Hadiah Hari Jadi Ke-45, Pelakon Winter Sonata Ini Timang Anak Pertama

Ini lah yang dikatakan rezeki tak pernah salah alamat. Kalau sudah dinamakan rezeki, cepat atau lambat, muda atau berusia pasti dapat melalui pengalaman bayi membesar dalam rahimnya selama 9 bulan.

Sudah pasti berita gembira ini mampu buat semua wanita yang bergelar isteri di awang-awangan apatah sudah lama mengharapkan suara tangisan bayi memecah suasana di kediaman bersama suami tercinta. Ini yang mungkin dirasakan oleh pelakon utama drama Korea, Winter Sonata yang popular pada tahun 2002 ini.

Pelakon Drama Winter Sonata

Sebelum ini pelakon cantik ini dilaporkan telah berkahwin secara rahsia bersama pemuda pilihan hatinya di usia 43 tahun. Suami yang dikahwini oleh salah seorang wanita tercantik Korea Selatan ini berlangsung pada 29 Mac 2018.

Suami kepada selebriti yang bernama Choi Ji-Woo difahamkan bukan datang di kalangan selebriti Korea biarpun sebelum itu pernah digosipkan bercinta dengan aktor popular Korea, Ji Woon.

Kini seluruh peminat drama Korea Stairway to Heaven ini berkongsi khabar gembira apabila pelakon cantik ini telah selamat melahirkan anak pertamanya. Mungkin ini adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat pelakon ini yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-45 pada 11 jun nanti.

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh agensi Choi Ji Woon iaitu YG Entertainment, “Choi Ji Woo telah melahirkan anak perempuannya pagi ini (16 Mei 2020). Baik ibu dan anak perempuannya dalam keadaan sihat,” ucap YG Entertainment melalui laporan dari Soompi.

Menurut YG Entertainment pelakon yang melakukan cameo dalam drama Korea, Crush Landing On You ini sedang berehat untuk memulihkan dirinya usai melahirkan anak pertamanya itu. Sudah pasti Choi Ji-Woon teruja dengan kehadiran cahaya matanya. Mesti comel mewarisi kejelitaan ibunya.

Foto: Instagram @choijiwoo_cjw & @polarhis

IKLAN
Share