Bukan mudah bergelar usahawan yang berjaya apatah lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk usahawan tidak merangka startegi mengatur langkah membawa bisnes mereka ke peringkat yang seterusnya.
Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mahu melonjakkan bisnes dalam masa ini bertuah kerana terdapat saluran untuk mempelajari selok belok bergelar usahawan antaranya dengan menghadiri Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).
Menurut Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, klinik usahawan tersebut ditaja sepenuhnya melalui Geran Bimbingan Perniagaan bernilai RM3 juta bagi manfaat seramai 6,000 bangsa usahawan di negara dalam tempoh tiga bulan. Katanya lagi, ia memberi fokus kepada usahawan yang serius untuk bangkit dan transformasi bisnes mereka dalam apa jua keadaan ekonomi.
Ads
“Inisiatif ini digerakkan selepas kami menerima banyak maklum balas dan perkongsian usahawan di luar sana yang buntu bila berdepan masalah menyebabkan bisnes mereka mula jatuh.
“Jika masalah ini tak ditangani segera, tak mustahil bisnes mereka boleh jatuh dan tersungkur,” katanya ketika majlis Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 Juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya hari ini.
Dalam masa sama, Azizan turut mengumumkan program khas, 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) untuk bimbing perkembangan bisnes usahawan yang akan diadakan secara langsung di dewan sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 September nanti.
Ads
Tambah Azizan, meskipun ada usahawan terkesan namun masih ada usahawan lain yang berkembang jauh lebih baik berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Inilah yang berlaku kepada sebahagian anak didik RichWorks yang dibimbing ada dari kosong, ada yang bertahun ‘tersangkut’ pada tahap sama berjaya alami pertumbuhan bisnes luar biasa hingga hari ini.
“Klinik usahawan ini akan dibuka selama tiga bulan dengan kos latihan termasuk penilaian perniagaan berserta buku Perjalanan Satu Juta Pertama akan diberikan melalui geran bimbingan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azizan mengulas situasi ekonomi sekarang, sebenarnya seseorang usahawan itu mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu bahkan sehari bila tahu caranya dalam apa jua keadaan.
Ads
“Dalam keadaan mencabar sebenarnya peluang untuk mereka bangkit dan bergerak lebih jauh lagi. Namun tiada siapa boleh bantu ubah bisnes mereka, jika diri sendiri tak nak dan komited untuk mencapai matlamat itu,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, bangsa usahawan boleh layari laman sesawang
www.richworks.com/satujutapertama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam sudah setahun umur anak lelaki pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein. Berkongsi sambutan hari lahir anakanda tersayang baru-baru ini, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimana pun belum bersedia mendedahkan wajah anaknya kepada umum.
Menerusi perkongsian di media sosial, Elly hanya memuat naik sekeping gambar menunjukkan kek hari lahir anaknya iaitu Haider Mateen tanpa kelibat bayi berkenaan.
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Nuh pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang genap berusia setahun pada 23 Oktober lepas.
Selang dua hari lepas hari lahir anak tersayang, Elly turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 suami tercinta yang dikenali sebagai Cikgu Azlan.
“Happy birthday suami mama yang ke-32. Thank you jadi suami dan papa yang baik. Mama, Manja dan Haider love you so much.”
Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia berusia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, nampaknya banyak kemahiran seni yang bakal tumpul kalau lama tak diasah. Antaranya kemahiran mekap. Maklumlah nak mekap siapa, muka sendiri pun pucat sebab duduk di rumah.
Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan hingga 14 April ini, majalah Nona melancarkan sebuah peraduan online buat penggemar mekap di Malaysia iaitu Fabulous MUA Beat My Look.
Peraduan ini berlangsung menggunakan platform Instagram dan Facebook sepenuhnya, bermula tarikh 1 hingga 14 April ini. Ia dibahagikan kepada dua cabaran (Week 1 dan Week 2) dengan tawaran hadiah bernilai RM200 setiap minggu untuk dua orang pemenang.
“Demi menyahut seruan #dudukrumah dan #stayathome ni, sedar tak sedar kita di rumah, muka dah lama tak berpupuk bedak, jauh sekali bercelak dan bergincu. Kini dah tiba masanya untuk anda unzip semula beg mekap tu sebagai tanda sokongan terhadap Nona.
