Siapa tidak kenal dengan aktres jelita Bollywood, Aishwarya Rai. Pelakon cantik yang juga ratu cantik India ini sudah lama tak terlihat di layar kaca tv. Setelah berkahwin dengan anak Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan kini lebih memilih untuk memberi fokus penuh buat keluarganya yang tercinta.
Tambahan pula, pada tahun 2011 lalu, pasangan sama cantik dan sama padan ini telah dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Aaradhya Bachchan. Setelah kelahiran si kecil ini, dia lebih menumpukan kepada keluarganya.
Meskipun berstatus sebagai public figure, ia tidak menghalang Aishwarya Rai daripada menguruskan si permata hati. Sedar tak sedar, kini sudah 9 tahun berlalu. Aaradhya Bachchan pun sudah semakin besar. Aaradhya Bachchan baru-baru ini pun merayakan ulang tahunnya yang ke-8.
Tentu netizen pun ingin tahu wajah terbaru Aaradhya Bachchan. Dia membesar menjadi gadis yang sangat cantik. Dia kelihatan sangat mirip dengan wajah ibunya. Hal tersebut dibuktikan dengan wajah Aaradhya Bachchan seiras dengan Aishwarya Rai sewaktu kecil.
Nah, buat anda yang ingin melihat wajah terbaru Aaradhya Bachchan. Nona kumpulkan beberapa potret Aaradhya Bachchan yang diambil dari akaun Instagram peribadi Aishwarya Rai @aishwaryaraibachchan_arb.
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya supermodel ternama Gigi dan Bella Hadid bukan sahaja mengikut jejak langkah ibu mereka, Yolanda Hadid sebagai peragawati. Malah turut mewarisi kecantikan milik wanita berusia 56 tahun tersebut. Meskipun Yolanda kian meningkat usia dan sudah melahirkan tiga orang anak namun dia masih kekal langsing, bergaya dan cantik. Kalau bergambar dengan kedua-dua puteri kesayangan, mesti orang ingat Yolanda ini adik-beradik Gigi dan Bella!
Baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran ke-56 pada 11 Januari lalu, bekas peragawati berketurunan Belanda-Amerika ini juga sebenarnya personaliti televisyen. Mengintai latar belakangnya, Yolanda dilahirkan Papendrecht iaitu sebuah bandar kecil di Holland yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada petani. Memandangkan dia dibesarkan dengan suasana ladang, Yolanda sudah terbiasa menunggang kuda, menjaga
lembu dan bercucuk tanam.
Yolanda kehilangan bapa tersayang ketika dia baru berusia tujuh tahun dan disebabkan mahu membantu ibu dan menyara keluarga, dia sanggup mengambil upah sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina sewaktu berumur 13 tahun. Pada usia 16 tahun, takdir hidupnya berubah apabila dilamar world-famous modelling agent, Eileen Ford.
Dari sinilah, perjalanan karier Yolanda sebagai peragawati bertaraf antarabangsa bermula. Demi mengejar impian dan kehidupan yang lebih baik, dia terpaksa meninggalkan Holland untuk berkhidmat dan menetap di Paris, Milan, Hamburg, Sydney, Tokyo dan New York.
Ketika usianya mencecah 30 tahun, Yolanda berpindah ke Los Angeles dan bertemu bekas suaminya, Mohamed Hadid yang merupakan seorang ejen hartanah berketurunan Palestin-Amerika. Dia dikenali dalam bidang hartanah kerana berjaya membina hotel dan bangunan mewah di kawasan elit seperti Beverly Hills serta memiliki kekayaan yang dianggarkan bernilai 100 hingga 200 juta dolar Amerika.
Hasil perkahwinan selama enam tahun, Yolanda dan Mohamed Hadid dikurniakan tiga anak iaitu Gigi Hadid, Bella Hadid dan Anwar Hadid.
11 tahun hidup sendiri, Yolanda akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan penerbit dan penulis lirik terkenal, David Foster pada tanggal 11 November 2011. Namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 6 tahun sahaja.
Selain pernah membintangi program realiti The Real Housewife of Beverly Hills, Yolanda juga menerbitkan buku mengenai kehidupannya dalam naskhah ‘Believe Me: My Battle with the Invisible Disability of Lyme Disease.’ Puas menikmati kehidupan glamor dan mewah, Yolanda kini dilihat gemar menjalani kehidupan di ladang bersama haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan selain berkongsi aktivitinya di Instagram buat tatapan lebih 3 juta peminat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suaminya, Mukesh Ambani bukan hanya lelaki terkaya di India selama 12 kali berturut-turut malah dengan nilai kekayaan yang mencecah sehingga USD48.1 bilion… turut menjadikan suami Nita Ambani ini mendapat gelaran sebagai Lelaki Terkaya Di Asia dari Forbes pada tahun 2017. Sekaligus mengatasi kekayaan milik usahawan terkemuka Alibaba, Jack Ma.
Mengintai latar belakang wanita terkaya India ini, Nita Ambani yang dilahirkan pada 1 November 1963 di Mumbai sebenarnya berasal dari keluarga kelas pertengahan. Kompas hidupnya berubah ketika Dhirubhai Ambani dan isteri, Kokilaben yang merupakan ibu bapa Mukesh Ambani tertarik dengan personaliti Nita ketika dia membuat persembahan tarian klasik Bharatnatyam dalam sebuah majlis yang dihadiri pasangan konglomerat terkenal India berkenaan.
Selepas selesai membuat persembahan, Dhirubhai menghubungi Nita untuk melamarnya sebagai menantu. Terkejut dengan pelawaan itu Nita terus meletakkan telefon kerana menganggap ia hanya gurauan daripada orang tidak dikenali. Namun detik itulah yang
menjadi permulaan kisah romantis jelitawan ini dengan ikon perusahaan India, Mukesh Ambani.
Bergelar isteri pada usia 22 tahun, keprihatinan Nita untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak bangsa India telah membuatkan dia memilih untuk menjadi guru selama beberapa tahun. Sepanjang tempoh itu, dia juga telah membina banyak sekolah khususnya
bagi golongan miskin dan kanak-kanak istimewa.
Disebabkan usaha murni tersebut, Nita telah dilantik sebagai pengerusi Dhirubhai Ambani International School iaitu sebuah sekolah premier yang menyediakan pendidikan berprestasi tinggi di Mumbai dan menjadi sekolah terbaik di India buat kali keempat berturut-turut dari Education World. Selain itu, Nita Ambani turut menjadi wanita India pertama menjadi ahli International Olympic Committee (IOC) dan menjadi penyampai pingat acara Women’s 400m Freestyle di Sukan Olimpik Rio 2016.
Lebih 30 tahun mendirikan rumah tangga, Nita dan Mukesh Ambani dikurniakan tiga orang anak iaitu sepasang kembar, Isha dan Anash serta seorang anak lelaki, Anant. Keluarga ini tinggal di bangunan pencakar langit 27 tingkat di Mumbai dengan anggaran kos pembinaan sehingga USD1 bilion dan menjadi hartanah kedua termahal di dunia selepas Istana Buckingham.
Melihat kulit putih gebu dan susuk tubuh langsing Nita Ambani pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini berusia 56 tahun. Dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir, membuatkan Nita sentiasa menjadi inspirasi dan idola di India. Memetik kenyataan Nita menerusi Her Zindagi, isteri bilionair ini sangat menggemari diet sayuran hijau, jus buah-buahan dan mengelak makanan berminyak.
Sementara itu, salah satu cara dia mendapatkan kulit yang mulus ialah dengan pengambilan minuman detoks. Terdapat 5 ramuan minuman detoks yang diamalkan Nita
iaitu buah tembikai dan rosemary, lemon, buah limau dan strawberi atau timun. Di samping itu, Nita juga mengambil jus ubi bit setiap hari yang dipercayai mengandungi tinggi antioksidan dan meningkatkan hemoglobin dalam badan seterusnya menyerlahkan kulit kemerah-merahan serta anjal.
Sumber: South China Morning Post, Business Insider
Kredit foto: Instagram Nita Ambani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ada dikalangan Nonarians yang pernah menyaksikan drama berjudul The Crown di Netflix yang memaparkan kisah keluarga di Raja Britain yang berkisarkan tentang kemelut, kisah cinta dan juga kehebatan keluarga itu.
Sekaligus, memberikan sedikit gambaran tentang apa yang terjadi di sebalik tembok megah istana yang memaparkan tentang kehebatan keluarga monarki tersebut. Populariti yang dikecapi seluruh dunia membuat keluarga diRaja ini menerima penghormatan ramai.
Malah, anda mesti familiar dengan dua figura wanita yang menjadi penyeri dalam keluarga di Raja Britain iaitu Kate Middleton atau Meghan Markle yang berjaya memukau dua orang putera raja keluarga ini.
Namun, jika anda fikir Kate dan Meghan adalah yang paling cantik anda silap! kerana Lady Amelia Windsor merupakan kerabat diraja Britain yang tercantik meninggalakan dua figura diatas jauh terkebelakang.
Dipetik dari Express, walaupun Kate Middleton dan Meghan Markle mencetuskan banyak fenomena, tetapi Lady Amelia dianggap sebagai ‘paling cantik’ dikalangan diraja di Britain.
Meski tidak sepopular Kate dan Meghan, tetapi rata-rata rakyat memilih wanita genit ini sebagai kerabat diraja Britain yang paling cantik kalau ditanya soal rupa paras.
Berbekalkan fizikal yang genit dengan berwajah bulat comel dan bibir mungil seksi, tidak hairanlah ramai terpesona melihat kecantikan semula jadinya. Tanpa sebarang solekan, Lady Amelia mampu menggugat mata kita yang memandangnya.
Tidak seperti abangnya dia masih lagi dalam turutan keturunan diRaja kerana masih kekal bersama Church of England. Kini dia berada dalam kedudukan ke-39 untuk mewarisi takhta.
Selain itu, jika dibandingkan dikalangan sepupu-sepupunya, Lady Amelia merupakan antara personaliti berprofil tinggi dan pernah berjalan di pentas fesyen Dolce & Gabbana. Merupakan graduan dari Universiti Edinburgh dia fasih berbahasa Itali.
Lady Amelia merupakan model di bawah agenci terkemuka Storm Models, yang mengetengahkan bakat seperti Kate Moss dan Cara Delevingne.
Dari situ, dia aktif dalam pertunjukan fesyen Dolce and Gabbana, menjadi wajah solekan Illamasqua dan sering dilihat di barisan hadapan pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Malah, bekerja di belakang tabir untuk jenama Azzedine Alaia dan Bvlgari.
Malah, Lady Amelia turut rajin mengemaskini kehidupan hariannya di akaun Instagramnya miliknya dengan jumlah pengikut sekitar 102,000. Di sana dia menggambarkan dirinya sebagai duta untuk beberapa badan amal alam sekitar.
Sekadar info, Lady Amelia Windsor merupakan cucu kepada Duke of Kent, dia juga merupakan anak sepupu kepada Ratu Elizabeth dan sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilraba Dilmurat tampil memukau di acara Dior Fall 2026 dengan gaya elegan persis puteri fairytale, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon fesyen dan kecantikan antarabangsa.