Bunga Citra Lestari antara penyanyi terkenal yang sering menerima jemputan eksklusif untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan mewah.
Bagaimanapun, baru-baru ini Bunga Citra Lestari hadir sebagai tetamu jemputan bersama suaminya, Tiko Aryawardhana bagi memenuhi undangan konglomerat Malaysia yang melangsungkan perkahwinan anaknya.
Kredit Foto: Instagram @itsmebcl
Bunga Citra Lestari ‘terbang’ ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya yang dijemput ke majlis perkahwinan anak Dato’ Khairussaleh Ramli yang merupakan presiden pengarah sebuah bank swasta.
Bunga Citra Lestari berkongsi momen itu di Instagram peribadinya.
Gaun eksklusif yang dihasilkan daripada renda dan kristal itu ialah hasil rekaan Ivan Gunawan.
Gaun yang mengikut bentuk badan digabungkan dengan cropped jacket crystal lace.
Ads
Bunga Citra Lestari kelihatan glamor dengan kasut tumit tinggi berwarna silver dan glitter handbag yang senada dengan gaun yang disarungkan.
Mengekalkan potongan rambut pendek, Bunga Citra Lestari menyerlahkan seri wajahnya dengan sentuhan soft glam look yang menampilkan deep color eyeshadow dan peach nude lipstick. So gorgeous!
Perut yang buncit dan menggeleber sudah pasti mencacatkan penampilan khususnya bagi golongan wanita. Pelbagai cara diusahakan untuk mengatasi masalah ini namun tetap juga tidak berhasil untuk memiliki perut indah. Apatah lagi usai melahirkan zuriat, struktur perut menjadi sedikit berubah dari sebelumnya.
Namun begitu, usah risau, masih ada cara untuk mendapatkan perut yang kempis dan menawan. Apa kata anda ikuti langkah mudah ini setiap hari. Amalkan secara rutin kerana bukan mudah untuk cantik tanpa usaha yang berterusan.
1. DUDUK TEGAK
Tubuh yang kerap membongkok boleh menyebabkan bahagian bawah perut kelihatan lebih besar. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, kencangkan otot di bahagian bawah perut dengan menarik bahu ke belakang sementara dagu ditarik ke atas. Posisi ini menjadikan postur tubuh lebih baik.
2. AKTIVITI DI RUMAH
Lakukan aktiviti anda sendiri antaranya mengangkat barang, membersihkan persekitaran rumah, menyapu sampah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membakar sekurang-kurangnya 350 kalori dalam tempoh sejam.
3. LATIHAN UNTUK PINGGUL
Otot pinggul yang kuat sangat penting untuk membentuk otot perut yang indah. Sekiranya anda melakukan latihan untuk mengencangkan otot pinggul, otot di sekitar pinggang juga terlatih. Otot perut bahagian bawah turut mengencang.
4. BERJALAN KAKI
Aktiviti berjalan dapat membantu anda menggerakkan tubuh bahagian bawah termasuklah mengencangkan otot perut.
5. LATIHAN UNTUK PERUT
Baring secara terlentang di atas lantai dan letakkan kaki di kerusi. Angkat kepala serta tubuh secara perlahan-lahan menghala ke hujung kaki. Kemudian kembali ke posisi asal dengan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 – 12 kali, dua hingga tiga kali seminggu.
6. MENGENCANGKAN PERUT
Baring di atas lantai dan letakkan tangan di sisi tubuh. Bengkokkan lutut sebanyak 90 darjah. Kencangkan otot perut dan tekan punggung ke lantai. Angkat pinggul dari lantai dan tahan beberapa saat lalu turunkan. Lakukan sebanyak 10 -12 kali, dua ke tiga kali seminggu.
7. MEMBENTUK GARIS PINGGANG
Baring secara terlentang, bengkokkan kedua-dua lutut. Posisikan pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri dan letakkan tangan di belakang leher. Pastikan kedua-dua siku mengarah ke sisi luar tubuh. Angkat kepala dan punggung. Tahan beberapa minit dan turunkan tubuh ke posisi asal secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 – 12 kali untuk kedua-dua sisi tubuh. Lakukan sebanyak dua ke tiga kali seminggu.
8. MENJAGA WAKTU TIDUR
Usah abaikan waktu tidur anda. Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme tubuh anda terganggu. Ia turut memberi kesan kepada bentuk tubuh anda.
9. AKTIVITI BIASA
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk ke gim, apa kata anda lakukan cara yang paling mudah seperti berjalan atau brisk walk sambil menikmati pemandangan luar, bermain lompat tali atau bermain dengan anak-anak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih sihat dan cantik. Hati juga pasti lebih bahagia.
10. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi untuk melancarkan sistem pencernaan. Jika tidak, perut akan kelihatan kembung dan buncit.
11. MINUM BANYAK AIR
Air putih boleh membantu untuk memberi rasa kenyang serta tidak mengandungi kalori. Selain itu, air turut membantu melancarkan fungsi metabolisme tubuh.
12. HINDARI ALKOHOL
Minuman beralkohol sememangnya tidak mengandungi lemak. Namun begitu, kandungan kalorinya adalah tinggi. Minuman beralkohol boleh meningkatkan penghasilan kortisol yang menyebabkan perubahan bentuk perut di bahagian bawah menjadi lebih besar dan buncit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan kesungguhan Shilpa Shetty Kundra jaga penampilan dan kesihatan diri. Berusia 49 tahun pada 8 Jun, raut wajah cantik dan susuk tubuh langsing selebriti Bollywood ini tak ubah seperti anak dara. Apalah agaknya rahsia Shilpa sampai boleh sentiasa nampak awet muda seperti zaman bujang dulu.
Meneliti gaya hidup selebriti Bollywood ini, rupa-rupanya Shilpa Shetty cukup disiplin soal pemakanan dan rutin senaman. Malah, aktres jelita India ini juga ada menerbitkan buku resipi ‘The Diary of A Domestic Diva’ yang memaparkan 90 jenis resipi sihat.
Sudahlah berbakat dalam bidang lakonan, di dapur pun dia lincah beraksi. Ada bermacam-macam jenis sajian dikongsikan Shilpa dalam rangkaian media sosial Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter di bawah nama ‘The Shilpa Shetty’.
Buat wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mahu menjalani gaya hidup sihat, anda patut jadikan Shilpa Shetty sebagai inspirasi!
Sesekali, bolehlah cedok resipi sihatnya sebagai diet harian. Confirm dengan usaha gigih dan komited, anda pun mampu milik tubuh ideal sepertinya.
Mencungkil lagi rahsia kecantikan, dia juga tekun mempelajari rutin senaman baru dan kardio terutamanya melibatkan senaman yoga.
Asalkan konsisten bersenam dan menjaga pemakanan, impian memiliki tubuh idaman pasti dalam genggaman.
Kalau tengok media sosial figura ini, ia umpama platform gaya hidup sihat yang sarat dengan pelbagai rutin senaman, pilihan menu berkhasiat dan sisi hidup Shilpa di samping keluarga tercinta.
Dalam kalangan peminat Bollywood, kekayaan yang dimiliki Shilpa Shetty bukan lagi perkara asing. Suaminya iaitu Raj Kundra merupakan usahawan kelahiran British yang menjalankan pelbagai pelaburan termasuk kelab kriket dan seni bela diri.
Tidak hairanlah, anak lelaki mereka iaitu Viann Raj mengikut jejak langkah bapanya sebagai usahawan. Ketika baru berusia 10 tahun, Viann sudah mula berkolaborasi dengan jenama kasut VK Kicks dengan menghasilkan idea rekaan tersendiri untuk sneakers.
Yang pasti, Shilpa tidak hanya memiliki suami dan anak yang membanggakan. Kediaman yang dihuni Shilpa sekeluarga juga sering menjadi perhatian peminat. Mana tidaknya, tidak sekadar luas dan selesa, ia turut lengkap dengan ruang gimnasium serta halaman menghijau menghadap laut yang sering menjadi tempat untuk bersenam.
Shilpa berkahwin dengan suami tercinta, Raj pada tahun 2009. Sepanjang 16 tahun melayari rumah tangga, mereka dikurniakan anak lelaki, Viann Raj Kundra yang kini berusia 13 tahun dan Samisha Shetty Kundra yang lahir pada 2020 menerusi ‘ibu tumpang’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun sudah lebih dua dekad berlalu.
Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.
Kristine yang bakal meniti usia 39 tahun pada September nanti kini menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak!
Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini menimang cahaya mata kelima pada 3 Ogos 2021. Memang jelitawan Filipina ini suka keluarga besar!
Difahamkan isteri kepada Oyo Sotto ini menamakan anak kelima mereka Vittorio Issac.
Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang kini berusia 15 tahun. Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011.
Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.
Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.
Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.
Sumber: News ABN CBN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shikin Maembong pakai tudung dan mengakui keputusan itu lahir daripada gerakan hati. Suami, Cat Farish serta anak-anak tidak henti memuji penampilannya.