Happy birthday Puteri Raysha Jemyma! 8 November lalu, puteri sulung Fasha Sandha ini genap menginjak umur sembilan tahun. Kian meniti usia remaja, Puteri Raysha Jemyma atau mesra disapa Jemyma makin matang dan mewarisi kecantikan ibu tersayang.

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-9 baru-baru ini, Jemyma diraikan penuh meriah oleh ahli keluarga dan sahabat baik. Mengambil inspirasi dan watak animasi Monster High sebagai tema untuk majlis hari lahir, anak kedua daripada tiga beradik ini tampil ceria dalam persalinan ranggi.

IKLAN

Dalam majlis itu, Jemyma mengenakan shirt bermanik dan diperincikan dengan jaket kulit hitam serta skirt pendek rona putih. Melihat penampilannya, ternyata kanak-kanak perempuan ini saling tak tumpah seperti Fasha Sandha.

Cantik Macam Fasha Sandha, Jemyma Rai Birthday Ke-9 & Bertuah Ada 2 Ayah!
Kredit Instagram @fashasandha
Cantik Macam Fasha Sandha, Jemyma Rai Birthday Ke-9 & Bertuah Ada 2 Ayah!
Kredit Instagram @fashasandha
Cantik Macam Fasha Sandha, Jemyma Rai Birthday Ke-9 & Bertuah Ada 2 Ayah!
Kredit Instagram @fashasandha

Mana tidaknya, dia memiliki fizikal yang kurus, tinggi dan rambut panjang mengurai sama macam aktres jelita berkenaan.

Malah, dia turut dikatakan berbakat besar dalam bidang lakonan.

Berkongsi foto majlis ulang tahun anak tersayang di media sosial, pastinya Fasha Sandha menjadi insan paling bahagia melihat Jemyma membesar di depan mata.

“Syukur alhamdulillah. Last minute plan, within sehari setengah ibu berlari ke sana ke mari untuk event ni. Tidur 4 jam je sayang.

Syukur ibu, ayah dada and semua berjaya buat anak ibu happy on your special day sayang.

Thanks for all the wishes, doa, ucapan dan hadiah dear family and Jemyma’s class / school mate. 

Happy birthday sayang ibu. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. We love you sayang.”

IKLAN

Jemyma merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Fasha bersama bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Sementara anak sulung mereka, Putra Rayfal pula berusia 10 tahun.

Paling menarik perhatian warga maya ialah keakraban suami Fasha iaitu Aidil Aziz dan bekas suami dramatis popular itu, Jejai yang sama-sama hadir menyambut hari istimewa Jemyma.

Bahkan dalam salah satu gambar yang dimuat naik Fasha, turut kelihatan hadir menyerikan majlis ialah bekas ibu mentua dan biras bintang filem Cicak Man tersebut.

Cantik Macam Fasha Sandha, Jemyma Rai Birthday Ke-9 & Bertuah Ada 2 Ayah!
Kredit Instagram @fashasandha
Cantik Macam Fasha Sandha, Jemyma Rai Birthday Ke-9 & Bertuah Ada 2 Ayah!
Kredit Instagram @fashasandha

Bertuah Jemyma dikurniakan dua ayah yang baik dan menyayanginya dengan sepenuh hati.

IKLAN

Selain Jemyma, Fasha turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan pelakon kacak, Aidil Aziz pada tahun 2019.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/jejai-dapat-gelaran-datuk-bapa-3-anak-ini-segak-ditemani-ibu-bapa-terima-darjah-kebesaran/

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI