Nama Aisyah Hijanah Azhari, 25 tahun, sekali lagi diperkatakan. Kali ini bukan sebagai pempengaruh dakwah, isteri, ibu atau usahawan fesyen, sebaliknya kisah kekuatan beliau rela dimadukan ketika sarat hamil menyentuh hati ramai wanita.
Berkat kerja keras, usaha Aisyah yang kini berusia 25 tahun pernah diberi pengiktirafan. Antaranya Certificate of Excellence menerusi kategori Young Entrepreneur In Islamic Business.
Ibu kepada Khadeeja dan Hassan Syarif itu juga seorang usahawan dan pengasas kepada butik dan jenama Hijanah. Beliau juga mengusahakan Hijanah Books, seorang yang berpendidikan malah cukup pandai membawa diri. Aisyah memiliki Sarjana dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mengimbau kenangan temu bual Hijabista bersama Aisyah sedikit waktu lalu, masih terngiang-ngiang katanya yang terpaksa struggle menggalas banyak tanggungjawab dalam satu masa.
Bergelar isteri pada usia yang muda iaitu 19 tahun, Aisyah mengakui tidak mudah namun segalanya akan jadi senang jika kita sandarkan sepenuhnya harapan pada Yang Maha Esa.
Ads
“Saya berkahwin awal di atas permintaan ibu. Sebenarnya cita-cita saya mahu menjadi doktor seperti arwah ayah. Namun, saya percaya apabila kita mengikut permintaan ibu, pasti Tuhan akan memberi yang lebih baik seperti yang terkandung dalam Surah An-Nur ayat 32.
Kadang kala ada juga perasaan ingin berseronok dengan teman-teman tetapi alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan tetap memberi keizinan untuk saya meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Ads
Percayalah, aturanNya itu yang terbaik apabila kita redha dengan ketentuan Ilahi.” Aisyah
IBU BAPA
Walaupun masih muda, pembawaan dirinya yang matang membuatkan ramai yang tidak menyangka usia sebenarnya. Anak sulung daripada dua beradik itu ternyata ada kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsikan bersama.
“Sebenarnya, ayah saya meninggal sewaktu saya masih kecil lagi. Ibu saya pula menghidap kanser tiroid sewaktu zaman belajarnya di luar negara. Jadi apabila dia melakukan pembedahan di sini, doktor secara tidak sengaja terputuskan urat suara ibu.
Semenjak daripada itulah saya yang menjadi ‘suara’ buat ibu memandangkan dia sudah tidak boleh bercakap. Kami duduk menumpang di rumah nenek dan tiada kenderaan untuk bergerak dan hanya menggunakan teksi sebagai pengangkutan untuk ke mana sahaja.”
Ads
Petah berbicara, isteri kepada Aliff Teega ini mengakui sememangnya suka melihat dan meniru aksi ustazah yang memberi ceramah di kaca televisyen sejak dari kecil lagi. Malah dia juga akan mengambil sejadah dan Al-Quran kemudian melakonkan semula di hadapan cermin di rumahnya.
Sememangnya bukan mudah menjadi terkenal kerana mudah terpalit kecaman orang ramai terutama sekali pengguna media sosial. Pernah rasa tertekan apabila video yang dimuat naik di laman Instagram disalah tafsir oleh netizen, namun Aisyah cepat bangkit daripada kesedihannya.
“Apabila dikecam, ia sangat susah kerana mereka di luar sana tidak tahu hal yang sebenar. Saya pernah juga menangis, rasa menyesal hingga mahu menutup akaun media sosial. Tetapi disebabkan belajar dalam bidang psikologi, ia membuatkan saya mudah untuk memahami perangai masyarakat dan keadaan sekeliling. Mereka mungkin tiada niat sebegitu untuk mengecam saya.
Saya juga akan memikirkan dari sudut sebagai seorang usahwan yang mana kita tidak perlu melayan perkara yang tidak penting dan hanya tertumpu pada matlamat dan anggap mereka memberi pemasaran percuma pada kita.
Seterusnya, saya akan fikirkan daripada sudut sebagai seorang manusia biasa. Tidak mengapalah, mungkin ini ujian daripada Tuhan. Mungkin Allah mahu diri kita ini ubah sesuatu dan sentiasa ingat padaNya dan kerana itulah Dia datangkan kesedihan ini,” jelas pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Meskipun sudah bersara dari arena sukan tenpin boling namun nama Shalin Zulkifli terpahat segar dalam sejarah negara dan peminat sukan tanah air. Sepanjang hampir tiga dekad bergelar atlet, Datuk Shalin Zulkifli berjaya merangkul lima kali kejuaraan dunia, empat kali juara Sukan Asia, tiga kali juara Asia dan 20 kali juara Sukan SEA. Hebat!
Atas pencapaian membanggakan tersebut, Datuk Shalin atau nama sebenarnya Datuk Shalin Nazirah Zulkifli dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.
Bekas jaguh tenpin boling yang kini berusia 46 tahun ini nekad bersara dari dunia sukan tersebut pada 9 Januari 2021.
Datuk Shalin aktif mendalami sukan boling sejak usia 16 tahun dan bergelar juara Kejohanan Kent-Malaysian All Star 1994 dan menjadi rakyat Malaysia pertama merekodkan kejayaan itu.
Menjengah media sosial Datuk Shalin, rutin hariannya kini lebih menjurus kepada puteri kesayangan iaitu Aleya Azidi yang berusia 13 tahun.
Datuk Shalin mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain tenpin boling iaitu Azidi Ameran pada tahun 2008.
16 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini kian bahagia dengan kehadiran anak tunggal mereka yang turut aktif dalam sukan.
Difahamkan Aleya lebih berminat dalam sukan hoki. Sebagai ibu bapa, mereka menyokong penuh minat anak tersayang dan akur Aleya tidak mengikut jejak langkah mereka dalam sukan tenpin boling.
Datuk Shalin juga pernah mendedahkan dia dan suami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak mereka, sebaliknya bergilir-gilir menjaga Aleya.
Kagum semangat dan peribadi Datuk Shalin Zulkifli terhadap sukan negara serta keluarga tercinta. Inspirasi!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada personaliti televisyen terkenal tanahair, Pang Chinn Fei.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Chinn Fei yang merupakan Penyampai Berita TV3 antara lebih 300 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara baru-baru ini.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Menjengah ke akaun Instagram peribadinya, Chinn Fei menitipkaan ucapan terima kasihnya buat Tuanku: –
“Daulat Tuanku!
“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Tuanku atas kurniaan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada patik sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.”
Chinn Fei turut meluahkan rasa kagumnya terhadap sikap mulia dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua dalam membantu nasib serta kebajikan rakyat.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
“DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, DYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat patik sanjungi atas keprihatinan baginda berdua terhadap nasib dan kebajikan rakyat.
“Jasa Seri Paduka Baginda berdua amat tinggi khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa bencana banjir dan musibah kerana sanggup berangkat mencemar duli dan meredah banjir demi membantu rakyat yang hidup dalam kesusahan.”
Tak ketinggalan, Chinn Fei turut kagum dengan sikap Seri Paduka Baginda berdua yang memiliki sfat-sifat terpuji.
“Seri Paduka Baginda berdua juga amat peramah, mesra rakyat dan penyabar serta memiliki sifat-sifat murni terpuji yang menyentuh jiwa dan hati nurani patik.
“Raja dan rakyat berpisah tiada. Baginda berdua telah membuktikan perumpamaan itu benar-benar berlaku dan bukan hanya omong-omong kosong.”
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Rata-rata para pengikut Chinn Fei menitipkan ucapan tahniah dan rasa kagum. Mereka turut terinspirasi dengan pencapaian yang diraih oleh wanita berusia 46 tahun itu.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Turut menerima bintang kebesaran sama pengacara RTM, Terrence Joseph Dass.
Kedua-dua personaliti TV itu pernah bergandingan mengacara Majlis Sambutan Hari Kebangsaan untuk beberapa tahun.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Untuk info, AMN merupakan pangkat kelima antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN).
YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.
Tahniah sekali lagi buat Pang Chinn Fei. Semoga terus sukses serta lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbeza daripada personaliti ibu, Dato’ Seri Vida yang ‘gila-gila’ dan gemarkan perhatian, Nona tertarik mendekati anak bongsunya, Kacak yang hadir menemani ke acara The Enchanted Night baru-baru ini.
Rupanya di sebalik watak ceria Dato Seri Vida, banyak air mata yang tumpah untuk berjaya. Bercerita sendiri secara hati ke hati, Muhammad Eric Zecquan atau Kacak yang kini mencecah 16 tahun berkongsi perasaannya tentang Mama tersayang.
Tonton video temu bual eksklusif di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.