Buletin

GARRETT Cipta Kelainan Sempena Musim Percutian, Hasil Pelbagai Rekaan TIN Menarik Untuk Dikumpul!

IKLAN

Nikmati musim percutian ini dengan kerangupan bertih jagung Garret yang tersedia dalam pek Nutcracker Trio Tins Edisi Terhad. Mula ditawarkan pada awal November lalu, penggemar snek popular ini berpeluang merasai perisa Cocoa CaramelCrisp atau memilih mana-mana perisa lain yang disediakan termasuk rasa savuri Chicago Mix

IKLAN
atau Nut CaramelCrisps ekstra rangup.

Selain tersedia dengan pilihan perisa, istimewanya kempen Garrett Popcorn Shop kali ini kerana turut menawarkan pilihan Nutcracker Trio Tins yang diinspirasikan daripada karakter unik seperti snowman, red fox

IKLAN
dan nutcracker soldier. Setiap koleksi tin ini juga dihasilkan dengan kombinasi berbeza dan boleh diputar serta diasingkan sebagai meraikan suasana percutian yang menyeronokkan.

Sama ada menikmatinya di rumah atau di pejabat, Garrett Popcorn turut sesuai dijadikan snek tatkala berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Miliki edisi terhad Nutcracker Trio Tin yang dijual pada harga RM69 mulai 6 November hingga 31 Disember 2017. Sementara harga Cocoa CaramelCrisp pula bermula daripada RM19.

IKLAN
Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi