Melihat statistik tahun 2019, golongan millennial, berumur 25 hingga 44 tahun di Malaysia mencatat peningkatan membimbangkan dalam jumlah individu yang diisytihar muflis. Dari jumlah tersebut, 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis merupakan golongan muda.
Kebanyakan pinjaman yang dibuat dibelanjakan untuk barangan kehendak, bukan untuk keperluan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberi kesedaran bahawa pendidikan tentang pengurusan kewangan dapat membantu golongan-golongan ini bagi mendapat semula kawalan kredit mereka.
Sehubungan dengan itu, Lulus.my telah melantik penyanyi dan komposer Ryan Deedat sebagai duta kepada syarikat perundingan dan penyelesaian masalah kewangan, Lulus. my di Setia Alam, semalam.Menurut Pengarah Urusan Lulus.my, Hasrul Syafiq, syarikat perundingan dan penyelesaian kewangan itu telah ditubuhkan sejak tahun 2016.
Ads
“Kami menawarkan perkhidmatan yang komprehensif termasuk penyatuan hutang, pembiayaan semula rumah dan pembaikan kredit terutamanya kepada kakitangan Awam, GLC dan juga kakitangan bank terpilih. Kami juga pakar dalam membersihkan rekod senarai hitam CCRIS dan CTOS, saman serta isu berkaitan muflis.
Dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan, kami dapat membantu rakyat Malaysia melalui strategi dan jalan penyelesaian yang holistik dan mengikut kesesuaian kepada cabaran kewangan individu tersebut. Selain itu, kami juga memberi ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan hutang untuk membantu rakyat Malaysia sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang cabaran kewangan pada masa akan datang.”ujarnya kepada NONA semasa ditemui di majlis menandatangani perjanjian Ryan Deedat sebagai duta baru-baru ini.
Selain itu, Hasrul berkata “Pasukan kami terdiri daripada bekas kakitangan bank yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kredit dan hutang. Kami telah melihat secara langsung betapa sukarnya bagi mereka yang mempunyai rekod CCRIS yang buruk untuk mendapatkan sebarang pembiayaan yang mereka perlukan, kerana kebanyakkan institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai sejarah kredit yang kurang baik.
Ads
Apabila individu ini tidak berjaya untuk mendapatkan sebarang pembiayaan daripada pihak bank, mereka sering mendapatkan pinjaman alternatif yang mungkin boleh menjerat dalam kemelut kewangan yang lebih serius di kemudian hari. Sebenarnya masih ramai lagi individu yang tidak sedar bahawa mereka masih layak untuk mendapat peluang kedua. Oleh itu, kesedaran tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lulus.my perlu diwar-warkan agar ia dapat memberikan satu impak positif dalam usaha membantu rakyat Malaysia menangani cabaran kewangan dan hutang yang dihadapi.”
Pihak pengurusan Lulus.my telah mengambil keputusan menjadikan Ryan Deedat sebagai Duta bagi melebarkan nama mereka di persada dunia perniagaan pengurusan kewangan dan hutang.
Ads
“Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama kami, kami yakin kami akan terus menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan kami yang dihargai. Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya,”ujar Hasrul lagi.
Dalam pada itu, Hasrul berkata dengan adanya Ryan Deedat sebagai Duta kami ia dapat menawarkan “Edutainment”. Edutainment merupakan satu kaedah baharu yang sering diguna pada masa kini untuk memberi informasi yang berguna pada pelanggan. Dengan adanya edutainment ini, ia boleh membantu lebih ramai pelanggan yang gemar mengunakan media social sebagai tempat untuk mendapatkan infomasi.
Bukan sahaja itu, Malah Ryan juga merupakan pelajar sarjana pengurusan perniagaan jadi beliau mempunyai pengetahuan tentang ilmu dalam kewangan. Ini dapat menbantu masyarakat untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu kewangan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah. Filem yang sudah bermula pengambarannya sejak Ogos 2011 tersebut bakal ditayangkan menjelang Mei 2023.
Dilakonkan oleh Farid Kamil yang memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa pula membawa watak Wan Azizah. Ketika sidang media berkenaan, Acha yang berada di Indonesia sempat berkongsi pengalamannya berjumpa dengan isteri kepada perdana Menteri Malayia tersebut.
Acha Septriasa menyifatkan Wan Azizah sebagai wanita yang mempunyai sifat keibuan tinggi. Malah beliau bersyukur dihadiahka seutas tasbih dalam satu pertemuan sebelum menjayakan karakter ahli politik berpengaruh itu dalam filem Anwar, The Untold Story, malah sempat merasai sendiri masakan yang dimasak figura politik terkemuka tersebut.
“Ketika bertemunya di sebuah hotel, dia membekalkan saya dan Farid Kamil dengan lauk-pauk yang dimasak sendiri. Azizah juga memberikan saya gelang tasbih untuk selalu mengingati Allah dan secara tidak langsung mengingati dirinya.” Jelasnya menurut sumber Kosmo.
Acha berkata demikian menerusi panggilan secara maya pada majlis sidang media filem lakonan terbaharu lakonannya berjudul Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, semalam.
Selain Acha, filem arahan Viva Westi tersebut turut dibintangi aktor hebat lain seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Dewi Irawan, Piet Pagau dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagatnya yang bersahaja dan mencuit hati menerusi video yang ditampilkan dengan cara tersendiri menggunakan loghat Siam menarik perhatian netizen. Video pertamanya yang bertajuk ‘Berhutang Tak Reti Bayar’ tular sekelip mata sekaligus melonjakkan jumlah pengikutnya di laman sosial.
Mesra disapa sebagai Yatt anak jati kelahiran Besut, Terengganu ini tak pernah menduga sejak bergelar instafamous kehidupannya akan berubah sejauh ini sekaligus mampu menjana pendapatan lumayan.
Pemegang Diploma Akauntansi dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ini cukup bertuah kerana memiliki saiz fizikal yang kecil molek sehinggakan ramai yang beranggapan Yatt masih bujang. Namun hakikatnya Yatt adalah isteri orang. Kecantikan aslinya pula diwarisi daripada keluarganya yang berketurunan Melayu Champa, Siam, Jawa dan Cina.
“Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai akauntan di beberapa buah syarikat. Setelah perkongsian video pertama menjadi tular di sosial media saya anggap ia sebagai satu rezeki. Saya ambil keputusan berhenti kerja. Ia membuka peluang untuk saya fokus kepada perniagaan secara online iaitu @sedap_uuuiii By Nurhayati Tahir seterusnya dapat berkongsi video-video yang bermanfaat.
Saya bersyukur ia kini menjadi sumber pendapatan utama sekaligus mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik. Perniagaan saya juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan,” kongsi wanita berusia 27 tahun ini yang berketinggian 153 sentimeter.
KALIS KECAMAN
“Tipulah kalau saya kata tak pernah dikecam. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka dengan cara saya. Waima kita menyampaikan tazkirah sekali pun masih ada yang mengecam dan cakap kita nak berlagak alim. Mereka bebas bersuara di sebalik papan kekunci yang membawa aura negatif, kadangkala mendorong kepada tekanan perasaan atau depresi.
Mana yang positif saya ambil sebagai penghargaan. Jika sebaliknya saya abaikan dan menjadi pembakar semangat untuk terus ke hadapan. Sejak kecil saya suka menghiburkan orang. Niat saya hanya ingin menyampaikan pesanan masyarakat dalam bentuk video parodi di sosial media tetapi tak sangka pula tular,” ungkap Yatt yang menjadikan Dr Amalina sebagai idolanya kerana kagum dengan kemampuan dan baktinya dalam mengangkat nama Malaysia ke persada dunia di samping semangatnya untuk menyelamatkan nyawa insan sejagat.
