Bunga Citra Lestari antara penyanyi terkenal yang sering menerima jemputan eksklusif untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan mewah.
Bagaimanapun, baru-baru ini Bunga Citra Lestari hadir sebagai tetamu jemputan bersama suaminya, Tiko Aryawardhana bagi memenuhi undangan konglomerat Malaysia yang melangsungkan perkahwinan anaknya.
Bunga Citra Lestari ‘terbang’ ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya yang dijemput ke majlis perkahwinan anak Dato’ Khairussaleh Ramli yang merupakan presiden pengarah sebuah bank swasta.
Bunga Citra Lestari berkongsi momen itu di Instagram peribadinya.
Sebagai tetamu jemputan, Bunga Citra Lestari tampil elegan dan ‘mewah’ dengan gaun labuh berkolar tinggi sehingga menarik perhatian ramai.
BACA JUGA: Kerap Bersenam & Jaga Pemakanan Antara Rahsia Kekal ‘Gorgeous’ BUNGA CITRA LESTARI Pada usia 40
Gaun eksklusif yang dihasilkan daripada renda dan kristal itu ialah hasil rekaan Ivan Gunawan.
Gaun yang mengikut bentuk badan digabungkan dengan cropped jacket crystal lace.
Bunga Citra Lestari kelihatan glamor dengan kasut tumit tinggi berwarna silver dan glitter handbag yang senada dengan gaun yang disarungkan.
Mengekalkan potongan rambut pendek, Bunga Citra Lestari menyerlahkan seri wajahnya dengan sentuhan soft glam look yang menampilkan deep color eyeshadow dan peach nude lipstick. So gorgeous!
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.
This website uses cookies.