Cabaran Fabulous MUA Beat My Look bukan saja simple, tapi menjadi medan berkarya buat para penggemar mekap, tak kira yang baru atau lama untuk mengasah semula kemahiran mereka,” kata Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
Cabaran Week 1
Berlangsung dari 1 hingga 7 April 2020, tema ‘FIGHT CORONA!’ dipilih sebagai cabaran peserta. Anda bebas mengekspresi mesej melalui mekap yang dihasilkan. Antaranya seperti karya Bella (@muabellaz) dan Albin Hassan (@albinhassan_official) ni.
https://www.instagram.com/p/B-BGWJEJhPa/
https://www.instagram.com/p/B-C5pZHpX7n/
Cara Penyertaan:
Muat naik video tutorial mekap bertemakan ‘FIGHT CORONA!’ di akaun Instagram anda. Boleh mekap wajah sendiri atau sesiapa di rumah.
Video tutorial paling kreatif dengan mekap paling cantik, mendapat likes dan markah tertinggi bakal membawa pulang wang tunai. Penyertaan akan dinilai melalui 70% views tertinggi dan 30% oleh juri.
Jangan lupa tag @majalahnona dan hashtags #fabulousmua #fabulousmua2020 untuk penyertaan. Pastikan tetapan akaun Public.
Tarikh tutup penyertaan pada 7 April 2020.
Jangan lupa mulakan misi ‘FIGHT CORONA!’ bermula 1 April nanti. Selamat mencuba!
#fabulousmua
#fabulousmua2020
#dudukrumah
#stayathome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan Raihan Amin yang merupakan adik kepada pelakon popular, Fattah Amin. Berkulit cerah dan murah dengan senyuman, Raihan atau nama penuhnya Siti Norraihan Mohd Amin juga menjadi perhatian peminat Fattah kerana cukup menjaga aurat dan bertudung labuh.
Enggan menumpang populariti abang tersayang, ibu kepada tiga cahaya mata ini aktif menjana pendapatan dengan mengusahakan perniagaan. Antaranya bisnes Fattastic Cookies yang menjual aneka biskut raya.
Difahamkan Raihan mula mengusahakan bisnes berkenaan kira-kira lapan tahun lepas dan kini sudah pun mempunyai agen sendiri.
Dedahnya, “MasyaAllah dah lama rupanya kami jual cookies raya. Since tahun 2017, jual sendiri kecil-kecil.
Kini 2025, kita kongsi rezeki sama-sama dengan agen. Terima kasih buat semua yang pernah beli cookies raya dengan kita.”
18 pilihan biskut raya keluaran Fattastic Cookies seperti Bangkit Cheese, Baby Mac, Pistachio Cookies, Makmur Sabah, Biscoff Pod, Tart Nenas, Hazelnut Pod, Nestum Strawberry dan Dahlia Klasik.
Selain perusahaan biskut, Raihan Amin juga berniaga tudung. Biarpun sibuk mengurus keluarga dan anak kecil, Raihan ligat berniaga dan membantu suami, Wan Aslam Zakaria menampung pendapatan keluarga.
Apatah lagi, anak bongsu mereka iaitu Wan Muhammad Naail yang bakal berusia tiga tahun menghidap penyakit jarang jumpa Spinal Mascular Atrophy (SMA) Type 1 ketika baru berusia empat bulan.
Kisah mengenai anak Raihan ini pernah mendapat liputan meluas kerana kos perubatan Wan Muhammad Naail mencecah hingga RM9 juta!
Antara selebriti dan pempengaruh media sosial yang turut memberi sumbangan kepada anak saudara Fattah Amin ini termasuklah usahawan Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad.
Raihan merupakan anak kepada pasangan Mohd Amin Musa dan Azizah Abdul Ghani. Selain Fattah, Raihan juga mempunyai tiga lagi adik-beradik iaitu Farhan, Intan dan Farhanah.
Puteri Kemboja Jenna Norodom terkenal dengan kebolehannya dalam tarian sehingga mendapat jolokan 'Little Lisa' kerana dikatakan memiliki persamaan dengan Lisa BLACKPINK.
Jenna Norodom adalah sosok...