ini, Lofa turut menyifatkan hero drama tersebut, Zul Ariffin seorang yang cukup profesional. “Bila on set

kami senang dapat keserasian. Ingatkan akan jadi awkward. Tapi first scene terus dapat dan jadi natural. Baik saya mahupun Zul, masing-masing tahu apa yang patut kami buat. Saya suka jalan cerita drama ni dan skrip pun sangat bagus termasuk bekerja dengan semua pelakon lain. Harap, resultnya nanti pun akan baik-baik juga.”

Dalam drama ini Lofa melakonkan watak heroin iaitu Malissa yang ditinggalkan suaminya setelah setahun mendirikan rumah tangga. Moga lakonan Lofa kali ini mampu mencipta fenomena seperti yang pernah diraihnya suatu masa dulu.

 

IKLAN
Share