Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Masih Rindukan Suami & Kenangan Mereka!

18 Februari 2022, genap dua tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair menemui Sang Ilahi. Hingga ke hari ini, kehilangan lelaki itu masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia, khususnya tatkala mengenang kebahagiaan rumah tangga Ashraf dan Bunga Citra Lestari.

‘Hey you…’ ringkas sekali tulisan Bunga di Instagram Story ketika menziarahi pusara suami tercinta. Sambil ditemani anak mereka, Noah Sinclair, kedua ibu dan anak ini nampak lebih tenang menerima hakikat kehilangan Allahyarham Ashraf.

Dua tahun bergelar balu, kekuatan Bunga dalam mengharungi hidup bersendirian menarik perhatian ramai.

 

 

 

 

Walau bagaimanapun, kerinduan seorang isteri tetap tergambar jelas melalui sekeping foto yang dimuat naik di Instagram @bclsinclair tengah hari tadi.

Foto yang diambil ketika percutian mereka di kota Paris itu seolah mengimbau banyak kenangan terindah di antara mereka.

“Once upon a time in Paris”

 

KENANGAN ABADI

Allahyarham Ashraf Daniel Mohammed Sinclair menghembuskan nafas terakhir pada usia 40 tahun, pagi Selasa 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Tarikh itu juga menyaksikan seorang isteri kehilangan suami, seorang anak kehilangan ayah dan lebih pedih, ibu bapa yang kehilangan anak tersayang.

Sebaknya baca tulisan ibu Ashraf, Puan Khadijah Abdul Rahman yang tak putus-putus mendoakan ketenangan anaknya di sana.

“Assalamualaikum. Al-Fatihah. Allahumaghfirlahu warhamhu wa ‘aafihi wa ‘fu ‘anhu. Semoga Alm Ashraf bertempat di Jannah. Aamiin.

2 tahun lamanya Ashraf sudah pulang ke Rahmatullah, Umi sentiasa doa buatnya, tenang disana dan dilindungi oleh Allah SWT. Rest in love Ashraf. Al-Fatihah.” @dida_sinclair

Ibu bapa Ashraf Sinclair

 

Adik Ashraf iaitu Aishah Sinclair juga turut memuat naik foto kenangan arwah disamping anak perempuannya.

“Two years today. I love and miss you so much Abang.” @aishahjennifer

 

Selain ahli keluarga, teman-teman pasangan ini juga tidak ketinggalan berkongsi doa dan foto kenangan bersama Ashraf sewaktu hayatnya.

Tapi percayalah di sebalik kehilangan, ia mengajar kita erti kekuatan. Mengingatkan bahawa hanya Dia yang tidak mati. Dan meletakkan kebergantungan hanya pada-Nya.

Hanya pada Allah, kerana Allah itu sifatnya kekal. Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf.

IKLAN
Share