Yatt turut menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi di mana dia menyifatkan ibunya itu seorang yang sangat tabah, rajin bekerja dan pandai berdikari. Bagi Yatt, apabila dia berjaya mendapat sesuatu hasil titik peluh sendiri ia membuktikan dia berjaya memotivasikan dirinya untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan.
IMPIAN
“Bagi saya apabila untuk menjadi seorang instafamous haruslah bijak dalam memberi impak dan pengaruh yang baik terutama apabila sudah diangkat sebagai role model atau influencer kepada masyarakat. Jual bakat bukan jual maruah. Jadilah seorang yang beauty with brain. Jika ramai pengikut atau peminat yang sayangkan kita, mereka akan mendoakan kejayaan kita.
Anggaplah peluang mempunyai platform di sosial media rezeki daripada Allah SWT. Jangan mudah alpa kerana hidup ini umpama roda. Apabila kita di atas gunakan peluang itu untuk membantu orang sekeliling, sebarkan aura positif.
Impian saya ingin menjadi seorang yang kaya ilmu dan berjaya dalam perniagaan seterusnya dapat menyumbangkan sesuatu buat masyarakat,” akhiri Yatt.
Kredit Foto: Instagram @nurhayatitahirr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tabik dengan sikap prihatin 12 orang selebriti tanah air ini. Ada yang dah berumah tangga pun tapi sanggup berjauhan dengan keluarga semata-mata nak membantu dan merapatkan ukhuwah sesama insan di luar negara. Semoga pergorbanan yang dicurahkan barisan artis berjiwa murni ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat kelak.
12 duta kecil negara yang terlibat dengan misi kemanusiaan tersebut adalah Fara Fauzana, Faizal Ismail, Lah Ahmad, Irma Hasmie dan suami, Redza Syah Azmeer, Lufya, Diana Amir, Raja Nadia Sabrina, Farah Lee, Ashraf Muslim dan Dhirar Zainal. Menjadikan platform Islamic Relief Malaysia dan Ukhwah 4 Ummah untuk program Squad Celebrity Global Volunteers yang baru dilancarkan semalam, khabarnya kesemua selebriti ini akan dihantar ke empat negara terlibat mulai 18 hingga 25 April depan.
Melalui skuad ini, empat kempen utama diketengahkan iaitu Tabang 4 Marawi, Misija 4 Bosnia, Water 4 Malawi dan School 4 Godda. Tabang 4 Marawi misalnya adalah bantuan untuk membangunkan punca pendapatan dan penempatan komuniti Marawi di Filipina yang terjejas akibat pergolakan yang berlaku di sana. Skuad selebriti yang bakal menjayakan bantuan ini ialah Irma Hasmie dan suami serta Lufya.
Raja Nadia, Lah Ahmad dan Dhirar untuk School 4 Godda
Sementara itu, tiga lagi selebriti Raja Nadia, Lah Ahmad dan Dhirar Zainal akan ke Godda, India untuk bantuan pembinaan semula sekolah di daerah sasaran iaitu di perkampungan Sahora. Khabarnya, keadaan sekolah yang usang mengundang bahaya kepada para pelajar selain berhasrat menyediakan persekitaran sekolah yang lebih baik kepada kanak-kanak Godda.
Ashraf Muslim, Diana Amir, Farah Lee untuk Misija 4 Bosnia
Fara Fauzana dan Faizal Ismail untuk Water 4 Malawi
Diana Amir, Farah Lee dan Ashraf Muslim pula akan berada di Bosnia bagi Misija 4 Bosnia dalam usaha menyediakan sumber air bersih kepada penduduk Sarajevo. Melaksanakan misi sama di Malawi, Afrika ialah dua penyampai radio popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Yang berkelapangan dan mengejar ‘saham’ akhirat, boleh mendaftarkan diri sebagai sukarelawan atau menyumbang dana kepada Islamic Relief Malaysia dan Ukhwah 4 Ummah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.